Showing posts with label fast food. Show all posts
Showing posts with label fast food. Show all posts

Tuesday, 9 August 2011

Sup Miso : Penambah Selera Makan Orang Jepun


Sup miso  adalah masakan Jepun berupa sup dengan bahan-bahan dashi ditambah isi sup berupa sedikit makanan laut atau sayur-sayuran, dan diberi miso sebagai perasa. Sup miso dinikmati dengan mengangkat mangkuk sup dan meminum kuahnya, sedangkan isi sup dimakan menggunakan penyepit.
Biasanya sup miso dihidangkan bersama nasi putih sebagai menu sarapan pagi di kebanyakan rumah-rumah di Jepun. Sup miso biasanya dimakan di rumah, walapun ada juga sup miso yang dihidangkan di warung atau restoran tradisional Jepun (ryotei). Sup miso segera adalah sup miso dalam bungkusan untuk disediakan dengan air panas.
Sup miso merupakan masakan sangat sederhana yang sangat mudah disiapkan dalam waktu yang singkat, bahan-bahannya pula hanya berupa pati dari katsuobushi, sedikit isi sup, dan miso. Walaupun sup miso adalah masakan paling sederhana, rasa yang dihasilkan boleh berbeza-beza bergantung kepada jenis miso yang digunakan untuk sup, cara mengambil pati dari katsuobushi dan kehebatan orang yang membuatnya.
Dalam kebudayaan Jepun, menjadikan nasi dari pelbagai jenis padi-padian sebagai makanan utama, sup miso mempunyai peranan penting sebagai santapan yang paling utama. Pada umumnya, makanan utama harian orang Jepun sejak zaman dulu disebut  iaitu satu set berupa nasi dengan sup seperti sup miso dan satu jenis lauk.


Dalam budaya makan Jepun yang biasanya rendah protin, sup miso berfungsi sebagai penambah nafsu makan, sumber protein, dan sumber garam. Sup miso berbeza fungsinya dengan sup dalam budaya makan Eropah. Dalam budaya Jepun, sup miso bukan sebagai kuah untuk makan nasi, berbeza dengan makanan Eropah yang menempatkan roti adalah makanan utama sedangkan sup dibuat untuk dinikmati bersama roti yang sudah agak keras.
Miso adalah rempah masak yang aromanya mudah hilang jika lama dimasak dengan suhu tinggi, sehingga api harus segera dipadam pada apabila sup mulai mendidih. Sup miso mempunyai berbagai-bagai nama bergantung kepada isi, misalnya Kenchin-jiru (isi sayur-sayuran saja), Butajiru atau Tonjiru (isi sayur-sayuran dan daging babi), Sampe-jiru (isi ikan Salmon asin) dan sebagainya. Masakan Jepun yang disebut Nabe walaupun ditambah dengan miso tidak dianggap sebagai sup miso.
Konon sup miso sudah dikenal orang Jepun sejak zaman Muromachi. Pada mulanya sup miso adalah makanan kampung yang dinikmati oleh petani, tetapi kemudian menyebar ke pelbagai lapisan masyarakat di seluruh Jepun lalu menjadi menu yang tak boleh ditinggalkan.



Isi untuk sup sangat pelbagai bergantung pada daerah dan selera.
  • Makanan laut, seperti: rumput laut (wakame),kerang,ketam,udang dan ikan,
  • Semua jenis sayur-sayuran, seperti lobak,daun bawang,kentang tauhu,tauge dan lain-lain.
Teruskan - Sup Miso : Penambah Selera Makan Orang Jepun

Thursday, 14 July 2011

Ajinomoto (MSG)


Ajinomoto Co., Inc. ialah sebuah syarikat Jepun yang mengeluarkan perasa makanan,minyak masak, makanan, dan bahan farmaseutik. Terjemahan harfiah untuk Aji no Moto ialah "Intipati Rasa". Nama ini telah dipergunakan sebagai cap dangangan untuk keluaran monosodium glutamat (MSG) syarikat.
Ajinomoto kini mengeluarkan sekitar 33% daripada MSG di dunia, dengan hasil tahunan sebanyak AS$9.84 bilion. Syarikat ini aktif di 23 buah negara dan wilayah di seluruh dunia, dan menggaji sekitar 24,861 orang pada tahun 2004.
Perasa monosodium glutamat (MSG), keluaran pengenalan syarikat Ajinomoto, pada asalnya dipasarkan di Jepun pada tahun 1909 selepas ditemui dan dipaten oleh Kikunea Ikeda. Syarikat itu dengan cepatnya berkembang ke negara-negara yang lain, dengan Ajinomoto Amerika Syarikat, Inc. ditubuhkan pada tahun 1956. Sejak dari masa itu, Ajinomoto telah menjadi sebuah konglomerat yang tersebar ke kawasan-kawasan yang lain, walaupun khususnya dalam industri makanan.
Ajinomoto kini merupakan sepatah nama generik untuk MSG di sebilangan negara Asia

Pada awal tahun 2001, Ajinomoto terbabit dalam sebuah skandal di Indonesi yang mempunyai sebahagian besar orang Islam apabila syarikat itu didapati menggunakan sejenis enzim berasaskan daging babii untuk pengeluaran MSG.Ini memberikan keertian yang ironik kepada cogan kata pengiklanan syarikat di sesetengah negara yang berbunyi: "Daripada bahan apakah Ajinomoto diperbuat?" Pada tahun 1917, sebuah khabar angin mengatakan bahawa Ajinomoto diperbuat daripada ular, tetapi ini ternyata tidak benar. Kini syarikat itu telah menukar menggunakan enzim yang dihasilkan dari kacang soya.




Bagaimanapun, sebuah laporan yang ditempah oleh FDA pada tahun 1995 mengakui bahawa "sebahagian penduduk yang jumlahnya tidak diketahui mungkin boleh terjejas oleh MSG dan mengembangkan kompleks gejala MSG, suatu keadaan yang dicirikan oleh satu atau lebih gejala yang berikut:
    • kederiaan panas pada tengkuk,lengan dan dada
    • Kederiaan kebas pada tengkuk yang terpancar ke lengan dan bahagian belakang
    • kederian-kederiaan sesemut, panas, dan kelemahan pada muka,  bahagian belakang atas, leher, dan lengan
    • tekanan atau ketegangan otot muka
    • sakit dada
    • sakit kepala
    • rasa loya
    • denyutan jantung yang cepat
    • bronkospasma (kesulitan bernafas)
    • mengantuk
    • kelemahan




Persoalan-persoalan yang menyelubungi implikasi-implikasi kesihatan terhadap pengambilan MSG telah merupakan sebuah tajuk untuk banyak perdebatan. Terdapat banyak bukti anekdot yang membayangkan kesan-kesan kesihatan yang negatif, tetapi kesemua ini masih belum disokong oleh penyelidikan-penyelidikan yang diiktiraf.
Pada April 1968, Dr. Ho Man Kwok menulis sebuah makalah untuk Jurnal perubatan New England yang berkata:
Saya telah mengalami suatu sindrom yang pelik setiap kali saya makan di restoran cina, khususnya di restoran yang menghidangkan makanan cina utara. Sindrom itu yang biasanya bermula 15 - 20 minit selepas saya makan hidangan pertama berlangsung selama lebih kurang dua jam, tanpa sebarang kesan terbawa-bawa. Gejala-gejala yang paling ketara ialah kekebasan pada tengkuk saya yang beransur-ansur terpancar ke kedua-dua lengan serta juga bahagian belakang saya, selain daripada kelemahan umum, dan palpitasi... .
Teruskan - Ajinomoto (MSG)

Tuesday, 9 March 2010

K.F.C




Kentucky Fried Chicken (KFC) yang mempunyai pusat operasi di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat merupakan bahagian Yum! Brands, Inc.. Diasaskan oleh Kolonel Harland Sanders, KFC terkenal kerana ayam gorengnya yang merupakan ketul ayam dalam campuran tepung gandum, garam, lada hitam, dan monosodium glutamat yang dimasak dengan minyak panas di dalam periuk tekanan.
Saluran keluar KFC yang pertama di dunia diasaskan pada tahun 1939 di Corbin, Kentucky. Pada tahun 1952, francais yang sulungnya diasakan di apa yang kini digelarkan South Salt Lake, Utah oleh Harland Sanders dan Pete Harman. Sanders menjual keseluruh francais KFCnya pada tahun 1964 untuk AS$2 juta. Sejak waktu itu, francais ini telah dijual sebanyak tiga kali lagi. Pemilik yang terkini ialah Pepsico yang menjadikannya sebagai sebahagian Tricon Global Restaurants, yang kini digelarkan Yum! Brands, Inc.
KFC Malaysia dipegang oleh KFC Holdings Bhd., satu syarikat kepunyaan Kulim Berhad.

Resipi rahsia Kolonel merupakan salah satu daripada rahsia perdagangan Louisville yang paling ketat disimpan, dengan salinan-salinan separa tersimpan di beberapa tempat yang lain sebagai sokongan. Dua pembekal perasa digunakan dan setiap mereka hanya membekalkan sebahagian resipi itu, dan mereka tidak mengetahui satu sama lain. Presiden syarikat juga tidak tahu akan senarai bahan-bahan, dan beberapa orang yang mengetahuinya diperlukan menandatangani perjanjian kerahsiaan yang ketat. Satu analisis kimia yang diarahkan oleh pengarang William Poundstone mendedahkan sebahagian daripada bahan-bahan utama: garam, lada hitam yang kisar, tepung gandum, dan monosodium glutamat. KFC mendakwa bahawa resipi Kolonel Sander mengandungi sebelas herba dan rempah rahsia.
Selain daripada ayam goreng, KFC juga menyajikan hidangan sampingan seperti salad kubis, pelbagai makanan berdasarkan kentang (termasuknya kentang jejari, kentang sendal, dan kentang putar dengan kuah), jagung pada batang dan biskut. KFC juga menghidangkan entree yang lain seperti Ayam Bertih Jagung, Ketul Ayam, hamburger, rusuk babi dan pelbagai jenis pembasuh mulut - walaupun bukan semuanya didapati di setiap tempat, khususnya dalam kawasan-kawasan di luar Amerika Syarikat. Sesebahagian hidangan sampingan adalah unik dan hanya didapati di kawasan yang tertentu.


Ayam goreng dan kentang jejari KFC.
KFC menggunakan singkatan namanya pada tahun 1991 untuk mengelakkan konotasi 'goreng' yang tidak sihat. Kini, KFC sedang membuat uji kaji tentang pai ayam, ayam tanpa tulang, serta ayam panggang sebagai tambahan kepada penawaran makanannya yang teras. Pada tahun 2004, syarikat itu mencuba jenama yang baru, iaitu "Ayam Segar Dari Dapur" ("Kitchen Fresh Chicken") dalam iklannya (yang mempunyai catatan huruf bercetak halus bahawa tuntutan kesegaran tidak merangkumi kepak ayam). Dalam Bahasa Inggeris, nama yang baru itu masih mengekalkan singkatan "KFC".
Pada April 2005, KFC membuka sebuah restoran yang baru di Louisville, Kentucky, tempat yang asalnya, di bawah nama asli Kentucky Fried Chicken dan merancangkan untuk menambahkan sekurang-kurangnya 50 buah restoran lagi.
Dave Thomas, pengasas Restoran Wendy menjalankan banyak francais Kentucky Fried Chicken sebelum memulakan rangkaian sendiri. Beliau ialah pereka tanda sebaldi-ayam-yang-berputar yang pada suatu masa dapat dilihat di luar setiap saluran keluar KFC.
Teruskan - K.F.C
kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...