Showing posts with label King. Show all posts
Showing posts with label King. Show all posts

Wednesday, 17 August 2011

Raja Fahd : Raja Arab Ke-5

Fahd ibn Abdul Aziz Al-Saud  ialah raja dan Perdana Menteri Arab Saudi. Beliau merupakan Raja Arab Saudi kelima. Beliau merupakan salah seorang anak lelaki daripada 37 orang anak lelaki pengasas Arab Saudi iaitu Raja Abd Al Aziz Al Sa,ud . Raja Fahd menaiki takhta selepas kematian Raja Khalid pada 13 Jun 1982.
Fahd dilantik menjadi Putera Mahkota apabila Raja Khalid menaiki takhta selepas raja terdahulu iaitu Raja Faisal dibunuh pada tahun 1975.
Raja Fahd terkena strok pada tahun 1995 dan tidak dapat menjalankan kewajipannya sebagai pemerintah. Adik tirinya, Puter Mahkota Abdullah (sekarang ialah Raja Arab Saudi) diberi kepercayaan menjalankan tugas Raja Fahd. Putera Mahkota Abdullah dilantik menjadi Raja Arab Saudi selepas kematian Raja Fahd pada Ogos 2005.

Fahd ialah anak kepada pengasas Arab Saudi,Raja Abdul Aziz. Beliau merupakan anak pertama hasil perkahwinan di antara Raja Abdul Aziz dengan Hussah binti Ahmad Al Sudairi. Tarikh lahirnya dikatakan pada tahun 1923 (sesetengah pendapat pada tahun 1921). Semasa berusia sembilan tahun beliau menyaksikan bapanya menubuhkan Kerajaan Arab Saudi moden.
Pada tahun 1945, Fahd bersama-sama rombongan daripada negaranya ke New York untuk menghadiri upacara pembukaan Perhimpunan Agung PBB (UNGA). Semasa lawatan ini, Fahd berkhidmat di bawah abangnya,Putera Faisal yang ketika itu merupakan Menteri Luar Arab Saudi.

Raja Fahd amat meminati pusat peranginan di Marbella,Sepanyol. Semasa lawatannya ke tempat itu pada tahun 70-an, beliau membeli hartanah seluas 200 hektar. Semasa kematiannya, dia disytiharkan sebagai "anak angkat" oleh pihak pentadbir tempatan di sana dan tiga hari untuk bertafakur di sana.

Pada tahun 1953, semasa berusia 30 tahun, Fahd dilantik menjadi Menteri Pendidikan oleh ayahandanya. Pada tahun yang sama, Fahd mengetuai rombongan negara ke upacara penabalan Queen Elizabeth II sebagai wakil keluarga Diraja Saudi.
Kemudian, Fahd mengetuai rombongan Arab Saudi ke Liga Arab pada tahun 1959. Pada tahun 1962 pula, Fahd diberi posisi Menteri Dalam Negeri dan lima tahun kemudian dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri Kedua.

Revolusi Islam Iran pada tahun 1979 mengubah keadaan politik di Timur Tengah kerana pemerintahan monarki Shah Iran dijatuhkan bagi memberi laluan kepada pemerintahan berdasarkan keagamaan berdasarkan undang-undang syariah. Pada tahun yang sama, sekumpulan pengganas menyerbu dan menawan Masjidil Haram di Makkah. Selepas menaiki takhta pada 1982, Raja Fahd yang khuatir dengan gerakan fundamentalis Syiah kemudiannya menyokong Saddam Hussein di Iraq dalam peperangan dengan Iran. Beliau juga mengambil gelaran "Penjaga Dua Masjid Suci" di samping mengambil langkah-langkah untuk mewajibkan pendidikan berteraskan agama.

Selepas tentera Iraq pimpinan Presiden Saddam Hussein mencerobohi Kuwait, menempatkan tentera teramai di Timur tengah di sempadan Arab Saudi, Raja Fahd bersetuju untuk membenarkan tentera bersekutu pimpinan AS menggunakan negaranya sebagai pangkalan perang. Hal ini menyebabkan beliau dikritik hebat oleh golongan ulama dan proislam yang menentang kehadiran tentera bukan Islam di tanah Arab. Hal ini juga menyebabkan Keluarga Diraja Saudi dibenci oleh Osama Laden dan Al-Qaeda.

Raja Fahd terkena strok pada tahun 1995 dan memutuskan untuk menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Putera Mahkota Abdullah. Selepas strok itu Raja Fahd menjadi tidak aktif. Segala urusan pemerintahan jatuh kepada Putera Mahkota Abdullah.Raja Fahd dimasukkan ke dalam Hospital Pakar Raja Faisal pada 25 Mei 2005 untuk menerima rawatan. Pada 1 Ogos 2005, Raja Fahd diisytiharkan meninggal dunia.



Raja Fahd digantikan oleh Putera Mahkota Abdullah.
Teruskan - Raja Fahd : Raja Arab Ke-5

Sunday, 31 July 2011

Mohor Besar Raja-Raja : Lambang Kesultanan Melayu



Mohor Besar Raja-Raja disimpan dan digunakan oleh Penyimpan Besar Raja-Raja seperti diperuntukan oleh seksyen 4 dalam Jadual Kelima Perlembagaan Persekutuan.

Terdapat dua Mohor Besar yang disimpan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Mohor Besar yang pertama berukuran 51 cm panjang, 22 cm lebar, 52 cm tinggi dan seberat 93 kg. Manakala Mohor Besar yang kedua berukuran 51 cm panjang, 14 cm lebar, 35.5 cm tinggi dan seberat 38kg. Mohor Besar yang kedua ini lebih mudah dibawa ke luar pejabat apabila perlu.


Permukaan Mohor Besar mengandungi jata kerajaan sembilan Negeri Melayu serta tertulis perkataan “Mohor Besar Raja-Raja Negeri Melayu” dalam huruf jawi. Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali keempat pada 31 Ogos 1948 telah bersetuju menerima corak pada Mohor Besar Raja-Raja yang digunakan sehingga ke hari ini.

Kedua-dua Mohor Besar Raja-Raja dibuat di England pada tahun 1949 dengan kosGBP 211.10

FUNGSI MOHOR BESAR RAJA-RAJA

Mohor Besar ini melambangkan kuasa dan hak institusi Majlis Raja-Raja. Ia melambangkan kuasa kerana ia terbit daripada sebuah badan yang teragung di Negara ini. Surat cara yang dimeterai dengan Mohor Besar melambangkan kepercayaan dan kuasa. Ia melambangkan kadaulatan surat cara tersebut.Mohor membuktikan kesasihan asal usul sesuatu surat cara.
Oleh sebab kesan terapan daripada Mohor Besar akan merubahkan tekstur kertas, maka cap mohor ini dapat bertahan lebih lama daripada “cap getah” yang menggunakan dakwat yang tertera pada permukaan surat cara.
Teruskan - Mohor Besar Raja-Raja : Lambang Kesultanan Melayu

Thursday, 7 July 2011

Sultan Omar Ali Saifuddin II





Sultan Omar Ali Saifuddien II Jamalul Alam merupakan Sultan Brunei yang ke 23. Baginda merupakan putera kepada Sultan Muhammad Jamalul Alam I iaitu Sultan Brunei yang ke 20 dan Raja Isteri Pengiran Anak Nur Alam binti Sultan Muhammad Kanzul Alam.


Makam Sultan Omar Ali Saifuddin II


Baginda diputerakan pada tahun 1804 dan mempunyai 3 orang isteri. Pertama Pengiran Isteri binti Pengiran Muda Anak Bahar, Kedua Tuan Zaida binti Pengarah Digadong Tuan Laman Awang Sulaiman dan ketiga Dayang Sandalam. Hasil dari ketiga2 perkahwinan tersebut baginda telah dikurniakan seramai 3 orang putera dan 3 orang puteri iaitu :

  1. Pengiran Pemancha Sahibul Rae Wal Masyuarah Pengiran Anak Muhammad Salleh
  2. Pengiran Muda Muhammad Saiful Alam
  3. Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin
  4. Raja Isteri Pengiran Anak Puteri Zubaida
  5. Pengiran Babu Pengiran Anak Siti Mariam
  6. Pengiran Babu Pengiran Anak Saleha

Baginda menaiki takhta kerajaan mulai tahun 1828. Setelah baginda memerintah lebih kurang sepuluh tahun, kuasa Brunei telah mulai beransur lemah. Akibatnya beberapa pesisir yang dahulunya kekuasaan Brunei telah terputus dan tercicir. Sultan Suluk yang ketika itu memang telah lama menantikan kejatuhan Brunei mengambil kesempatan di atas kelemahan ini.

Pengaruh Barat mula bertapak di kawasan Nusantara dan kekuasaan Brunei beransur lemah. Seorang bangsa Inggeris iaitu James Brooke yang mempunyai cita2 tinggi di rantau ini mengambil kesempatan ke atas kejatuhan ekonomi perdagangan di Brunei. Ianya berjaya memanipulasi kesempatan ini daripada kekacauan yang berlaku di wilayah2 Brunei. Pengiran Muda Hashim yang tidak mampu mengawal keadaan telah melantik James Brooke selaku pentadbir di Sarawak selepas James Brooke berjaya menenteramkan keadaan di wilayah itu.

James Brooke telah datang mengadap Sultan Omar Ali Saifuddien II Jamalul Alam dan mendesak agar dijadikan Rajah Sarawak. Pada tahun 1842 dia dilantik menjadi Rajah Sarawak dengan demikian kekuasaan Kerajaan Brunei semakin merosot. 





Dalam masa pemerintahan baginda juga Pulau Labuan telah diserahkan keada Kerajaan British dengan alasan untuk menghalang keganasan lanun pada mulanya. Akan tetapi oleh kerana terdapat ancaman dan ugutan oleh wakil Kerajaan British akhirnya menuntut baginda memanggil dan bermesyuarat dengan pembesar2 negara untuk menyelesaikan masalah paksaan British menghendaki Pulau Labuan. Hasil dari perundingan tersebut akhirnya baginda membubuh cop mohor kerajaan dan menandatangani surat perjanjian menyerahkan Pulau Labuan kepada British pada hari Jumat 18 Disember 1846. Dengan termeterai perjanjian itu, maka Labuan terpaksa diserahkan. Pada 27 Mei 1847 pula, baginda membuat perjanjian persahabatan dan perdagangan dengan pihak British.

Baginda mangkat disebabkan cancer mulut di Istana Kampong Ayer, Bandar Brunei pada 18 November 1852 dan dimakamkan di Kubah Makam Diraja.
Teruskan - Sultan Omar Ali Saifuddin II
kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...