Showing posts with label strange story. Show all posts
Showing posts with label strange story. Show all posts

Tuesday, 9 March 2010

Segi Tiga Bermuda


Segi Tiga Bermuda, juga dikenali sebagai Segi Tiga Syaitan ("Devil"), merupakan kawasan di barat laut Lautan Atlantik di mana sejumlah kapal terbang dan kapal telah hilang dalam apa yang dikatakan sebagai keadaan yang melampaui sempadan kesilapan manusia atau akibat matapetaka semula jadi. Sesetengah kehilangan tersebut telah disabitkan dengan paranormal, penggantungan hukum fizik, atau aktiviti oleh makhluk asing oleh budaya popular.Sungguhpun terdapat banyak dokumen yang menunjukkan kebanyakan kejadian telah disalah lapor atau ditokok tambah oleh pengarang berikutnya, dan kebanyakan agensi rasmi telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa jumlah kehilangan tidak dianggap menonjol menurut anggaran mereka, kebanyakan kehilangan kekal tidak dijelaskan sungguhpun penyiasatan mendalam dilakukan mengenainya.

Sempadan Segi tiga Bermuda berbeza menurut pengarang; sesetengah menyatakan bentuknya menyerupai trapezium menyelitupi Selat Florida, Bahamas, dan keseluruhan pulau Caribbean timur Azores; yang lain menambah Teluk Mexico kepadanya. Sempadan segi tiga yang lebih biasa ditulis dalam buku mempunyai titik sempadannya di pantai Florida Lautan Atlantik; San Juan, Puerto Rico; dan pulau Bermuda tengah Atlantik, dengan kebanyakan kejadian tertumpu kepada sempadan selatan sekitar Bahamas dan Selat Florida.
Kawasan ini merupakan salah satu laluan perkapalan yang tersibuk di dunia, dengan kapal melintasinya setiap hari untuk ke pelabuhan di Amerika, Europah, dan Kepulauan Caribbean. Kapal pelancongan turut banyak tersedia, dan kenderaan rehlah sering berulang-alik antara Florida dan kepulauan tersebut. Ianya turut merupakan laluan yang paling banyak dilalui oleh kapal terbang persendirian mahupun perdagangan yang menghala ke arah Florida, Caribbean, dan Amerika Selatan dari titik utara.
Arus lautan Arus Teluk mengalir melalui Segi tiga Bermuda selepas meninggalkan Teluk Mexico; arusnya sekuat lima hingga enam knot mungkin memainkan peranan dalam beberapa kehilangan. Ribut mengejut mampu dan pernah muncul, dan pada musim panas sehingga akhir musim gugur kadang-kala hurikan menghentam kawasan tersebut. Gabungan antara laluan laut sibuk dengan cuaca tidak menentu menjadikannya tidak mustahil kapal mampu karam dalam ribut dan tenggelam tanpa sebarang kesan – terutama sebelum teknologi komunikasi, radar, dan satelit dipertingkatkan pada akhir abad ke-20.
Teruskan - Segi Tiga Bermuda

Sunday, 17 January 2010

Spiderman perancis



Alain Robert atau Robert Alain Philippe (lahir pada 7 Ogos 1962), adalah pemanjat bangunan dari Perancis .Beliau berasal dari Digoin,Saône-et-Loire, Bourgogne, Perancis. Beliau dikenali sebagai "Spider-Man Perancis" sebagaimana watak utama komik Marvel atau "Human Spider". Robert terkenal kerana berjaya memanjat bangunan pencakar langit di serata dunia termasuk Menara Berkembar Pada bulan Jun 1999 dia memanjat sehingga 140 meter Hotel Marriott di Warsaw, Poland.

Pada tahun 2000, Robert memanjat 23 meter bangunan Luxor Obelisk di Place de la Concorde, Perancis.

Pada Februari 2003, dia dibenarkan mendaki 200 meter bangunan National Bank of Abu Dhabi, UAE disaksikan oleh sekitar 100.000 penonton.

Pada bulan Mei 2003, beliau dibayar sekitar $ 18,000 untuk memanjat 95 meter Lloyd's of London untuk mempromosikan filem Spider-Man di saluran televisyen Britain Sky Movies.Pada 19 Oktober 2004, beliau mamanjat 187 meter ibu pejabat syarikat petroleum Perancis Total dengan mengenakan kostum Spider-Man.

Pada 25 Disember 2004, Robert memanjat berjaya memanjat bangunan Taipei 101 beberapa hari sebelum pembukaan rasmi.Bangunan itu setinggi 508 meter.Sisi miring bangunan itu tidak menjadi masalah kepada beliau. Hujan lebat menyebabkan beliau terpaksa memanjat dalam masa lebih lama - 4 jam.

Pada 11 Jun 2005 dia menaiki Cheung Kong Centre di Hong Kong berskala 283 meter.

Pada 1 September 2006, dia memanjat bangunan tertinggi di Lithuania dan syarikat Baltik - Europa Tower, 148 meter di Vilnius. Dia berjaya memijak dek observasi pada ketinggian 114 meter dalam tempoh 40 minit sahaja.

Pada tahun 2006 dia memanjar Torre Vasco da Gama di Portugal sebagai sebahagian daripada iklan Optimus, pembekal khidmat kebangsaan. Kemudian memanjat bangunan di bandarSanta Fe iaitu Plaza Dunia di Mexico City, pada 7 Disember.

Pada 23 Februari 2007, dia secara sah menaiki gedung Abu Dhabi Investment Authority (Adia) di pantai bandar Abu Dhabi (Uni Emirat Arab).

Pada 20 Mac 2007, dia kembali memanjat Menara Berkembar Petronas , menandakan ulang tahun ke-10 pendakian terdahulu.Setelah mencapai tingkat 60, dia membiarkan dirinya ditangkap. Ia terbang di angkasa Malaysia dan mengebarkan bendera dan bertepuk tangan .Polis, anggota bomba dan wakil media menunggu dan dibawa ke balai polis.

Pada 31 Mei 2007, dia memanjat 88 tingkat Jin Mao Building di Shanghai iaitu bangunan tertinggi di China.Sekali lagi beliau mengenakan kostum Spider-Man. Robert kemudian ditangkap dan dipenjara selama 5 hari sebelum diusir dari China. Pada November 2007, Robert dijemput oleh kerajaan Zhangjiajie di selatan wilayah Hunan, memanjat 1.518 meter gunung Tianmen gunung .

Pada tarikh 4 September 2007, dia memanjat 244 meter menara di Moscow dalam masa 30 minit dengan menggunakan tangga. Diia ditahan oleh polis kerana melanggar norma-norma keselamatan di lokasi pembinaan meskipun diberitahu oleh para penaja bahawa beliau telah diberikan izin .

Pada 18 Disember 2007, beliau menaiki tingkat 29 Portland House di London dalam masa 40 minit.

Pada 15 April 2008, dia mendaki tingkat 60 Four Seasons di Hong Kong. Polis dan empat bomba menanti beliau.Beliau mengambil masa hampir 1 jam untuk mencapai puncak. Alain menemui kesulitan di bahagian atas ketika harus memanjat secara miring .Dia hampir jatuh ketika seorang wanita di sisi lain daripada kaca menjerit dan hampir pengsan. Dia ditahan selepas menyelesaikan pendakian. Tujuan beliau mendaki bangunan itu adalah untuk meningkatkan kesedaran akan pemanasan global.

Pada 5 Jun 2008, dia memanjat Gedung New York Times di New York. Dia membentangkan sebuah sepanduk dengan slogan tentang pemanasan global dan kemudian ditangkap oleh polis di bumbung. Kain rentang bertulis "Pemanasan global membunuh lebih banyak orang daripada 9/11 setiap minggu."

Pada tarikh 17 Februari 2009, beliau sekali lagi mendaki Cheung Kong Centre di Hong Kong dalam masa 40 minit untuk mencapai puncak menara 62 tingkat itu. Dia memasang sepanduk bertulis "onehundredmonths.org"

Pada 2 April 2009 , semasa persidangan G-20 2009 di London dia mendaki lantai 9, bangunan Lloyd. Pada 2 Mei 2009, dia mendaki tingkat 41 RBS Tower di Sydney Australia, ditangkap.

Pada 1 September 2009, sehari selepas Malaysia merayakan 52 tahun kemerdekaan, Alain Robert akhirnya berjaya ke puncak Petronas Twin Towers. Dia mula pada jam 6:00 pagi dan sampai dipuncak jam 7.40 pagi.Semasa di puncak, dia berdiri dengan tangan terbentang di puncak salah satu Twin Towers .

Pada 8 Oktober 2009, Robert memanjat gedung 33 tingkat stesen TV Ariane di Paris. Beliau ditangkap di bahagian atas bangunan tetapi dibebaskan.

Burj Khalifa dibuka pada 4 Januari 2010 dan menjadi gedung tertinggi di dunia. Namun, Robert telah mengepikan cabaran itu . pada2009.
Teruskan - Spiderman perancis

Friday, 4 December 2009

Uri ditanam dengan sepasang but dan jersi bola

SUBANG JAYA: Seorang penghuni sebuah pangsapuri di sini terkejut apabila melihat jirannya menanam uri bayinya yang baru lahir bersama sepasang but dan jersi bola.

Dia yang tidak menyangka kepercayaan seperti itu masih wujud di kawasan elit seperti Subang Jaya, dengan selamba bertanya: “mikrofon tak nak ke ?”

Bagaimanapun, bapa yang memang kaki bola itu hanya tersengih mendengar soalan si jiran.

Daripada kisah ini, apa yang jelas kepercayaan karut seperti menanam uri bersama pen atau buku dengan harapan si anak akan menjadi seorang yang pandai bila besar kelak, masih menebal sedangkan perbuatan itu hanyalah satu kepercayaan.

Bapa yang menanam uri anaknya bersama but dan jersi bola, tentu mahu si anak menjadi seperti David Beckham, sedangkan rasanya bapa Beckham pun tak pernah buat macam tu.

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pusrawi, Dr Habibah Abd Ghani pula mendedahkan ada ibu bapa Melayu yang menanam uri bersama pensil, paku, jarum, gunting dengan harapan anaknya akan mempunyai kemahiran tertentu apabila dewasa nanti.

Malah ada juga yang menanam uri bersama dengan disket dan sebagainya kerana mahu anak mereka menjadi pakar dalam teknologi IT !

“Mungkin ada orang yang lakukannya. Itu semua kerana adat dan budaya turun-temurun. Jika ibu bapa di zaman ini tidak lakukan, pasti akan ditegur oleh orang tua.

“Dalam Islam, tiada adat seperti itu. Kita tanam uri supaya binatang buas tidak boleh menggali dan memakannya. Takkanlah kita mahu buang uri di tong sampah ? Takut perkara lain pula yang timbul seperti merebaknya jangkitan penyakit jika uri itu mempunyai masalah tertentu.

“Bagi saya, secara rasionalnya orang kita menanam uri adalah kerana adat dan oleh itu, hindarilah daripada terus memperkatakan perkara bukan-bukan mengenai uri,”katanya.

Apapun, BACARIA telah menghubungi Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ustaz Aluwi Parman untuk bertanyakan hal itu.

Menurut Aluwi, dalam Islam tidak ada nas yang menyuruh menanam uri mengikut cara itu, malah perbuatan itu adalah antara perkara yang boleh menyebabkan khurafat.

“Uri ialah satu benda yang mengiringi bayi. Kita hanya perlu menanamnya. Mungkin bersihkan sedikit, kemudian menanamnya. Tak payah basuh dengan asam garam,” katanya.

Dia yang sedang berada di Tanah Suci Mekah ketika dihubungi, berkata tidak perlu ada upacara menanam uri seperti yang masih dilakukan oleh segelintir masyarakat Melayu.

“Apa yang lebih baik dilakukan oleh si bapa ialah mengazan atau mengiqamat anaknya yang baru lahir seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad (SAW),” katanya lagi.

Bagaimanapun, adat atau kepercayaan ini sukar dihapuskan walaupun negara semakin maju.

“Ada yang masih berkeras mahu memasukkan uri di dalam tempurung kelapa sebelum menanamnya. Ada yang tanam bawah tangga. Saya pun tak tahu tujuannya.

“Selepas menanam uri, ada pula yang menyalakan pelita atau lilin kononnya untuk mengelak bayi mengalami kembung perut. Api itu dikatakan dapat ‘memanaskan’ bayi,” katanya.

Antara upacara karut-marut yang masih dilakukan sewaktu menanam uri ialah:

  1. Cuci uri itu dengan sempurna sehingga tiada bahagian yang tidak dicuci atau darah masih tertinggal.
  2. Kemudian rendamkan uri tersebut seketika di dalam air garam jantan (garam kasar).
  3. Bersihkan kembali uri tersebut dengan air biasa.
  4. Masukkan uri tersebut ke dalam tempurung kelapa yang hampir sempurna.
  5. Letakkan pen, buku atau apa-apa barang yang kita mahu anak kita dikaitkan apabila besar. Buku atau pen untuk mendapatkan anak yang pandai atau sekarang mungkin mikrofon kalau ibu bapa mahu anaknya nanti jadi seperti Siti Nurhaliza !
  6. Bungkus tempurung tadi dengan kain putih.
  7. Tanam sedalam sekurang-kurangnya sekaki di tempat-tempat yang jarang dipijak.
  8. Tanam berdekatan anjung rumah untuk bayi lelaki atau berdekatan dapur untuk bayi perempuan (kononnya nanti pandai memasak).
  9. Apabila malam nyalakan unggun api/pelita/lilin atau apa-apa yang seumpamanya di atas permukaan tanah tempat uri tadi ditanam untuk seminggu dua supaya bayi tak kembung perut.

Upacara ini dilakukan kerana kepercayaan bahawa uri ialah kembar bayi dan apa yang kita lakukan terhadap uri boleh mempengaruhi bayi apabila dewasa kelak. Contohnya kalau uri dibuang ke dalam tong sampah, nanti besar anak boleh jadi sampah masyarakat!

Teruskan - Uri ditanam dengan sepasang but dan jersi bola
kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...