Showing posts with label kiamat. Show all posts
Showing posts with label kiamat. Show all posts

Friday, 2 September 2011

Gempa Bumi : Apabila Bumi Marah Dengan Anak Adam


Gempa bumi, adalah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-tiba terlepas.
Gempa bumi diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil Skala Richter. Gempa bumi ini boleh digredkan satu hingga sembilan berdasarkan saiznya berdasarkan skala Richter. Gempa bumi juga boleh diukur dengan menggunakan ukuran Skala Mercalli. Gegaran sering berlaku tetapi tidak semua di antara gegaran itu kuat untuk membolehkan kita merasainya.
Tenaga ini disalurkan ke permukaan Bumi menyebabkan gelombang gempa bumi. Kajian sains mengenai gempa bumi dan gelombangnya dikenali sebagai seismologi (dari perkataan Greek seismos, untuk menggoncang).

Gempa bumi berlaku setiap hari di bumi, namun kebanyakannya adalah kecil dan tidak menyebabkan apa-apa kerosakan. Gempa bumi kecil juga akan mengiringi gempa bumi besar, dan boleh berlaku sama ada sebelum atau selepas gempa bumi besar tersebut. Ia dipanggil gempa susulan.
Ahli seismologi mengkaji bahagian gempa bumi seperti geseran pada garisan memanjang yang mengakibatkan gempa bumi, apa-apa yang berlaku pada permukaan bumi, cara tenaga bergerak dari dalam bumi ke permukaan bumi dan cara tenaga ini menyebabkan kemusnahan.
Dengan mengkaji bahagian dan proses pembentukan gempa bumi, ahli seismologi mengetahui kesan dan cara meramal kemunculan agar kemusnahannya tidak begitu ketara.

Gempa bumi gunung berapi berlaku berdekatan dengan gunung berapi tetapi mempunyai cara keretakan memanjang yang sama dengan gempa bumi tektonik. Gempa bumi gunung berapi disebabkan oleh pergerakan magma ke atas dalam gunung berapi, di mana geseran pada batu-batuan menghasilkan gempa bumi.
Semasa magma bergerak ke permukaan gunung berapi, ia bergerak dan memecahkan batu-batuan. Ia mengakibatkan gegaran yang berterusan yang boleh bertahan dari beberapa jam hinggalah beberapa hari.
Gempa bumi gunung berapi berlaku di kawasan yang berdekatan dengan gunung berapi, seperti Pergunungan Cascade di barat Laut Pasifik,Jepun, Tanah Tinggi Iceland, and titik merah gunung berapi seperti Hawaii.
Gempa bumi adalah getaran atau gegaran pergerakan permukaan bumi. Gempa bumi biasanya disebabkan oleh pergerakan rekahan geologi, kecacatan zon quasi-planar di kerak bumi. Perkataan gempa bumi juga digunakan untuk menunjukkan kawasan punca. Permukaan bumi sentiasa bergerak dalam pergerakan tektonik, dan gempa bumi berlaku disebabkan tekanan melebihi keupayaan bahan bumi menanggungnya. Keadaan ini sering dijumpai di sempadan plat tektonik di mana kerak bumi atau lithosphere terpisah. Kejadian yang berlaku di sempadan plat dikenali sebagai gempa bumi interplat; gempa bumi dalam plat lithosphere dikenali sebagai gempa bumi intraplat.



Gempa bumi berlaku setiap hari di bumi, tetapi kebanyakannya adalah kecil dan tidak menyebabkan kerosakan. Gempa bumi yang kuat mampu menyebabkan kerosakan dan kehilangan nyawa yang besar melalui beberapa cara termasuk retakkan pecah (fault rupture), getaran bumi (gegaran) banjir disebabkan oleh tsunami, empangan pecah, pelbagai jenis kerosakan muka bumi kekal seperti tanah runtuh, tanah lembik, dan kebakaran atau perlepasan bahan beracun. Dalam gempa bumi tertentu, sesuatu cara kemusnahan lebih menonjol, dan dalam sejarah setiapnya menyebabkan kerosakan dan kehilangan nyawa yang teruk, tetapi kebanyakan gempa bumi, gegaran merupakan paling menonjol dan juga merupakan punca utama kerosakan.
Teruskan - Gempa Bumi : Apabila Bumi Marah Dengan Anak Adam

Tuesday, 23 August 2011

Yakjuj dan Makjuj : Misteri Dalam Al-Quran




 Yakjuj dan Makjuj  atau Gog dan Magog dalam tradisi Ibrani (Yahudi) adalah sebutan yang muncul dalam kitab suci umat Islam,Al-Quran serta kitab-kitab agama lain mengenai sekelompok manusia yang memiliki kekuatan sebagai perosak dan penghancur kehidupan di muka bumi.
Ya’juj dan Ma’juj dalam tradisi keagamaan digambarkan dalam istilah yang tidak jelas. Ada yang menyebutnya sebagai manusia, mahkluk berbentuk raksasa, suatu bangsa atau negeri. Ya’juj dan Ma’juj juga muncul dalam banyak mitos dan cerita rakyat di banyak negara. Walau bagaimanapun, Ya'juj dan Ma'juj seringkali disebut sebagai Gog dan Magog di Dunia Barat.

Yakjuj dan Makjuj tinggal di antara dua gunung

Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka (Zulkarnain) tidak dapat memahami perkataan. ( Surah Al-Kahfi : 93)



Yakjuj dan Makjuj melakukan kerosakan di bumi

Mereka berkata: "Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?" (Surah Al-Kahfi : 94)




Lukisan oleh Qasim dari abad ke-16, diilustrasikan dari al-Quran, manusia membina tembok untuk menghalangi serangan Ya'juj dan Ma'juj

Zulkarnain telah menahan Yakjuj dan Makjuj

Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.
Bawalah kepadaku ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: "Tiuplah dengan alat-alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya".
Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.Surah Al-Kahfi : 95 - 97)

Yakjuj dan Makjuj akan keluar kembali

(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar". (Surah Al-Kahfi : 98)



kawasan yang digelar Danube Iron Gate,dipercayai tempat Yakjud dan Makjud di sembunyikan


Dinding Zulkarnain menahan Yakjuj dan Makjuj telah terbuka

Dari Zainab binti Jahsy :
Bahawa Rasulullah bangun dari tidurnya sambil bersabda: Laa ilaaha illallah, celakalah orang-orang Arab kerana suatu bencana akan terjadi, iaitu hari ini dinding menahan Yakjuj dan Makjuj telah terbuka sebesar ini. Dan Sufyan (perawi hadis ini) melingkarkan jarinya membentuk angka sepuluh (membuat lingkaran dengan jari telunjuk dan ibu jari). Aku (Zainab binti Jahsy) bertanya: Wahai Rasulullah, apakah kita semua akan binasa padahal di antara kita banyak terdapat orang-orang saleh? Beliau menjawab: Ya, jika banyak terjadi kemaksiatan.
(Hadis Riwayat Muslim)

Yakjuj dan Makjuj turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi

Dikhabarkan di dalam Al Quran bahawa Yakjuj dan Makjuj akan turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.(Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.
Dan hampirlah datangnya janji hari kiamat yang benar, maka dengan serta-merta pandangan mata orang-orang yang kufur ingkar terbeliak (sambil berkata dengan cemas): "Aduhai celakanya Kami. Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang yang menganiaya diri sendiri". (Surah Al-Anbiyaa : 96-97)
Teruskan - Yakjuj dan Makjuj : Misteri Dalam Al-Quran
kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...