Showing posts with label fruits. Show all posts
Showing posts with label fruits. Show all posts

Tuesday, 11 October 2011

Kelapa Sawit : Punca Pendapatan Utama Malaysia

Kelapa sawit terdiri daripada  jenis palma yang digunakan untuk pertanian komersil dalam pengeluaran minyak kelapa sawit. Kelapa sawit afrika, Elaeis guineensis,  berasal dari Afrika barat di antara Angola dan Gambia.



Pokok yang matang mempunyai satu batang pokok yang tunggal dan tumbuh sehingga 20meter tingginya.      Daunnya merupakan daun majmuk yang anak-anak daunnya tersusun lurus pada kedua-dua belah tulang daun utama seolah-olah bulu dan mencapai 3 hingga 5 meter panjangnya. Pokok yang muda menghasilkan lebih kurang 30 daun setiap tahun, dengan pokok yang matang yang melebihi 10 tahun menghasilkan lebih kurang 20 daun.Bunganya berbentuk rumpun yang padat.


Industri makanan berasaskan minyak sawit di Malaysia telah mengalami perkembangan pesat sejak tiga dekad yang lalu. Kawasan tanaman sawit meningkat daripada anggaran satu juta hektar dalam tahun 1980 kepada dua juta hektar dalam tahun 1990, dan hari ini ia berada pada keluasan 3.8 juta hektar, bersamaan dengan lebih 500 juta pokok sawit.
Dari segi penghasilan minyak sawit mentah (CPO), pengeluaran dicatat pada 13.35 juta tan dalam tahun 2003 daripada sejumlah 370 kilang buah sawit di seluruh negara.
Industri ini juga turut terbabit secara meluas dalam aktiviti hiliran, daripada penapisan sehingga kepada penghasilan minyak masak dan oleokimia.
Malaysia mempunyai jumlah penduduk yang agak kecil seramai 24 juta orang dan dengan itu, penggunaan minyak sawit secara tempatan adalah agak terhad.
Oleh kerana itu, lebih 90 peratus pengeluaran minyak makan tahunan telah dieksport, menjadikan hasil sawit punca pendapatan tukaran wang asing yang penting untuk negara ini, serta tonggak ekonomi negara.
Nilai eksport minyak sawit pada tahun 2003 berjumlah RM 26.15 bilion ketika harga purata minyak sawit mentah berada pada paras RM 1,544 satu tan. Hari ini, Malaysia menyumbang anggaran 50 peratus daripada pengeluaran minyak sawit dunia dan anggaran 60 peratus daripada jumlah dagangannya.
Terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa sejumlah besar keluasan kawasan tanaman minyak sawit yang telah dikatakan ditanam di dalam kawasan hutan tropika, sebenarnya ditanam di kawasan hutan pembalakan, atau ditanam semula di dalam kawasan yang sebelum itu ditanam dengan tanaman lain.
Contohnya, daripada tahun 1990 hingga 2000, ketika kawasan tanaman kelapa sawit di Malaysia meningkat sebanyak 1.4 juta hektar, kegiatan menanam getah, koko dan kelapa masing-masing menurun sebanyak 0.4, 0.3 dan 0.2 juta hektar.
Sejumlah besar keluasan kawasan tanaman ini ditanam semula dengan kelapa sawit kerana ia tanaman yang lebih menguntungkan.
Nilai pelaburan terkini dalam industri minyak sawit Malaysia dianggarkan sekitar RM62 bilion dengan sejumlah besar pembiayaan ini diperoleh dalam negeri.
Peningkatan secara meluas penanaman sawit ini membawa pembangunan yang amat diperlukan di kawasan luar bandar, dan telah menjadi tulang belakang ekonomi luar bandar.
Seramai 290,000 pekebun kecil di skim tanah kerajaan serta pekebun kecil persendirian, bergantung sepenuhnya kepada tanaman ini untuk kehidupan harian mereka.
Hasil pendapatan daripada sawit membawa kesan penting dalam mengekalkan kestabilan sosioekonomi golongan ini. Tambahan pula, seramai 180,000 lagi pekerja di ladang sawit dengan jumlah pendapatan dan kebajikan mereka yang lain, adalah penyumbang besar kepada kestabilan politik dan sosio-ekonomi terutamanya ketika krisis kewangan Asia sekitar tahun 1997-1998.


Industri minyak sawit adalah satu cerita kejayaan Malaysia. Transformasi ekonomi Malaysia daripada negara pengeluar komoditi utama berasaskan pertanian kepada negara pengeluar moden bagi barangan makanan tambah nilai, adalah selaras dengan polisi penswastaan Malaysia dan juga adalah asas kepada polisi pembangunan kerajaan seperti yang termaktub dalam Visi 2020.
Dengan mengguna pakai biji benih daripada negara luar dan memperbaiki kaedah penanamannya agar bersesuaian dengan keadaan tempatan, Malaysia kini memiliki sebuah industri bertaraf dunia.
Ia adalah hasil visi dan perjuangan ramai pengusaha, baik pada peringkat kerajaan mahupun sektor swasta, yang mempeloporinya dengan polisi strategik termasuk mengadakan dan melaksanakan polisi pengurusan alam sekitar.
Seperti yang ditonjolkan oleh pihak industri hari ini, ia telah berkembang mengikut masa untuk menjadi lebih secocok dengan alam sekitar. Tanpa sangsi, pihak industri memang memiliki praktik pengurusan yang terbaik bagi menggalakkan pertanian yang berkekalan.
Sebalik semuanya ini, yang nyata industri minyak sawit di Malaysia masih belum berpuas hati dengan rekod pengurusan alam sekitar sedia ada yang menitikberatkan sistem pengurusan kumbahan secara agronomik dan ‘di hujung paip’.
Pihak industri bertekad untuk berubah, serta komited bagi memasuki satu era pengurusan alam sekitar yang baru.Ia tampak lebih nyata dalam keadaan agenda dunia yang lebih meluas ke arah pembangunan berkekalan.
Dengan 90 peratus daripada hasil minyak sawit Malaysia diurusniagakan di pasaran antarabangsa, pertimbangan ke atas tiga perkara utama merangkumi ekonomi, sosial dan alam sekitar, menyerlahkan polisi pihak industri yang menyokong pengeluaran serta pengagihan berterusan, secara ekonomi dan mesra alam, bekalan makan yang selamat dan mudah diperoleh kepada penduduk dunia yang semakin bertambah.
Teruskan - Kelapa Sawit : Punca Pendapatan Utama Malaysia

Buah Manggis : Memulihkan Sistem Imunisasi Badan


Manggis (Garcinia mangostana) adalah tumbuhan tropika malar hijau dan dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Pokok manggis boleh tumbuh daripada 7 hingga 25 meter dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan. Buah manggis dikenali sebagai "ratu segala buah".
Biji benih manggis mempunyai tempoh hayat yang pendek dan perlu ditanam dengan segera. Ia hanya tahan antara 1-5 hari dan perlu ditanam serta merta selepas dikeluarkan dari buahnya. Percambahan memakan masa antara 2-3 minggu. Anak pokok akan menghasilkan akat tunjang yang panjang yang penting bagi daya hidup pokok, oleh itu pemindahan anak pokok perlu dilakukan dengan berhati-hati agar ia tidak merosakkan akar tunjang muda tersebut. Bentuk pembiakan lain sukar hidup.
Pokok manggis akan berbuah 6-12 tahun selepas ditanam dari biji benih. Buah manggis biasanya dimakan segar kerana rasanya yang lazat. Buah manggis segar boleh ditinkan, tetapi rasanya jauh kurang menarik berbanding buah yang segar.


Pokok manggis tumbuh setinggi 5 meter (15 kaki). Pokok manggis biasanya berbuah selepas tempoh hujan lebat. Pokok yang matang mampu berbuah antara 100 hingga 3,000 biji buah.
Pokok manggis juga amat sensifif kepada jenis tanah dan kealkalian tanah. Pokok manggis tidak tahan kawasan tanah masin, atau tanah berpasir. Manggis tumbuh di kawasan lembapan tinggi dengan kadar hujan 100" setahun. Pokok manggis boleh ditanam berhampiran sungai, kolam atau kawasan berair di mana sistem akarnya kekal lembab sepanjang tahun.


Buah manggis terkenal kerana sedap dan enak dimakan mentah. Buah manggis mempunyai kulit tebal yang tidak boleh dimakan dan mempunyai isi yang putih dan manis. Kulit manggis mempunyai pewarna/getah yang sukar hilang sekiranya terkena baju.
Buah manggis mempunyai kulit tebal yang tidak boleh dimakan dan mempunyai isi yang putih dan manis. Kulit manggis mempunyai pewarna/getah yang sukar hilang sekiranya terkena baju.
Kulit buah manggis agak keras dan dengan garispusat 4-6 cm. Buah manggis terdiri daripada isi warna putih yang berukur garis pusat 3-5 cm. Bergantung kepada saiz dan masak, ia mungkin berbiji.
Rasa manggis boleh dibandingkan dengan strawberi putik dengan rasa-rasa manis limau. Buah manggis jarang dijual di negara Barat kecuali di kedai runcit Asia. Kulit manggis menghasilkan warna merah, dan amat sukar ditanggalkan.
Manggis dibuka dengan mengopek bukannya dipotong. Buah manggis dipegang dengan kedua belah tangan, ditekan perlahan-lahan sehingga kulitnya terbelah. Selepas itu, ia mudah untuk membuka dan mengambil isinya.





Buah manggis kaya dengan 40 dan lebih bahan Xanthones yang merupakan sejenis super-antioksida. Buah ini dikatakan boleh membantu memulihkan sistem imunisasi badan.
Kulit buah manggis telah digunakan secara meluas di India sebagai ubat cirit-birit. Kulit buah manggis sekitar suku inci tebal dan mengandungi cecair amat pengering (astringent), yang mana, pada musim hujan, menghasilkan cecair melekit kekuningan, yang merupakan sejenis (gamboge). Orang orang Cina menggunakan kulit pokok sebagai sumber pewarna hitam, dan turut juga digunakan bagi mengubat cirit-birit.
Teruskan - Buah Manggis : Memulihkan Sistem Imunisasi Badan

Friday, 5 August 2011

Buah Salak : buah hutan tropika


Pokok Salak atau nama saintifiknya salasa adulis adalah dari keluarga tumbuhan Palmae. Pokok salak tumbuh dengan subur di bawah lindungan tumbuhan iaitu dalam keadaan yang lembap dan teduh.

 Buah ini boleh didapati di sarawak dengan harga Rm 3 -4 kilo.Buah ini sangat enak dimakan,kulit nya seperti landak.

Buah salak mempunyai rasa yang manis atau masam-masam manis dan kelat sedikit biasanya dimakan dalam keadaan segar tetapi boleh juga dibuat jeruk.
Pokok salah terdiri daripada pokok jantan (tidak berbuah) dan betina. Pokok salah boleh membuahkan hasil selepas 4 tahun di tanam.
Teruskan - Buah Salak : buah hutan tropika

Friday, 29 July 2011

Durian Belanda : bukan berasal dari belanda

Durian Belanda merupakan sejenis tumbuhan tropika yang berasal daripada amerika tropika dan diperkenalkan ke asia tenggara oleh orang-orang sepanyol.Daunnya berbentuk ringkas dan tersusun secara berselang seli pada rantungnya.daunnya berukuran 5.5-18 cm X 2-7 cm.Bunganya berwarna hijau pada mulanya dan berubah menjadi kuning pucat apabila mekar.Buahnya di litupi oleh duri yang lembut, berwarna hijau dan berukuran 15cm-35cm X 10-15 cm. Ia mempunyai biji yang banyak dan berwarna hitam serta dilindungi oleh cengkerang biji yang keras. daunnya mempunyai bau yang agak busuk dan digunakan oleh masyarakat melayu dan india untuk menghalang gangguan makhluk halus.Tumbuhan ini membiak melalu keratan batang dan biji benih.



Putiknya digunakan oleh masyarakat melayu untuk mengubati cirit birit dan berak berdarah. Di Indonesia daunnya yang dihancurkan digunakan untuk merawat bisul dan daunnya yang dikeringkan digunakan untuk membunuh serangga. Air rebusan daunnya digunakan untuk mengeluarkan cacing dari usus. Di Malaysia, terdapat persediaan herba dalam bentuk cecair yang menggunakan daun durian belanda yang digunakan untuk merawat athritis, batuk dan demam.Demah atau tuam(poultice) yang menggunakan serbuk dari daunnya yang dikeringkan digunakan untuk menghilangkan radang dan merawat penyakit kulit. Di Filipina batangnya yang muda digunakan untuk merawat luka dan menghentikan pendarahan.Air rebusan daunnya digunakan untuk berkumur bagi merawat ulser mulut dan menyembuhkan luka.Divietnam pula daunnya digunakan untuk menangani masalah kerungsingan.Walaubagaimanapun penggunaan tumbuhan ini yang banyak mengandungi tannin dan meningkatkan risiko kanser menimbulkan kebimbangan.

Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.

Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong.
Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.

Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis.

Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati.
Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.

Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit.
Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.

Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyanadigalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.

Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf. Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese, sukrosa, reticuline dan tannin.
Teruskan - Durian Belanda : bukan berasal dari belanda

Wednesday, 20 July 2011

Buah Kundur




Buah Kundur ,chal kumra dalam bahasa Bengalii, Boodagumbala dalam bahasa Kanada, Boodida gummadi kaaya dalam bahasa Telugu atau Kumbalanga dalam Malayalam, adalah pokok menjalar yang ditanam bagi buahnya yang besar, dimakan sebagai sayuran. Buah kundur berbulu semasa putuk. Apabila matang ia kehilangan bulu dan membentuk lapisan berlilin, memberikan namanya labu berlilin - wax gourd, dan memberikannya hayat simpanan yang panjang. Buah Kundur mampu membesar sehingga sepanjang 1-2 meter.

Pada asalnya ditanam di Asia Tenggara, kundur kini ditanam secara meluas di Asia Timur dan juga di Asia Selatan. Di Utara India ia dipotong dadu dan disira ntuk menghasilkan kandy jenih dan manis, sering kali diperisa dengan air mawar. Dalam bentuk ini ia tahan dan ditinkan dan dijual keseluruh dunia dalam bentuk ditinkan. Di India Selatan, ia dijadikan masak kari.


Akar pokok kundur dapat menahan pelbagai penyakit yang berpunca dari dalam tanah. Buah ini sesuai dimakan untuk menghilangkan dahaga, perangsang buang air kecil dan menyejukkan badan. Kegunaan lain ialah sebagai mengubat beberapa jenis penyakit seperti gonorea dan sawan.
Di China, kulit buah, isi buah, jus dan biji kundur digunakan sebagai penawar demam panas, buasir, lebam atau bengkak, tonik, sakit usus, sakit buah pinggang, kencing manis, dropsy (takungan air dalam badan) dan lemah limpa. Abu biji kundur pula digunakan untuk mengubat penyakit gonorea, manakala abu kulit buahnya dibuat ubat luka.
Di Indonesia, buah kundur dicampur dengan bahan lain untuk mengubati penyakit yang mempunyai simptom keluar darah, penawar racun dan juga ubat luka.
Bagi orang Filipina pula, buah kundur segar sebagai ubat bagi masalah pernafasan dan paru-paru.Air kundur juga didapati berguna sebagai bahan pencuci mata yang merah dan bengkak

Teruskan - Buah Kundur

Friday, 8 July 2011

Jackfruit



Pokok Nangka merupakan spesies pokok dalam keluarga mulberi , yang merupakan pokok tempatan di Asia Tenggara dan Selatan. Ia merupakan pokok kebangsaan Bangladesh. Pokok Nangka juga didapati di Afrika Timur contohnya. Di Uganda dan Mauritius, termasuk juga dikeseluruhan Brazil. Nama botaninya Artocarpus heterophyuus Lam.

Ia sangat sesuai dengan tanah rendah tropika. Pokok Nangka merupakan pokok kayu berbuah terbesar di dunia,reaching 80 pounds (36 kg) in weight and up to 36 inci (90 cm) long and 20 inci (50 cm) in diameter.
Pokoknya menghasilkan buah yang boleh dimakan. Nangka banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Tumbuhan ini berasal dari India dan Asia Tenggara.

Nangka telah memainkan peranan penting dalam pertanian India berabad lamanya. Jumpaan arkheologi di India telah menunjukkan bahawa Maharaja Ashoka Agung (274–237 BC) menggalakkan penanaman arbori-horticulture bagi pelbagai pokok buah termasuk pokok nangka. pakar kaji bintang India, pakar mathematik, dan astrologi, menulis satu bab mengenai rawatan pokok di tempatnya di . Treatisnya termasuk rujukan khusus mengenai cantuman yang dilakukan pada pokok seperti nangka.Pokok nangka matang dalam 35–40 tahun, kayunya boleh digunakan bagi menghasilkan perabut. Selain itu kayu nangka menjadi pilihan untuk di buat alat bunyian, termasuk beduk. kompang dan sebagainya. Getah semulajadi dari pokok nangka digunakan bagi membaiki lubang kecil pada periuk. Di Kerala(India), pokok nangka menyokong batang pokok lada hitam yang memanjat. Dengan itu batang pokok nangka di Kerala biasanya dilitupi dengan daun hijau gelap pokok lada hitam yang dituai petani.


Pokok nangka dianggap sebagai Spesis Ceroboh di Brazil, terutamanya di Taman Negara Hutan Tijuca di Rio de jenario. Sebahagian besar hutan Tijuca merupakan hutan kedua buatan, yang penanamannya bermula sejak pertengahan abad ke-19, dan pokok Nangka merupakan sebahagian tumbuhan taman tersebut sejak ia diasaskan. Masa kini, spesies ini membiak melampau, kerana disebabkan buahnya, apabila masak gugur ke tanah dan terbuka, menjadi makanan kepada mamalia kecil seperti “common marmoset” . Biji benihnya disebarkan oleh haiwan ini, yang membenarkan pokok nangka tersebar meluas berbanding spesies pokok tempatan. Tambahan lagi, marmoset dan coati juga merupakan pemangsa peluang kepada telur burung dan anak burung, pokok nangka membekalkan bekalan makanan yang membenarkan mereka semakin membiak, yang menyebabkan kesan negetif kepada populasi burung tempatan. Antara 2002 dan 2007, 55,662 anak pokok nangka telah dimusnahkan di kawasan Hutan Tijuca sebagai sebahagian usaha pengawalan sengaja oleh pengurus taman.


Di luar kawasan Negara asal, buah nangka segar terdapat di pasar makanan Asia terutama di Filipina. Ia juga ditanam secara meluas di bahagian persisiran Brazil, di mana ia dijual di pasar tempatan. Ia terdapat sebagai ditinkan dalam sirap gula, atau dibekukan. Cip nangka kering dihasilkan oleh banyak pengilang. Di utara Australia, terutamanya di Daerah Utara Darwin, Australia]], nangka boleh di dapati di pasar pengeluar terbuka semasa musim kering. Di luar Negara di mana ia ditanam, nangka boleh didapati sepanjang tahun samaada ditinkan atau dikeringkan. Musim matangnya di Asia adalah pada akhir musim bunga hingga akhir musim panas.




Buah yang masak dimakan mentah atau dibuat jem, jeli, acar, dodol, pengat atau ditinkan. Isi nangka muda boleh dimasak gulai lemak, kari, kerabu atau direbus sebagai ulam.
Biji nangka boleh direbus dan dimakan atau dihancurkan menjadi tepung yang boleh dicampur dalam air untuk diminum bagi mengubat penyakit kelebihan hempedu. Bijinya juga dipanggang dan dimakan sebagai tonik kelamin.



Teruskan - Jackfruit

Epal



Pokok epal mungkin merupakan tumbuhan terawal yang menjadi tanaman pertanian; buah-buahannya diperbaiki melalui proses pemilihan selama ribuan tahun. Iskandar agung dihargai kerana menemui tumbuhan epal kerdil di Asia Minor pada 300 SM; epal yang dibawanya kembali ke Macedonia mungkin dijadikan leluhur kepada pokok penanti kerdil. Epal musim sejuk yang dipetik pada akhir musim luruh lalu disimpan dalam suhu yang sedikit melebihi takat beku, telah menjadi makanan penting di  Asia dan Eropah selama ribuan tahun, dan juga di  Argentina dan Amerika syarikat sejak kedatangan orang eropah. Epal dibawa masuk ke Amerika utara bersama kolonis pada abad ke-17, dan dusun orchard pertama di benua Amerika Utara dipercayai berdekatan Boston pada tahun 1625. Pada abad ke-20, projek pengairan di negeri Washington dilancarkan untuk memacu pembangunan industri buah-buahan bernilai ribu jutaan dolar yang diterajui oleh spesies epal.
Sehingga abad ke-20, petani menyimpan epal dalam bilik kalis ibun pada musim sejuk untuk kegunaan diri atau perdagangan. Kemajuan pengangkutan epal segar dengan keretapi atau jalan raya menidakkan keperluan menyimpan.

Pada tahun 2010, sebuah konsortium pimpinan Itali mengumumkan bahawa mereka telah mentafsirkan seluruh genom epal (baka Golden Delicious).Ia mengandungi kira-kira 57,000 gen, jumlah tertinggi pada genom tumbuhan yang dikaji setakat ini dan lebih banyak gen daripada genom manusia (kira-kira 30,000).



Walaupun tidak dipastikan buah khuldi dalam Kitab Genesis itu apa, namun ramai penganut Kristian percaya bahawa buah itu merupakan sebiji epal yang digunakan untuk Siti Hawa untuk memujuk Adam agar berkongsi dengannya. Ini mungkin berpunca daripada para pelukis zaman Renaissence  yang menokokkan unsur mitos Yunani dalam adegan injili (walaupun adakalanya epal digantikan oleh buah delima mengikut tafsiran pihak tertentu). Dalam hal ini, buah khuldi Firdaus menjadi epal kerana dipengaruhi kisah epal emas dari kebun Hesperides. Justeru itu, dalam kisah Genesis ini, epal menjadi lambang pengetahuan, hidup abadi, godaan, kejatuhan manusia kerana dosa, dan dosa itu sendiri. Dalam bahasa latin, perkataan untuk "epal" dan "kejahatan" adalah serupa dalam bentuk tunggal (malus—epal,malum—jahat), dan seiras dalam bentuk jamak (mala), dan mungkin ini juga yang mempengaruhi gagasan epal sebagai buah khuldi dalam kitab Injil.






Sekurang-kuranya 55 juta tan epal ditanam di seluruh dunia pada tahun 2005, dengan nilai kira-kira $10 bilion. Pengeluar epal terbesar di dunia, China menghasilkan kira-kira dua perlima daripada jumlah tersebut.Amerika syarikat pula jauh di belakang sebagai pengeluar kedua terbesar, dengan hanya lebih 7.5% keluaran dunia.






Di Amerika syarikat, lebih 60% daripada semua epal yang dijual secara komersil ditanam di negeri Washinton Epal yang diimport dari New zealand  dan kawasan lebih sederhaan semakin memberi saingan hebat kepada pengeluar AS.
10 Pengeluar Epal Terbesar — 11 Jun 2008
NegaraPengeluaran (tan)Nota kaki
Flag of the People's Republic of China Republik Rakyat China27 507 000F
Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat4 237 730
Bendera Iran Iran2 660 000F
800px-Flag of Turkey.svg-1-.png Turki2 266 437
Flag of Russia.svg Rusia2 211 000F
Bendera Itali Itali2 072 500
Bendera India India2 001 400
Bendera Perancis Perancis1 800 000F
800px-Flag of Chile.svg-1-.png Chile1 390 000F
Bendera Argentina Argentina1 300 000F
 Dunia64 255 520A
No symbol = official figure, F = FAO estimate, A = Aggregate (may include official, semi-official, or estimates);
Source: FAO



Teruskan - Epal

Tuesday, 10 August 2010

Pokok Kurma



Pokok kurma atau tamar ( Phoenix dactylifera) merupakan sejenis pokok palma dalam genus Phoenix, ditanam secara besar-besaran untuk mendapatkan buahnya. Oleh kerana sejarah penanamannya yang lama, taburan asalnya tidak diketahui, tetapi mungkin berasal di suatu tempat di wahah gurun di Afrika utara, dan mungkin juga Asia barat daya. Ia merupakan pokok bersaiz sedang, tinggi 15–25 m, sering dikumpul dengan beberapa pokok dari suatu sistem akar tunggal, tetapi sering tumbuh secara tunggal juga. Daun adalah pinat, panjang 3–5 m, dengan durinya di petiole dan mempunyai sekitar 150 daun kecil; daun kecilnya adalah panjang 30 sm dan lebar 2 sm. The bidang penuh pada silara berjulat dari 6–10 m.Kurma telah menjadi makanan harian Timur Tengah untuk beribu-ribu tahun. Mereka dipercayai berasal dari sekitar Teluk Parsi, dan telah ditanam sejak zaman silam dari Mesopotamia ke prasejarah Mesir, mungkin seawal 4000 SM. Terdapat bukti arkaeologi pada penanaman kurma di Arabia timur pada 6000 SM (Alvarez-Mon 2006).

Pada zaman kemudiannya, suku Arab menyebar kurma di sekitar Asia Selatan & Tenggara, Afrika utara, dan Sepanyol. Kurma diperkenalkan di Mexico danCalifornia oleh orang Sepanyol pada 1765, sekitar Misi San Ignacio.

Teruskan - Pokok Kurma

Monday, 26 July 2010

Betik





Betik merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASEAN. Tumbuhan ini berasal dari Mexico Selatan, namun kini pokoknya ditanam di hampir semua negara beriklim tropika. Nama saintifiknya Carica papaya.

Pokok betik ini menghasilkan buah yang boleh dimakan. Buah betik banyak dijual di pasar-pasar, termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Pucuk betik sering dicelur untuk dijadikan ulam dan dimakan bersama sambal belacan.

Betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) juga kalium. Selain itu terdapat kalsium, besi, tiamin, riboflavin dan niasin dalam betik. Jumlah kalorinya sangat rendah. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.

Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Betik juga boleh dimakan bagi melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masaalah sembelit.

Kandungan papain dalam daun juga amat berkesan untuk melembutkan daging. Masyarakt Mexico menggunakan daun betik bukan sahaja untuk melembutkan daging, tetapi juga dijadikan ubat untuk asma dan masalah jantung. Bagaimanapun jika penggunaan daun terlalu banyak ia boleh jadi berbahaya kerana ia boleh menghasilkan toksik.

Betik dari varieti yang berlainan berbeza dari segi saiz, rupa bentuk dan rasa. Secara puratanya, ia berukuran antara 7- 60 cm dan boleh mencapai berat sehingga 9 kg. Berdasarkan kepada rupa bentuk dan saiz, betik yang popular di negara-negara ASEAN boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan pertama terdiri dari varieti yang menghasilkan buah yang besar dan panjang bujur seperti Subang, Sitiawan dan Batu Arang. Buah daripada jenis ini mempunyai berat dalam lingkungan 1-3 kg tetepi kualiti buah dikatakan tidak begitu baik. Manakala kumpulan kedua terdiri dari varieti yang baru diperkenalkan seperti Solo dan Eksotika. Buah dari varieti ini adalah lebih kecil, berbentuk bulat, mempunyai mutu yang lebih tinggi dan berpotensi untuk pasaran antarabangsa.

Buah yang masak selalu dimakan segar sebagai pencuci mulut. Betik yang masak juga boleh dijadikan jem, jus ( untuk minuman ), perisa untuk aiskrim dan puding, halwa dan sos. Betik matang yang belum masak boleh juga dijeruk atau dimasak sebagai sayur. Betik juga mengeluarkan sejenis enzim yang dikenali sebagai enzim papain.Papain banyak digunakan dalam penyediaan makanan, khususnya untuk melembutkan daging dan penyediaan ‘chewing gum’. Walau bagaimanapun, di negara-negara ASEAN potensi industri papain masih belum diterokai sepenuhnya. Buat masa ini, pengeluar papain secara komersil hanya terdapat di Filipina.
Di Malaysia batang betik sering kali digunakan sebagai alat menghisap ganja,yang dipanggil papaya stick water bong.
Teruskan - Betik

Friday, 19 February 2010

Pisang



Pisang merupakan sejenis tumbuhan yang tergolong dalam famili Musaceae. Pisang mempunyai buah yang sedap dan lazat serta mudah ditanam. Di Malaysia, kultivar seperti pisang mas, berangan, cavendish dan rastali ditanam untuk dimakan segar. Kultivar seperti pisang nangka, raja, lang, relong, tanduk, nipah dan pisang awak pula sesuai untuk dimasak atau diproses sebagai makanan ringan. Pisang yang pada mulanya merupakan sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini telah dikomersialkan.

Bagi kaum Melayu di Malaysia, pisang mempunyai pelbagai kegunaan selain daripada dimakan buahnya. Di antara kegunaan pisang adalah batangnya boleh dibuat rakit.

Daun pisang pula biasanya digunakan sebagai alas makanan kerana ia menghasilkan bau yang harum apabila terkena makanan yang panas. Daun pisang boleh digunakan sebagai pelindung hujan, pembalut kuih, dan pembalut masakan seperti ikan bakar atau kuih lepat.

Batang pisang pula boleh digunakan untuk membuat rakit. Selain itu batang pisang mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses secara perdagangan untuk membuat tali dan bahan seumpamanya seperti guni.

Buah pisang boleh dimakan masak begitu sahaja atau diambil semasa muda untuk dimasak sebagai lauk, digoreng, dibuat sira, dibuat pengat, dan dijadikan kerepek. Selain buah pisang, jantung pisang juga boleh dibuat sebagai ulam selepas dicelur. Pisang merupakan buah yang paling digemari penduduk seluruh dunia.


Pisang juga boleh membantu dalam keadaan kesihatan tertentu:

  1. Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
  2. Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.
  3. Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
  4. Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
  5. Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
  6. Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.

Bagaimanapun, pisang tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)

Teruskan - Pisang
kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...