Showing posts with label war. Show all posts
Showing posts with label war. Show all posts

Monday, 8 August 2011

G.P.S : Teknologi ketenteraan



Sistem Kedudukan Sejagat ( Global Positioning System, GPS) merujuk kepada sistem yang menentukan kedudukan seseorang melalui rujukan silang dengan satelit yang mengelilingi bumi. Ia merupakan satu-satunya sistem pandu arah satelit yang berfungsi hari ini. Sekumpulan antara 24 dan 32 satelit memancarkan isyarat masa jitu menggunakan radio kepada penerima GPS, yang membolehkan kedudukannya (longitud,latitud dan altitud) dikenal pasti dalam apa jua cuaca,siang dan malam di mana-mana di Bumi.
Sejak mula beroperasi pada 1993, GPS telah menjadi kemudahan sejagat yang penting, amat diperlukan untuk pandu arah moden di darat, laut dan udara di serata dunia, selain menjadi alat penting dalam pembuatan peta dan pengukuran tanah. GPS juga memberikan rujukan masa jitu, seperti yang diperlukan dalam telekomunikasi dan sesetengah kajian saintifik, termasuklah kajian mengenai gempa bumi.


Pada mulanya GPS direka untuk tujuan ketenteraan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syrikat bagi mengendali sistem pensasaran peluru berpandu semasa Perang Dingin, tetapi kini ia telah digunakan bagi kegunaan awam. Nama rasminya ialah NAVSTAR GPS dan ia dikawal selia dari Kem Tentera Udara Schriever di Colorado. Kos penyelenggaraan sistem ini ialah US$400 juta setahun.
GPS mula diaktifkan untuk umum pada 17 Julai 1995. Mulai Ogos 2000, Sistem Penambahan Luas-Kawasan (WAAS) meningkat ketepatan isyarat GPS sehingga 2 untuk penerima GPS yang sesuai. Dengan menggunakan teknik tertentu seperti Pembezaan GPS (DGPS), kejituan GPS boleh mencapai 1 cm untuk jarak dekat.


  • Ketenteraan: GPS membolehkan peluru berpandu menepati sasaran, dan juga memperbaiki pemerintahan dan pengawalan tentera melalui kesedaran lokasi yang bertambah. Penerima GPS awam mempunyai had secepat mana maklumat mengenai kelajuan dan altitud sesuatu koordinat dikemaskini bagi mengelakkan pihak lain menggunakannya untuk tujuan penyasaran peluru berpandu.
  • Pandu arah: GPS digunakan di seluruh dunia sebagai pembantu pandu arah dalam kereta, pesawat dan kapal. Sistem ini juga boleh digunakan dalam mesin penuai, trak lombong dan lain-lain. Penerima GPS tangan boleh digunakan oleh pendaki gunung dan pengembara. Penerima GPS murah seringkali diberkaskan dengan PDA, komputer kereta ataupun sistem pengesan kenderaan.
  • Pengukuran: Peninjau dan pengukur tanah menggunakan alat GPS yang lebih mahal dan tepat untuk mencari sempadan, struktur dan penanda tinjauan, dan untuk pembinaan jalan.
  • GPS dalam kapal terbang: Kebanyakan sistem penerbangan membenarkan kegunaan alat GPS biasa dalam penerbangan, kecuali ketika mendarat dan berlepas, sama seperti alat elektronik lain. Larangan menggunakan GPS biasanya disebabkan oleh isu keselamatan, iaitu tidak mahu penumpang memetakan jalan penerbangan. Sebaliknya, sesetengah penerbangan pula menyepadukan GPS ke dalam sistem hiburan penerbangan.
  • Rujukan masa jitu: Banyak sistem penyegerakan menggunakan GPS sebagai sumber masa yang tepat. Contohnya ketika menggunakan penderia semasa dalam eksperimen seismologi, GPS boleh digunakan untuk merekod masa tepat sesuatu aktiviti berlaku.
Teruskan - G.P.S : Teknologi ketenteraan

Richard I : Si Hati Singa

Richard I  ialah Raja England dari tahun 1189 hingga tahun 1199. manakala sesetengah penulis yang kemudian merujuk kepada baginda sebagai Richard si Hati Singa, Cœur de Lion, satu gelaran yang masih digunakan untuk merujuk kepada baginda di Perancis.


Walaupun dilahirkan di Istana Beaumont,Oxford,England. Richard I dianggap sebagai seorang Perancis, seperti dengan kebanyakan Keluarga Diraja pada masa itu. Apabila ibu bapanya berpisah, beliau diletakkan di bawah jagaan Eleanor,  Sementara itu, abang tertuanya yang masih hidup, Henry si Raja yang Muda, dimahkotai sebagai pewaris ayahandanya. Richard dan adik lelakinya belajar bagaimana mempertahankan harta mereka sejak masa remaja lagi.
Selain daripada merupakan seorang yang berpelajaran dan yang boleh menggubah puisi dalam bahasa perancis dan bahasa Occitan, Richard I dikatakan merupakan seorang lelaki yang amat menarik; warna rambutnya antara merah dan perang muda, matanya berwarna muda, dengan kulit yang cerah. Beliau juga dikatakan mempunyai ketinggian yang lebih daripada sederhana tetapi oleh sebab tulangnya telah hilang sejak revolusi perancis, tingginya yang tepat tidak dapat diketahui. Berat badannya kelihatan berlebihan pada akhir hayatnya.
Richard seronok dengan kegiatan tentera. Sejak masa kecil lagi, beliau kelihatan mempunyai setakat keupayaan politik dan ketenteraan, dan terkenal untuk kesateriaan dan keberaniannya. Tidak lama kemudian, beliau sudah menguasai orang-orang bangsawan yang tidak mudah dikawal di wilayahnya. Seperti dengan abang adiknya, Richard mempunyai rasa hormat yang terhad terhadap ayahandanya, dan tidak mempunyai pandangan jauh serta rasa tanggungjawab.

Pada tahun 1170,Henry si raja yang muda, abang Richard, dimahkotai sebagai raja bersama England, dengan gelaran Henry III. Ahli-ahli sejarah menggelarkan baginda sebagai "si Raja yang Muda" supaya tidak mengelirukan dengan raja senama yang kemudian dan yang merupakan anak saudara lelakinya. Pada tahun 1173 Richard menyertai abang-adiknya, Henry  dalam pemberontakan untuk menggulingkan ayahanda mereka dan meninggalkan si Raja yang Muda sebagai raja tunggal England. Henry II menyerang Aquitaine buat dua kali. Richard yang berumur 17 tahun merupakan adik-beradik terakhir yang masih menentang ayahanda mereka; bagaimanapun pada akhirnya, Richard enggan bertemu muka dengan ayahandanya untuk pertempuran, dan kemudian meminta ampun dengan rendah hati. Pada tahun 1174, selepas keakhiran pemberontakan yang gagal itu, Richard mengangkat sumpah baru bahawa beliau akan menurut perintah ayahandanya.
Richard mempunyai banyak alasan utama untuk berasa tidak puas hati dengan ayahandanya. Pertama sekali adalah keengganan Henry untuk membenarkan Richard sebarang kuasa yang benar atau kewangan, walaupun dirayu berkali-kali. Walaupun ditenangkan dengan gelaran-gelaran seperti Count Poitou, Richard hendak lebih lagi dan Henry kelihatan enggan memberi lebih sumber kepada mana-mana satu puteranya yang boleh digunakan untuk menentang diri, dengan alasan yang amat munasabah untuk berbuat demikian. Kedua, Henry telah mencedok Puteri Alys, tunang Richard, sebagai perempuan simpanannya. Alys adalah anak perempuan dari perancis. Ini menyebabkan perkahwinan antara Richard dan Alys mustahil berdasarkan alasan-alasan teknik – sekurang-kurangnya dari segi gereja, tetapi Henry yang tidak ingin mengakibatkan satu kejadian diplomatik, berdalih dan tidak mengaku kesalahannya. Bagaimanapun, Richard tidak digalakkan menolak Alys kerana Alys merupakan adik perempuan Raja Philip II, satu sekutu yang rapat.
Selepas kegagalan untuk menggulingkan ayahandanya, Richard menumpukan perhatian kepada penumpasan pemberontakan-pemberontakan dalaman oleh ahli-ahli bangsawan Aquitaine yang tidak puas hati, khususnya di wilayah Gascony. Kekejaman pemerintahannya yang semakin bertambah mengakibatkan pemberontakan yang utama di Gascony pada tahun 1179. Pemberontak-pemberontak mengharapkan penggulingan Richard dan meminta Henry dan Geoffrey, adik-beradik Richard, supaya membantu mereka berjaya.
Titik perubahan dalam pemberontakan terhadap Richard berlaku di Lembah Charente pada musim luruh 1179. . Kastil itu dikelilingi oleh cerunam pada tiga tepinya, dan pada tepi keempat terletak sebuah bandar yang mempunyai dinding tiga lapisan. Pada mula-mulanya, Richard memusnahkan dan menjarah ladang-ladang dan tanah-tanah di sekeliling kubu, dan menyebabkan kubu itu tidak mempunyai sebarang tenaga bantuan atau kawasan-kawasan di luar kubu. Penduduk-penduk di dalam kubu itu amat takut akan Richard pada saat itu sehingga mereka meninggalkan kastil yang selamat untuk menyerang Richard di luar dinding kubu. Richard dapat menewaskan angkatan tentera pertahananan itu dan kemudian mengikut mereka ke dalam kubu. Dengan mudahnya, Richard mengambil alih kastil itu dalam tempoh dua hari. Kemenangan Richard adalah penting atas dua sebab. Pertama, banyak baron yang ingin memberontak terhadap Richard membatalkan rancangan masing-masing, dan mengisytiharkan taat setia kepadanya. Kedua, Richard mencapai reputasi sebagai seorang komander tentera yang mahir, dengan reputasi itu mengikut seumur hidupnya.
Pada tahun 1181-1182, Richard menghadapi lagi satu pemberontakan, kini mengenai pewarisan kaunti Angouleme. Penentang-penentangnya meminta bantuan daripada Philip II dari Perancis, dan pertempuran itu kemudian merebak ke seluruh Limousin dan Perigord. Richard dituduh melakukan banyak perbuatan kekejaman terhadap orang-orang taklukannya, termasuk rogol: "Beliau melarikan isteri-isteri, serta anak-anak dan saudara-saudara perempuan orang bebasnya, dan menjadikan mereka gundik sendiri; dan selepas beliau telah melenyapkan rasa berahinya terhadap mereka, beliau menyerahkan mereka itu kepada askar-askarnya untuk pelacuran."

Selepas Richard menewaskan baron-baronnya yang memberontak, beliau sekali lagi mencabar takhta ayahandanya. Dari tahun 1180 hingga 1183, ketegangan antara Henry dan Richard bertambah kerana Raja Henry menitahkan Richard memberikan penghormatan kepada Henry si Raja yang Muda, pewaris raja Inggeris, tetapi Richard enggan berbuat sedemikian. Akhirnya pada tahun 1183, Henry si Raja yang Muda bersama-sama dengan Geoffrey, Duke Brittany, menyerang Aquitaine dalam sebuah percubaan untuk menewaskan Richard. Baron-baron Richard mengambil peluang dalam pergaduhan ini untuk masuk campur dan menentang Duke mereka. Bagaimanapun, Richard dan tenteranya dapat menahan angkatan-angkatan tersebut dan dengan kejam, membunuh setiap tawanan perangnya. Pertempuran itu berhenti sekejap pada bulan Jun 1183 apabila Putera Henry meninggal dunia. Bagaimanapun tidak lama kemudian, Henry II memberikan John Lackland kebenaran untuk menyerang Aquitaine sebagai pengganti untuk mendiang Putera Henry. Dengan kematian Putera Henry, Richard kini merupakan putera tertua dan pewaris raja Inggeris, tetapi pertempuran antara Richard and Henry II masih diteruskan.




Pada tahun 1188, Henry II merancang untuk menyerahkan Aquitaine kepada anak sulungnya, John Lackland yang kemudian menjadi Raja John dari England. Pada tahun yang lalu, Richard telah bersekutu dengan Phillip II untuk mengukuhkan kedudukan sendiri. Philip II merupakan anak bekas suami Eleanor, Roger dari Hoveden menulis mengenai kejadian-kejadian ini:
"Selepas keamanan dicapai, Richard, earl Poitou, tinggal dengan raja Perancis, walaupun bertentangan dengan keinginan ayahandanya. Raja Perancis sangat menghormati Richard sehingga setiap hari, mereka makan daripada meja yang sama dan dengan hidangan berkongsi dan pada malam, tidak tidur di dalam bilik-bilik yang berasingan. Disebabkan hubungan yang amat rapat ini yang kelihatan telah muncul antara mereka, raja England berasa amat hairan dan tertanya-tanya tentang maksudnya. [Raja England] juga mengambil langkah-langkah mencegah untuk masa depan, dan kerap menghantar utusan ke Perancis untuk tujuan memanggil pulang Richard, anaknya; Richard yang berpura-pura berkecenderungan untuk keamanan dan bersedia untuk kembali ke ayahandanya, pergi ke Chinon, dan walaupun terdapat orang yang ditugaskan untuk menjaga [istana Henry II] itu, melarikan sebahagian besar harta karun ayahandanya, dan mengubui kastil-kastilnya di Poitou dengan kekayaannya itu, serta enggan berjumpa dengan ayahandanya."
.


 
Teruskan - Richard I : Si Hati Singa

Wednesday, 3 August 2011

Fokker : Perintis dunia penerbangan

 The Spin,kapal terbang pertama ciptaan Anthony Fokker



Fokker adalah pembuat kapal terbang belanda yang dinamakan sempena pengasasnya,Anthony Fokker.Syarikat ini didirikan pada 21 Julai 1919 oleh seorang Belanda, Anthony Fokker (1890-1939), salah seorang daripada peneroka penerbangan dunia. Pada usia 20, dia telah membina kapal terbang pertamanya, Spin , kapal terbang binaan Belanda yang pertama terbang dinegara asalnya. Pada tahun 1912, dia menubuhkan syarikat pertamanya, Fokker Aeroplanbau di Berlin,Jerman kemudian berpindah ke Schwerin.
Di sana, Fokker membina kapal terbang bagi pihak tentera Jerman semasa Perang Dunia I, dipaksa sebagai rakan kongsi Hugo Junkers oleh kerajaan Jerman. Dia mencipta nama dengan kapal terbangnya Fokker E.III, yang menggunakan mekanisma yang membenarkan juruterbang menggunakan mesingan di kapal terbang mereka tanpa memusnahkan kipas mereka, Fokker D.VII, dan Fokker Dr.I tiga sayap yang terkenal kerana pernah digunakan oleh Manfred von Richthofen, lebih dikenali sebagai Baron Merah.

Pada tahun 1919, Fokker berpisah daripada Junkers, kembali ke Belanda, dan memulakan syarikatnya sendiri. Dia tidak kembali dengan tangan kosong; Fokker berjaya menyeludup satu keretapi penuh pesawat tentera D.VII dan C.I termasuk alat ganti menyeberangi sempadan Jerman-Belanda. Simpanan permulaan ini membolehkan dia menubuhkan kedai dengan cepat.
Selepas pemindahan syarikatnya, kejayaan utamanya terletak pada kapal terbang perdagangan, pesawat penumpang bukannya pesawat tentera, walaupun Fokker masih terus mereka dan membinanya, sebahagian besarnya utuk tentera udara Belanda. Pengecualian jelas hanyalah bagi tentera udara Finland, yang sebahagian besarnya dilengkapi dengan kapal terbang CV,C.X and D.XXI.
Pada tahun 1920-an, kejayaan Fokker terbesar adalah pesawat penumpang tiga motor, yang menguasai pasaran Eropah sehingga ketibaan kapal terbang logam sepenuhnya dari Amerika Syarikat dan Jerman pada pertengahan 1930-an.
PadaDisember 1939, Anthony Fokker meninggal di Amerika, di mana cawangan Amerika syarikatnya amat berjaya.
Kilang Fokker di Belanda musnah sama sekali semasa Perang Dunia II, dan kilang baru didirikan bersebelahan Lapangan Terbang Schiphol berhampiran Amsterdam, pada tahun 1951. Di sana, beberapa kapal terbang tentera dibina dibawah lesen, antara lain daripada F-104 Starfighter Lockheed. Kemudahan pengeluaran dan baik-pulih kedua didirikan di Woensdrecht.
Fokker merupakan salah satu daripada rakan kongsi gabungan (konsortium) yang menghasilkan F-16. Konsortium ini bertanggungjawab bagi pengeluaran, F-16 Fighting Falcon jet ,pejuang bagi Tentera udara Diraja Belgian,Denmark Tentera udara DiRaja Belanda dan Tentera udara Diraja Norway. Ia terdiri daripada agensi kerajaan dan syarikat daripada empat negara dan Amerika, Syarikat. F-16 dipasang dengan bahagian daripada lima negara di kilang Fokker dan di SABCA di Belgium.

Pada tahun 1958, Fokker F-27 "Friendship" diperkenalkan, yang menjadi pesawat udara turboprop paling laris hampir 800 unit dijual antara 1958  hingga 1986. F-27 diikuti oleh Fokker F-28 "Fellowship",Fokker F50,Fokker F70 dan Fokker F100. Kedua-dua F-27 dan kemudiannya F-28 berkhidmat dengan Penerbangan Di Raja Belanda (Dutch Royal Flight), Putera Bernhard sendiri merupakan juru terbang.

Pada tahun 1996 syarikat Fokker diistiharkan muflis, tetapi sebahagian syarikat tersebut masih kekal. Division angkasa menjadi syarikat bebas yang masa kini dikenali sebagai Ducth Space. Cawangan syarikat yang menghasilkan bahagian kapal terbang dan meneruskan kerja-kerja membaiki dan penyelengaraan diambilalih oleh Stork N.V; kini ia dikenali sebagai Stork Aerospace Group.Stork Fokker wujud bagi mengekalkan pemasaran semula kapal terbang syarikat Fokker yang sedia ada.
Sementara itu, Rekkof Aircraft ("Fokker" terbalik) sedang cuba memulakan semula penghasilan Fokker 70 NT, disokong oleh pembekal dan syarikat penerbangan.
Teruskan - Fokker : Perintis dunia penerbangan

Wednesday, 27 July 2011

Garis Maginot : kubu konkrit tentera perancis

Garis Maginot adalah satu garisan kubu konkrit, penghalang kereta kebal, pos mesingan dan pertahanan lain yang dibina oleh pihak Perancis sepanjang sempadannya dengan Jerman dan Itali selepas Perang Dunia I. Secara umumnya istilah tersebut merujuk samaada kepada keseluruhan sistem atau pertahanan yang menghadap ke  Jerman sementara Garis Alpine bagi baris pertahanan Perancis-Itali. Pihak Perancis percaya bahawa kubu tersebut akan memberikan masa bagi kerahan tentera mereka sekiranya diserang dan mengimbangi kelemahan jumlah tentera. Kejayaan pertempuran pertahanan statik dalam Perang Dunia I merupakan pengaruh utama pemikiran pihak Perancis.



Pertahanan ini pada mulanya dicadangkan oleh Marshal Joffre. Dia ditentang oleh golongan permodenan ( modernists ) seperti Paul Reynaud dan Charles de Gaulle yang menyokong pelaburan dalam kereta kebal dan kapal terbang. Joffre mendapat sokongan dari Petain dan terdapat beberapa lapuran dan commissions dianjurkan oleh kerajaan. Tetapi ia adalah Andre Maginot yang menyakinkan kerajaan untuk melabur dalam skim ini. Maginot merupakan veteran Perang Dunia I yang menjadi Menteri Hal Ehwal Vateren Perancis dan Menteri Pertahanan.
Garis ini dibina secara berperingkat dari tahun 1930 oleh STG (Section Technique du Génie) diselia oleh CORF (Commission d'Organisation des Régions Fortifiées). Pembinaan utama hampir siap pada 1935 dengan kos sekitar 3 juta franc.

Spesifikasi pertahanan ini amat tinggi dengan kompleks kubu (bunker) yang bersambung dengan meluas untuk beribu-ribu tentera, terdapat 108 main forts (ouvrages) setiap 15 kilometre, ouvrages kecil dan casement diantaranya dengan lebih 100 kilometre terowong.
Kubu tersebut tidak menganjur menembusi Hutan Ardennes atau sepanjang sempadan dengan Belgium kerana negara tersebut telah menandatangani persekutuan ( alliance ) pada tahun 1920, di mana tentera Perancis boleh beroperasi di Belgium sekiranya tentera Jerman menceroboh. Apabila Belgium memansuhkan perjanjian tersebut pada tahun 1936 dan mengistiharkan berkecuali, Garis Maginot disambung dengan pantas sepanjang sempadan Perancis-Belgium, tetapi tidak setaraf dengan Garis yang lain.
Terdapat pembinaan tergesa-gesa pada tahun 1939-1940 dengan peningkatan umum sepanjang Garisan. Akhir Garisan terkuat sekitar kawasan pengilangan Metz,Lauter dan Alsace, sementara kawasan lain secara perbandingan hanya dilindungi dengan lemah.


Selepas perang Garis Maginot dikendalikan semula oleh Perancis dan melalui beberapa pengubahsuaian. Bagaimanapun apabila Perancis keluar dari NATO kebanyakan Garis Maginot ditinggalkan. Dengan kebangkitan penghalang nuklear ("nuclear deterrent") bebas Perancis pada tahun 1969 Garis Maginot diketepikan oleh kerajaan, dengan sebahagian daripadanya dilelong kepada awam dan bakinya dibiarkan reput.
Istilah "Garis Maginot" telah digunakan sebagai imbalan (metaphor) bagi sesuatu yang amat diyakini, walaupun sebenarnya tidak boleh diharap. Sebenarnya, ia berjaya melaksanakan matlamat sebenarnya, melindungi sebahagian Perancis, dan memaksa musuh menghindarinya. Sebagaimana yang dirancangkan, Garis Maginot merupakan sebahagian daripada rancangan pertahanan yang lebih besar, di mana musuh akan bertembung dengan pertahanan oleh Tentera Perancis, tetapi Perancis tidak melaksanakan peranan bahagian berikutnya, mendorong kepada kehilangan kelebihan Garis Maginot.
Teruskan - Garis Maginot : kubu konkrit tentera perancis
kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...