Showing posts with label Diktator Kejam. Show all posts
Showing posts with label Diktator Kejam. Show all posts

Tuesday, 9 August 2011

Mustafa Kemal Atatürk : Pemimpin Yang Dilaknat Allah




 Mustafa Kemal Atatürk atau nama penuh Gazi Mustafa Kemal Pasha adalah pengasas Republik Turki. Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi dan presiden Turki yang pertama.
Beliau membuktikan diri beliau sebagai komander tentera yang berjaya ketika berkhidmat dalam Pertempuran Gallipoli pada Perang Dunia I. Setelah kekalahan Empayar Uthmaniyyah di tangan Tentera Bersekutu, terdapat rancangan oleh Tentera Bersekutu untuk memecahkan negara Turki. Mustafa Kemal kemudiannya memimpin gerakan nasional Turki dalam apa yang kemudiannya menjadi Perang Kemerdekaan Turki.
Setelah kejayaan dalam Perang Kemerdekaan Turki dan dipilih sebagai Presiden Turki yang pertama, beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara. Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar bersesuaian dengan tuntutan semasa yang dikenali sebagai ideologi "Kemalisme". Ideologi ini bertujuan untuk menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional. Beliau memerintah dari tahun 1918 sehingga tahun 1934. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan dikebumikan di Ankara


Nama "Mustafa" bermaksud manusia pilihan manakala "Kemal" bermaksud sempurna. Nama asal beliau adalah Mustafa Kemal Pasha. Nama tersebut digunakan sehinggalah beliau bersara dari Tentera Uthmaniyyah. Semasa Perang Kemerdekaan Turki, beliau dipanggil 'Gazi' atau 'Gazi Mustafa Kemal'. Setelah undang-undang keluarga diperkenalkan di Turki pada 21 November 1934, beliau diberi nama 'Ataturk', bermaksud 'Bapa Rakyat Turki'.





Ataturk dilahirkan pada tahun 1881 di Selanik. Bapa beliau, Ali Riza Efendi mula bekerja sebagai pegawai kastam dan kemudiannya membuka perniagaan kayu balak. Ataturk berusia 7 tahun ketika bapa beliau meninggal dunia. Beliau kemudian dibesarkan oleh ibunya, Zübeyde Hanım.

.

Apabila berusia 12 tahun, beliau dihantar ke sekolah tentera Selanik dan Manatir. Ataturk menyertai Akademi Tentera Uthmaniyyah di Manastir pada tahun 1895 dan ditugaskan di Damsyik. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai leftenan dan mula membabitkan dirinya di dalam gerakan reformasi sulit yang dipanggil 'Vatan ve Hürriyet' (Tanah air dan Kebebasan). Gerakan sulit ini aktif menentang Khilafah Uthmaniyyah yang dipimpin oleh Abdul Hamid II.



Dosa Mustafa Kemal

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya,Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah:
 1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam,tanah tidak menerimanya(susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).
Kubur beliau yg dibina dari marmar seberat 44 tan
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.
Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Teruskan - Mustafa Kemal Atatürk : Pemimpin Yang Dilaknat Allah

Wednesday, 3 August 2011

Joseph Stalin : Pemimpin Kejam




Joseph Vissarionovich Djugashvili (Joseph Stalin) (1879-1953) merupakan seorang diktaktor yang memerintah Kesatuan Soviet antara 1920an hingga kematiannya pada 1953. Beliau merupakan seorang pemimpin yang lama menerajui Soviet dan adalah tokoh penting yang membentuk negara ini dan juga benua Eropah selepas Perang Dunia II.




Beliau dilahirkan pada 21 Disember,1879 di Gori,Georgia. Kedua-dua ibupapanya adalah rakyat biasa peasants. Walaupun mereka tidak fasih dalam bahasa Russia, Stalin dipaksa untuk belajar bahasa tersebut kerana ia merupakan bahasa utama di sekolahnya iaitu Gori church school yang beliau hadiri antara 1888-94. Beliau merupakan seorang pelajar yang pintar dan dianugerahkan biasiswa penuh ke Tbilisi Theological Seminary.
Semasa beliau belajar menjadi paderi, Stalin membaca bahan bacaan yang diharamkan, termasuk karya Karl Marx bertajuk "Das Kapital". Beliau kemudiannya berubah kepada kepercayaan yang baru iaitu: Marxisme Rusia. Sebelum tamat pengajian, beliau telah keluar dari seminary untuk menjadi seorang pemberontak sepenuh masa.

Polisi Stalin, yang kadang-kala dipanggil Stalinisme, mempunyai impak kuat pada Kesatuan Republik Sosialis Soviet sampai keruntuhannya pada 1991. Beliau menumpu pada industrialisi, dan akibat polisinya, ekonomi Kesatuan Republik Sosialis Soviet setaraf dengan negara-negara lain menjelang perang dunia ke2. Walaubagaimanapun, Stalin tidak mempedulikan kebajikan individu, dan polisinya menggalakkan produksi barangan seperti jentera, sambil barangan konsumer seperti pakaian tidak dibuat. Ia telah didakwa bahawa Stalin adalah yang bertanggungjawab untuk kebuluran antara 1932 dan 1934 yang menyebabkan berjuta-juta kematian di Ukraine dan tempat lain di Kesatuan Republik Sosialis Soviet.
Semasa perang dunia ke2, Stalin memimpin Kesatuan Republik Sosialis Soviet dan bersama dengan tentera Bersekutu mengalahkan Nazi Jerman. Selepas Perang Dunia Kedua,Perang dingin antara negara yang menandatangani perjanjian warsaw dengan negara bukan komunis bermula. Polisi Stalin berjaya dalam penubuhan Perjanjian Warsaw selepas kematian beliau, dan juga membuat Kesatuan Republik Sosialis Soviet satu daripada hanya dua kuasa dunia. Kesatuan Republik Sosialis Soviet bertanding dengan US sampai 1991, tahun Kesatuan Soviet akhirnya runtuh.

Riwayat hidup. Beliau dilahirkan dengan nama Ioseb Besarionis dze Jughashvili pada 18 Disember 1878 di Gori,Georgia. Pada umur tujuh tahun,anak kepada tukang kasut ini telah terkena jangkitan sejenis cacar,yang telah member kesan parut pada mukanya. Pada umur 10 tahun,beliau mula pergi ke sekolah gereja di mana kanak-kanak Georgia dipaksa untuk bercakap dalam bahasa Rusia.Pada umur 12 tahun,satu kemalangan melibatkan kuda muatan,telah membuatkan tangan kirinya cedera dan cacat buat selama-lamanya. Pada umur 16 tahun,beliau telah menerima biasiswa untuk belajar di Kolej Georgian Orthodox. Di kolej ini juga dia memberontak menentang suruhan imperialis dan tuntutan keagamaan. Walaupun prestasinya yang cemerlang,beliau telah digugurkan dari kolej itu atas ketidak hadirannya pada peperiksaan.Menurut pihak kolej,pembuangannya disebabkan atas kegagalan beliau untuk membayar yuran.
Setelah meninggalkan kolej,beliau telah membaca tulisan Vladimir Lenin. Ini telah mempengaruhi dan memberi semangat kepada beliau,seterusnya bertekad untuk menjadi pejuang revolusi Marxist.Seterusnya pada tahun 1903,beliau telah memasuki Bolsheviks yang dimiliki Lenin. Selepas aktivitinya terdedah oleh Okhranka,beliau menjadi pejuang revolusi dan penjenayah sepenuh masa.Beliau juga telah menjadi salah satu ketua operasi Bolsheviks di Caucasus,mengendalikan angkatan berunsur ketenteraan,membangkitkan rusuhan,menyebarkan propaganda,dan meningkatkan hasil kewangan melalui rompakan,duit tebusan,dan peras ugut.
Monumen Stalin di Georgia

Pada musim panas 1906,Stalin telah mengahwini Ekaterina Svanidze, kemudian melahirkan anak sulungnya Yakov. Beliau membuat pengunduran sementara dari parti atas kes rompakan di mana dia telah menjadi ketua perancang ke atas serangan yang di lakukan terhadap muatan bank yang telah mengorbankan 40 orang.Stalin kemudian berhijrah ke Baku,di mana isterinya meninggal dunia disebabkan demam tifus. Di Baku,Stalin juga mengatur orang Muslim Azeris dan orang Parsi dalam sebuah parti politik,termasuk mengendalikan pembunuhan beramai-ramai Black Hundreds yang merupakan penyokong sayap kanan Tsar,selain mengarahkan kutipan wang perlindungan,meminta duit tebusan,operasi palsu dan rompakan.
Stalin kemudiannya ditangkap dan di buang negeri ke Siberia sebnyak tujuh kali,dan kebanyakannya,beliau berjaya meloloskan diri. Selepas di bebaskan dalam satu siri pembuangan beliau,pada April 1912 di St Petersburg,Stalin telah menerbitkan akhbar berjudul Pravda,melalui surat khabar parti yang sedia ada. Melalui penerbitan akhbar ini,beliau menggunakan nama Stalin yang berasal dari perkataan Rusia yang bermaksud besi.Nama Stalin ini dia telah gunakan sebagai nama samaran atau nama pena dalam hasil kerjanya yang diterbitkan.
Dalam fasa pembuangannya yang terakhir,Stalin telah dikerahkan untuk memasuki angkatan tentera Rusia untuk berjuang dalam Perang Dunia ke-1 namun dikategorikan tidak layak disebabkan kecedaraan yang di alaminya pada tangan kiri. Revolusi,Perang Saudara dan Perang Polish-Soviet Peranan dalam revolusi Rusia 1917.
Sekembalinya Stalin dari hukuman buang negeri,beliau ke St.Petersburg dan menyingkirkan Vyacheslav Molotov dan Alexander Shlyapnikov yang merupakan editor Pravda. Stalin kemudian menjawat kedudukan sebagai menyokong Alexander Kerensky dan kerajaan peruntukannya. Namun,sebaik sahaja Lenin memenangi persidangan parti pada April 1917,Stalin dan Pravda menggulingkna kerajaan peruntukan. Pada persidangan tersebut,Stalin telah dilantik dalam jawatankuasa pusat Bolshevik. Selepas Lenin dalam percubaannya untuk menuntut revolusi,Stalin menolong Lenin daripada ditangkap,dan mengelakkan pertumpahan darah dengan mengarahkan Bolshevik yang telah dikepung untuk mengalah.
Stalin menyeludup masuk Lenin ke Finland dan diandaikan sebagai kepimpinan Bolshevik. Selepas para Bolshevik yang dipenjara dibebaskan untuk menolong mempertahankan St.Petersburg,pada Oktober 1917,jawatankuasa pusat Bolshevik telah membuat undian atas desakan malalui pemberontakan.7 November,melalui Smolny Institute,Stalin,Lenin dan jawatankuasa pusat,melancarkan rampasan kuasa terhadap kerajaan Kerensky,yang digelar Revolusi Oktober. Kerensky meninggalkan ibu Negara kemudiannya ingin menyatukan askar imperial bersama barisan hadapan Jerman. Pada 8 November,Winter Place telah diserbu dan para kabinet Kerensky telah ditahan. Peranan dalam Perang Saudara Rusia 1917-1919.
Ketika menyerang Petrograd,Stalin telah dilantik sebagai People's Commissar for Nationalities' Affairs.Kemudian,perang saudara telah meletus di Rusia,di antara Tentera Merah Lenin dan Tentera Putih, kumpulan yang anti-Bolsheviks. Lenin membentuk lima ahli Politburo yang termasuk Stalin dan Trotsky. Pada May 1918,Lenin menghantar Stalin ke bandar Tsaritsyn. Melalui sekutu barunya, , Kliment Voroshilov dan Semyon Budyonny ,Stalin meluaskan pengaruhnya dalam pasukan tentera.
Stalin banyak mempersoalkan keputusan Trotsky,menghukum bunuh bekas-bekas pegawai Tsarist dalam Red Army begitu juga penentang revolusi dan membakar kampung-kampung untuk mengancam para petani agar patuh dan melemahkan serangan penyamun ke atas penghantaran makanan.May 1919,dalam membendung jumlah rakyat yang meninggalkan, Western front,Stalin menjatuhkan hukuman kepada mereka ini sebagai pembelot dan pengkhianat.
Peranan dalam Perang Polish-Soviet,1919-1921 Selepas kemenangan dalamPerang Saudara,Bolsheviks bertukar angin ke Eropah Tengah untuk terus menubuhkan dan meluaskan pengaruh kuasa mereka,bermula dengan Perang Polish-Soviet .Sebagai komander barisan selatan,Stalin ingin mengambil alih bandar di bawah kuasa Poland,Lviv. Ini telah menimbulkan konflik terhadap strategi Lenin dan Trotsky yang lebih memfokuskan untuk menawan Warsaw di bahagian utara.
Ketika tentera di bawah pengaruh Trotsky sedang menghadapi komander Poland, Wladyslaw Sikorsi dalam pertempuran di Warsaw,Stalin menolak untuk memberi bantuan bala tenteranya dari Lviv kepada Trotsky. Keputusannya,kedua-dua pertempuran ini mengalami kekalahan,dan Stalin telah dipersalahkan. Stalin kembali ke Moscow,di mana dia mempertahankan dirinya dan meletakkan jawatannya sebagai suruhanjaya ketenteraan. Pada persidangan ke-9 parti,pada 22 September,secara terang-terangan Trotsky mengkritik kelakuan Stalin.
Seterusnya dalam perkembangan karier Stalin,beliau telah menggantirugikan kehancuran pada tahun 1920. Stalin juga ingin memastikan kematian Trotsky, memberi perlindungan terhadap Lviv dalam perjanjian Nazi-Soviet,menjalankan hukuman mati terhadap veteran-veteran Poland dalam pembunuhan beramai-ramai di hutan Katyn. Stalin mengukuhkan kuasa Soviet dengan mengambil-alih Eropah timur dan di Yalta, menuntut Lviv diserahkan oleh Poland kepada Soviet Union.
Teruskan - Joseph Stalin : Pemimpin Kejam

Wednesday, 11 August 2010

George W. Bush


George Walker Bush ialah Presiden Amerika Syarikat ke-43 dari tahun 2001 sehingga tamat pada 20 Januari 2009.

Bush adalah anak kepada George H. W. Bush, Presiden Amerika Syarikat ke-41, serta abang kepada Jeb Bush, gabenor Florida terkini, dan cucu lelaki kepada Prescott Bush, bekas Senator Amerika Syarikat. Beliau juga merupakan orang yang kedua menjadi presiden menurut jejak bapanya, selepas John Quincy Adams (presiden keenam) yang merupakan anak kepada John Adams, (presiden kedua).

Seorang ahli bagi Parti Republikan, Bush dipilih sebagai gabenor Texas ke-46 pada tahun 1994, dan kemudian dipilih semula pada tahun 1998. Beliau memenangi pencalonan Parti Republikan untuk pertandingan presiden pada tahun 2000 dan akhirnya menewaskan Al Gore, Naib Presiden Demokratik, selepas keputusan pilihan raya yang amat rapat itu dipertikaikan dan dibawa ke Mahkamah Agung: Bush lawan Gore. Pada tahun 2004, Bush dipilih sekali lagi untuk tempoh perjawatan presiden yang kedua selepas menewaskan John Kerry, Senator Demokrat yang lebih muda dari Massachusetts.

Selepas meninggalkan pejabat Presiden, Bush kembali ke Texas. Beliau kini penceramah awam dan menulis buku tentang kepresidenannya.


Pentadbiran Bush menarik balik sokongan A.S. untuk beberpa persetujuan antarabangsa, termasuk Perjanjian Misil Anti-Balistik (ABM) dengan Rusia. Pentadbiran Bush mengejar satu pertahanan misil negara yang dahulunya diharamkan oleh perjanjian ABM dan tidak pernah diratifikasi oleh Kongres.Bush juga meluahkan sokongan A.S. untuk pertahanan Taiwan berikutan penyenangan diri pada April 2001 dengan Republik Rakyat China mengenai insiden Pulau Hainan, apabila sebuah pesawat perisik EP-3E melanggar sebuah pesawat tentera udara China yang membawa kepada penahanan anggota A.S. Pada tahun 2003–2004, Bush membenarkan campur tangan tentera A.S. di Haiti dan Liberia untuk melindungi kepentingan A.S.


Dalam Ucapan Negeri Kesatuan beliau pada Januari 2003, Bush menggariskan strategi lima tahun untuk bantuanAIDS kecemasan global, iaitu President's Emergency Plan For AIDS Relief. Bush mengumumkan perbelanjaan sebanyak $15 bilion untuk usaha ini—$3 bilion setahun selama lima tahun—tetapi meminta wang yang kurang daripada itu dalam bajet tahunan.Bush menekankan pendekatan yang berwaspadaa terhadap persengketaan antara Israel dan orang Palestin. Bush mengecam ketua Pertubuhan Pembebasan Palestin Yasser Arafat yang didakwa mendukung keganasan. Namun, beliau menaja dialog antara perdana menteri kedua-dua pihak, Ariel Sharon dan Mahmoud Abbas. Bush menyokong pelan pengunduran berat sebelah Sharon, dan menyambut pilihanraya demokratik yang diadakan di Palestin berikutan kematian Arafat.

Bush mengecam serangan dan pembunuhan oleh angkatan tentera awam terhadap warga Darfur di Sudan sebagai satu genosid.Bush berkata bahawa kehadiran pengawal keamanan antarabangsa amat diperlukan di Darfur, tetapi tidak setuju jika situasi ini dikemukakan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Bush telah menyuarakan sokongan padu kepada kemerdekaan Kosovo. Pada 10 Jun 2007, beliau bertemu dengan Perdana Menteri AlbaniaSali Berisha dan menjadi Presiden A.S. pertama untuk melawat Albania.


Teruskan - George W. Bush

Monday, 8 February 2010

Pol Pot


Saloth Sar (9 Mei 1925 – 15 April 1998), lebih dikenali sebagai Pol Pot, ialah pemerintah Khmer Rouge serta Perdana Menteri Kemboja(secara rasmi dipanggil Kampuchea Demokratik semasa pemerintahannya) dari 1976 hingga 1979, setelah menjadi ketua de facto sejak pertengahan 1975. Semasa beliau memegang kuasa, Pol Pot memulakan dasar yang agresif untuk menempatkan semula penduduk-penduduk Kemboja ke kawasan luar bandar dalam sebuah percubaan untuk menuju ke arah komunisme. Cara untuk mencapai matlamat ini termasuk penghapusan para cendekiawan dan "musuh-musuh borjuis". Pada hari ini, keterlaluan kerajaannya telah disalahkan secara meluas untuk mengakibatkan kematian sehingga tiga juta orang Kemboja. Pada tahun 1979, Pol Pot menyebabkan Kemboja terlibat dalam peperangan dengan Vietnam yang akhirnya, mengakibatkan kejatuhan kerajaannya.
Teruskan - Pol Pot
kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...