Showing posts with label district. Show all posts
Showing posts with label district. Show all posts

Wednesday, 25 August 2010

Bintulu,Sarawak



Bahagian Bintulu terletak di Sarawak menghadap Laut China Selatan di baratnya. Bandar Bintulu membangun dengan pesat dengan adanya gas asli di luar pantai Sarawak. Ia terletak 650 km dariBandar Kuching dan kira-kira 215 km dari Sibu atau Miri. Bintulu mempunyai keluasan 7,220.4 km2.

Daripada asal hanya sebuah kampung nelayan yang dikenali dengan hasil lautnya seperti udang, cencaluk dan belacan, Bintulu kini muncul sebagai bandar antarabangsa.

Sebuah loji pemproses gas asli iaitu, Malaysia LNG Sdn Bhd telah dibina di Bintulu. Ia menjadi pengalak kepada pembangunan lain-lain sektor yang diperlukan.

Pelabuhan Bintulu di Tanjung Kidurong turut dibina dan berkembang maju. Tanjung Kidurong dahulunya ialah sebuah hutan rimba yang terkenal sebagai tempat perburuan rusa. Pelabuhan ini bersebelahan dengan loji MLNG. Lembaga Pelabuhan Bintulu ditubuhkan pada 1981 bagi melicinkan pembinaan pelabuhan serta bertanggungjawab dalam pengendalian dan penjagaan pelabuhan. Semua kontrak pembinaan utama telah disiapkan mengikut jadual dengan memakan kos berjumlah RM600 juta.

Terdapat juga kilang Asean Bintulu Fertilizer yang membekalkan baja urea dan lain-lain kepada petani-petani di Malaysia dan juga di negara-negara ASEAN.

Kampus Universiti Pertanian Malaysia turut dibina. Kini ia dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia. UPM Kampus Bintulu ini bukanlah suatu nama baru sebagai destinasi pendidikan tinggi di negara ini kerana ia merupakan kampus tertua di Negeri Sarawak. Kampus ini diaktifkan semula pada November 2001 berasaskan matlamat ketiga pelan strategi UPM 2001-2010 iaitu meningkatkan keupayaan UPM sebagai pusat pengajian dan perkhidmatan pertanian serta biosumber terkemuka di peringkat antarabangsa.

Pada masa kini, terdapat lebih daripada 8 buah sekolah menengah dan 50 buah sekolah rendah di Bintulu. Di antara sekolah-sekolah menengah tersebut, SMK Bintulu merupakan sekolah tertua dan terbesar dan dapat menampung pelajar-pelajar dari Tingkatan Satu sampai Tingkatan Enam. Ia merupakan salah sebuah sekolah yang menunjukkan prestasi yang terbaik di Sarawak dalam peperiksaan-peperiksaan umum.

Bintulu turut mempunyai sebyah lapangan terbang bertaraf antarabangsa, iaitu lapangan Terbang Bintulu yang terletak 23 kilometer dari pusat bandar. Lapangan terbang baru ini mempunyai landasan sepanjang 2600 meter yang mampu menerima Airbus A330 mendarat. Lapangan terbang ini turut mengendalikan penerbangan ke beberapa destinasi luar negara seperti Singapura, Kuala Lumpur,Hong Kong, Manila, Bangkok dan Jakarta dapat dilakukan dengan adanya Lapangan Terbang baru ini.

Bintulu juga mempunyai kemudahan sukan dan rekreasi yang baik. Bintulu mempunyai lebih daripada 40 gelanggang badminton, 32 gelanggang tenis, 8 buah gelanggang skuash, 16 buah gelanggang bola keranjang, 25 buah gelanggang sepak takraw, 14 buah padang bola sepak, 4 buah gelanggang bola tampar dan 3 buah padang hoki.

Selain daripada kemudahan-kemudahan tersebut, Bintulu juga mempunyai 3 buah kolam renang awam termasuklah kolam renang Lembaga Kemajuan Bintulu berdekatan Dewan Suarah, sebuah stadium tertutup dan stadium terbuka yang terletak di Jalan Tanjung Kidurong.

Padang Golf 18-lubang di Bintulu bukan sahaja sebuah padang golf yang mencabar bahkan mempunyai pemandangan yang menarik di sini. Padang Golf ini dikendalikan oleh Kelab Golf Bintulu yang mempunyai bangunan sendiri di situ sebagai pusat operasinya.

Kebanyakan pelancong akan singgah di Bintulu sebelum berkunjung ke Taman Negara Niah atau Taman Negara Similajau.


Tempat-tempat menarik

  • Kampung Jepak
  • Tugu Dewan Undangan Negeri
  • Pasar Utama Bintulu & Tamu Bintulu
  • Pasar Malam
  • Masjid Assyakirin
  • Tokong Kuan Yin Tong
  • Pantai Tanjung Batu
  • Taman Tumbina
  • Padang Golf
  • Taman Negara Similajau
  • Pantai Tanjung Kidurong
  • Parkcity Mall
  • Millenium Park (Fasa 1)
  • Bintulu Waterfront Promenade (dijangka siap 2007 - fasa 1)
  • Farley
  • Li Hua Hotel
  • Casablanca
Teruskan - Bintulu,Sarawak

Friday, 20 August 2010

Lawas,Sarawak



Lawas adalah bandar kecil di bawah bahagian Limbang,terletak di utara negeri Sarawak.Keluasan Lawas meliputi 3 811.9 meter persegi dan populasi penduduk ialah 35 300 (pada tahun 2000).Ia terletak 1200 kilometer dari ibu negeri,Kuching dan 200 kilometer dari ibu negeri Sabah,Kota Kinabalu.

Sejarah
Pada tahun 1970an hingga 1990an Lawas dan Limbang menjadi bandar yang penuh dengan maksiat dan dosa di Sarawak.Sarang pelacuran,kelab malam murahan,rumah urutan dan hotel murah adalah benda yang biasa di kedua-dua bandar itu.

Sehinggalah kerajaan negeri melakukan perubahan pembentukan semula bandar utama dekad yang lalu.Kawasan perumahan,kedai,pusat beli-belah,projek pertanian dan jalan raya telah di bina dengan perlaburan berjuta-juta ringgit.

Hotel murahan juga telah diubah suai menjadi hotel bertaraf perlancongan .

Ekonomi
Limbang merupakan bandar transit antara Sarawak,Sabah dan Brunei.Pembalakan dan pertanian juga merupakan sumber ekonomi utama.Tanah tinggi di Ba'kelalan telah dieksperimentasi untuk menanam epal.Perancangan untuk membina industri berskala kecil dan sederhana telah dicadangkan oleh kerajaan negeri.Pada masa ini,kebanyakkan tanah di Lawas,Sundar dan Trusan telah diusahankan menjadi ladang padi dan ladang kelapa sawit.

Pengangkutan
Lawas secara geological nya terputus dari rangkaian jalan raya Sarawak.Walaubagaimanapun jalan utama Sabah ,Brunei dan daerah Temburung menghubungkan bandar Lawas.Rangkaian jalan raya nya bebas daripada kesesakan lalu lintas.

Dua jalan melimpasi sempadan terdapat di Lawas:
  • Mengkalap:Terletak di barat bandar Lawas,Mengkalap ialah 'checkpoint' sebelum meghala ke Brunei.Ia beroperasi sementara di rumah kedai di Bazaar Trusan,8 kilometer dari sempadan sebenar Malaysia-Brunei.
  • Merapok:Di timur bandar Lawas pula terletaknya 'checkpoint' sebelum menghala ke Sabah.Di sebelah Sabah pula Sindunim.
Pengangkutan air
Salah satu pilihan pengangkutan adalah melalui Sungai Lawas.Sungai Yang bersih itu adalah alternatif utama meghubungkan Lawas dengan kawasan pendalaman.

Brunei,Labuan Dan Limbang juga dihubungkan dari Lawas menggunakan bot.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam.Bot ke Brunei,Labuan dan Limbang boleh didapati di Pangkalan bot Lawas setiap pagi.Setiap satu bot boleh memuati 150 orang.

Tempat menarik
Pasar Tamu Lawas merupakan daya tarikan pelancong utama di Lawas setiap sabtu.Produk tempatan seperti sayuran,Buahan dan makanan laut di jual di situ,kebanyakan yang datang ke pasar tamu adalah penduduk tempatan dan dari negara jiran,Brunei.

Selain Pasar Tamu Lawas,tempat yang menarik yang boleh dilawati di Lawas ialah seperti Pantai Kampung Punang,pantai Sungai Bangat,Pa'lelau di Merarap,Gunung Murut,Kampung Air Terjun(Jalan Trusan) dan Sri Tanjung Resort di Kuala Lawas.

Kuala Lawas,Kampung Punang dan Awat-awat terkenal dengan kampung air nya,sama seperti KAmpung Air di Brunei cuma sedikit kecil.Perahu menjadi pengangkutan utama untuk menyeberang sungai.

Penduduk di Lawas terdiri daripada Melayu Brunei,Lunbawang,Kedayan,Murut dan Cina


Teruskan - Lawas,Sarawak
kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...