Monday, 18 January 2010

Mahatma Ghandi



Mohandas Karamchand Gandhi (Gujarati: મોહનદાસ કરમચંદ ગાંધી, Devanāgarī: मोहनदास करमचंद गांधी) (2 Oktober, 1869 - 30 Januari, 1948) juga dipanggil Mahatma Gandhi (bahasa Sanskrit: "berjiwa hebat") adalah seorang pemimpin spiritual dan tokoh politik tersohor dari India.

Pada masa kehidupan Gandhi, banyak negara yang merupakan jajahan British. Penduduk di koloni-koloni tersebut mendambakankemerdekaan agar dapat memerintah negaranya sendiri.

Gandhi adalah salah seorang yang paling penting yang terlibat dalam pergerakan kemerdekaan India. Dia adalah aktivis yang tidak menggunakan kekerasan, yang mengusung gerakan kemerdekaan melalui demonstrasi secara aman.

Gandhi tidak pernah menerima Penghargaan Perdamaian Nobel, meskipun dicalonkan sebanyak lima kali antara 1937 dan 1948. Beberapa dekad kemudian, hal ini disesali secara umum oleh pihak Jawatankuasa Nobel. Ketika Dalai Lama dianugerahi Penghargaan Nobel pada 1989, ketua Jawatankuasa Nobel mengatakan bahawa ini merupakan "suatu cara untuk mengenang jasa Mahatma Gandhi".

Museum elektronik Nobel mempunyai artikel mengenai hal tersebut. [1]

Sepanjang hidupnya, aktivis Gandhi telah menarik berbagai komentar dan pendapat. Misalnya, sebagai pemimpin Kerajaan British, Winston Churchill pernah berkata"Menyedihkan...melihat Mr. Gandhi, seorang peguambela daripada Kuil Tengah (Middle Temple) yang menghasut, sekarang tampil sebagai seorang fakir yang biasa dari Timur, menaiki tangga Istana Viceregal dengan badan setengah telanjang."

Begitu juga dengan Albert Einstein yang berkata mengenai Gandhi: "(Mungkin) para generasi berikutnya akan sukar mempercayai bahawa ada orang seperti ini yang pernah hidup di dunia ini."

Karya Mahatma Gandhi tidak dilupakan oleh generasi berikutnya. Cucunya, Arun Gandhi dan Rajmohan Gandhi dan bahkan anak cucunya, Tushar Gandhi, adalah aktivis-aktivis sosio-politik yang terlibat dalam mempromosikan gerakan bukan-kekerasan di seluruh dunia.

Teruskan - Mahatma Ghandi

Sunday, 17 January 2010

Spiderman perancis



Alain Robert atau Robert Alain Philippe (lahir pada 7 Ogos 1962), adalah pemanjat bangunan dari Perancis .Beliau berasal dari Digoin,Saône-et-Loire, Bourgogne, Perancis. Beliau dikenali sebagai "Spider-Man Perancis" sebagaimana watak utama komik Marvel atau "Human Spider". Robert terkenal kerana berjaya memanjat bangunan pencakar langit di serata dunia termasuk Menara Berkembar Pada bulan Jun 1999 dia memanjat sehingga 140 meter Hotel Marriott di Warsaw, Poland.

Pada tahun 2000, Robert memanjat 23 meter bangunan Luxor Obelisk di Place de la Concorde, Perancis.

Pada Februari 2003, dia dibenarkan mendaki 200 meter bangunan National Bank of Abu Dhabi, UAE disaksikan oleh sekitar 100.000 penonton.

Pada bulan Mei 2003, beliau dibayar sekitar $ 18,000 untuk memanjat 95 meter Lloyd's of London untuk mempromosikan filem Spider-Man di saluran televisyen Britain Sky Movies.Pada 19 Oktober 2004, beliau mamanjat 187 meter ibu pejabat syarikat petroleum Perancis Total dengan mengenakan kostum Spider-Man.

Pada 25 Disember 2004, Robert memanjat berjaya memanjat bangunan Taipei 101 beberapa hari sebelum pembukaan rasmi.Bangunan itu setinggi 508 meter.Sisi miring bangunan itu tidak menjadi masalah kepada beliau. Hujan lebat menyebabkan beliau terpaksa memanjat dalam masa lebih lama - 4 jam.

Pada 11 Jun 2005 dia menaiki Cheung Kong Centre di Hong Kong berskala 283 meter.

Pada 1 September 2006, dia memanjat bangunan tertinggi di Lithuania dan syarikat Baltik - Europa Tower, 148 meter di Vilnius. Dia berjaya memijak dek observasi pada ketinggian 114 meter dalam tempoh 40 minit sahaja.

Pada tahun 2006 dia memanjar Torre Vasco da Gama di Portugal sebagai sebahagian daripada iklan Optimus, pembekal khidmat kebangsaan. Kemudian memanjat bangunan di bandarSanta Fe iaitu Plaza Dunia di Mexico City, pada 7 Disember.

Pada 23 Februari 2007, dia secara sah menaiki gedung Abu Dhabi Investment Authority (Adia) di pantai bandar Abu Dhabi (Uni Emirat Arab).

Pada 20 Mac 2007, dia kembali memanjat Menara Berkembar Petronas , menandakan ulang tahun ke-10 pendakian terdahulu.Setelah mencapai tingkat 60, dia membiarkan dirinya ditangkap. Ia terbang di angkasa Malaysia dan mengebarkan bendera dan bertepuk tangan .Polis, anggota bomba dan wakil media menunggu dan dibawa ke balai polis.

Pada 31 Mei 2007, dia memanjat 88 tingkat Jin Mao Building di Shanghai iaitu bangunan tertinggi di China.Sekali lagi beliau mengenakan kostum Spider-Man. Robert kemudian ditangkap dan dipenjara selama 5 hari sebelum diusir dari China. Pada November 2007, Robert dijemput oleh kerajaan Zhangjiajie di selatan wilayah Hunan, memanjat 1.518 meter gunung Tianmen gunung .

Pada tarikh 4 September 2007, dia memanjat 244 meter menara di Moscow dalam masa 30 minit dengan menggunakan tangga. Diia ditahan oleh polis kerana melanggar norma-norma keselamatan di lokasi pembinaan meskipun diberitahu oleh para penaja bahawa beliau telah diberikan izin .

Pada 18 Disember 2007, beliau menaiki tingkat 29 Portland House di London dalam masa 40 minit.

Pada 15 April 2008, dia mendaki tingkat 60 Four Seasons di Hong Kong. Polis dan empat bomba menanti beliau.Beliau mengambil masa hampir 1 jam untuk mencapai puncak. Alain menemui kesulitan di bahagian atas ketika harus memanjat secara miring .Dia hampir jatuh ketika seorang wanita di sisi lain daripada kaca menjerit dan hampir pengsan. Dia ditahan selepas menyelesaikan pendakian. Tujuan beliau mendaki bangunan itu adalah untuk meningkatkan kesedaran akan pemanasan global.

Pada 5 Jun 2008, dia memanjat Gedung New York Times di New York. Dia membentangkan sebuah sepanduk dengan slogan tentang pemanasan global dan kemudian ditangkap oleh polis di bumbung. Kain rentang bertulis "Pemanasan global membunuh lebih banyak orang daripada 9/11 setiap minggu."

Pada tarikh 17 Februari 2009, beliau sekali lagi mendaki Cheung Kong Centre di Hong Kong dalam masa 40 minit untuk mencapai puncak menara 62 tingkat itu. Dia memasang sepanduk bertulis "onehundredmonths.org"

Pada 2 April 2009 , semasa persidangan G-20 2009 di London dia mendaki lantai 9, bangunan Lloyd. Pada 2 Mei 2009, dia mendaki tingkat 41 RBS Tower di Sydney Australia, ditangkap.

Pada 1 September 2009, sehari selepas Malaysia merayakan 52 tahun kemerdekaan, Alain Robert akhirnya berjaya ke puncak Petronas Twin Towers. Dia mula pada jam 6:00 pagi dan sampai dipuncak jam 7.40 pagi.Semasa di puncak, dia berdiri dengan tangan terbentang di puncak salah satu Twin Towers .

Pada 8 Oktober 2009, Robert memanjat gedung 33 tingkat stesen TV Ariane di Paris. Beliau ditangkap di bahagian atas bangunan tetapi dibebaskan.

Burj Khalifa dibuka pada 4 Januari 2010 dan menjadi gedung tertinggi di dunia. Namun, Robert telah mengepikan cabaran itu . pada2009.
Teruskan - Spiderman perancis

Saturday, 16 January 2010

Bulu Ari-ari



Bulu ari-ari ialah bulu yang tumbuh di kawasan alat kelamin depan, kelangkang, dan kadang-kala di atas bahagian dalam kaki; kawasan-kawasan ini membentuk kawasan kemaluan.

Walaupun bulu vellus yang halus wujud di kawasan tersebut semasa zaman kanak-kanak, istilah bulu ari-ari secara amnya terhad pada bulu yang lebih tebal, panjang dan kasar yang tumbuh semasa baligh sebagai kesan peningkatan paras androgen. Jadi bulu ari-ari adalah sebahagian


Pelbagai teori berkenaan fungsi-fungsi bulu ari-ari termasuklah:

  • memberikan kehangatan (pada asalnya)
  • penunjuk tampak bagi kematangan seks
  • pengumpulan feremon yang terembes
  • pengurangan geseran luaran semasa persetubuhan
  • disebabkan kawasan pubik adalah sensitif (sebagaimana kepala penis) bulu membantu melindungi kawasan tersebut
  • penunjuk anggaran bagi fungsi pankreatik eksokrin
  • peramal kemontokan paksi atasan buah dada
bulu androgenik.

Teruskan - Bulu Ari-ari

Thursday, 14 January 2010

Paracetamol




Acetaminophen (Amerika Syarikat) atau paracetamol (United Kingdom), adalah analgesik and antipiretik dadah yang popular dan digunakan untuk melegakan sakit kepala, sengal-sengal dan sakit ringan, dan demam. Ia digunakan dalam kebanyakan ubat preskripsi analgesik selsema dan flu. Ia amat selamat dalam dos piawaian, tetapi kerana mudah didapati, dos berlebihan sama ada sengaja atau tidak sering berlaku.

Berbeza dengan dadah analgesik yang lain seperti aspirin dan ibuprofen, parasetamol atau asetaminofen tiada sifat anti-keradangan. Jadi parasetamol tidak tergolong dalam dadah jenis NSAID. Dalam dos normal, asetaminofen tidak menyakitkan permukaan dalam perut

Sejarah

Sebelum penemuan asetaminofen, kulit sinkona digunakan sebagai agen antipiretik, selain digunakan untuk menghasilkan drug antimalaria, kuinina.

Apabila pokok sinkona semakin berkurangan pada 1880-an, sumber alternatif mula dicari. Terdapat dua agen antipiretik dibangunkan pada 1880-an; asetanilida pada 1886 dan fenasetin pada 1887. Pada masa ini, asetaminofen telah disintesis oleh Harmon Northrop Morse melalui pengurangan p-nitrofenol bersama timah dalam asid asetik glasier. Biarpun proses ini telah dijumpai pada tahun 1873, asetaminofen tidak digunakan dalam bidang perubatan sehinggalah dua dekad selepasnya. Pada 1893, asetaminofen telah ditemui di dalam air kencing seorang individu yang mengambil fenasetin, yang memekat kepada hablur campuran berwarna putih dan berperisa pahit. Pada tahun 1899, asetaminofen dijumpai sebagai metabolit asetanilida. Namun penemuan ini tidak diambil peduli pada ketika itu.

Pada 1946, Institut Pengajian Analgesik dan Drug Sedatif telah memberi bantuan kepada Jabatan Kesihatan Bandaraya New York untuk mengkaji masalah berkaitan agen analgesik. Bernard Brodie dan Julius Axelrod telah ditugaskan untuk mengkaji mengapa agen bukan aspirin dikaitkan dengan kewujudan methemoglobinemia, sejenis keadaan darah tidak berbahaya. Di dalam tulisan mereka pada 1948, Brodie dan Axelrod mengaitkan penggunaan asetanilida dengan methemoglobinemia dan mendapati kesan analgesik asetanilida adalah disebabkan metabolit asetamofen yang aktif. Mereka membela penggunaan asetaminofen memandangkan bahan kimia ini tidak menghasilkan kesan kesan toksik asetanilida. mengganggu gumpalan darah, ginjal atau duktus arteriosus fetus.

Teruskan - Paracetamol

Penyalahgunaan Daun Ketum



Pokok Ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat diAfrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikatpula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth.

Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.

Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

Teruskan - Penyalahgunaan Daun Ketum

Tuesday, 12 January 2010

bom



Ledakan yang dihasilkan menyebabkan kehancuran dan kerosakan terhadap benda mati dan benda hidup di sekitarnya, yang diakibatkan oleh pergerakan tekanan udara dan pergerakan serpihan-serpihan yang terdapat di dalam bom, mahupun serpihan benda-benda di sekitarnya. Selain itu, bom juga dapat membunuh manusia dengan hanya bunyi yang dihasilkannya. Bom telah dipakai selama berabad-abad dalam peperangan konvensional mahupun bukan-konvensional.

Bom adalah senjata; istilah "bom" jarang digunakan untuk menyebut bahan peledak yang digunakan untuk keperluan masyarakat, misalnya dalaBom merupakan alat yang menghasilkan ledakan yang mengeluarkan tenaga secara besar dan cepat. Ledakan ini biasanya terhasil akibattindak balas kimia eksotermik bahan letupan. Perkataan bom berasal dari bahasa Greek βόμβος (bombos), satu istilah yang meniru bunyi ledakan 'bom' dalam bahasa tersebut.

m pembangunan. Alat peledak dalam ketenteraan juga banyak yang tidak disebut "bom". Pemakaian kata "bom" dalam ketenteraan biasanya digunakan untuk menyebut senjata peledak yang dijatuhkan tanpa pemandu dari pesawat udara. Senjata peledak tentera lainnya misalnya grenad, ranjau, peluru berpandu, peluru, dan peledak kedalaman tidak disebut "bom".

Teruskan - bom

Monday, 11 January 2010

Perdana Menteri Malaysia

Perdana Menteri Malaysia adalah ketua pemerintahan Malaysia. Secara rasmi beliau dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja Malaysia, dan biasanya pemimpin parti politik terkuat dalam Parlimen (Dewan Rakyat). Sejak kemerdekaannya pada 1957, semua Perdana Menteri berasal dariUMNO, parti terbesar dalam Barisan Nasional (dikenali sebagai Perikatan hingga pilihan raya 1969).

Ada kekhuatiran bahawa kaum Melayu, baik dari UMNO mahupun Parti Islam Se-Malaysia, akan melarang seorang bukan-Bumiputera (misalnya dari etnik Tionghoa) dari menjadi Perdana Menteri, namun Pemerintah telah berulang kali meyakinkan para rakyat bahawa perlembagaan Malaysia tidak mewajibkan seorang Perdana Menteri seorang Bumiputera.




Senarai Perdana Menteri Malaysia

Teruskan - Perdana Menteri Malaysia

Friday, 8 January 2010

Buah Dabai



Di kenali sebagai Buah Dabai (Artocarpus heteropyllus)a.k.a Sibu Olive,Di Brunei dikenali sebagai 'kembayau'.Sangat dikenali di sarawak,ia nya adalah buah yang bermusim.Rasa nya berlemak dan sedap.Rendam buah dabai dengan air suam. mula² masukkan buah² dabai nie ke dalam bekas yang bersih, kemudian masukkan kicap manis atau masin (mengikut selera masing²). Gaulkan buah dabai dengan kicap sehingga sebati dan ini bahagian yang paling best bagi pakcik. Jemur buah dabai pada sinaran matahari untuk seketika. Buah dabai yang keras macam batu tadi akan menjadi lembut dan sedap untuk dimakan. Jangan sekali² rendam dengan air panas kerana buah dabai akan menjadi lembik dan tidak sedap untuk dimakan.
Teruskan - Buah Dabai

Friday, 1 January 2010

Susu ibu baik untuk bayi


Tahukah anda bahawa negara kita mempunyai Polisi Penyusuan Ibu Kebangsaan? Polisi ini menyatakan...
"Semua ibu digalakkan menyusukan anaknya dengan susu ibu SAHAJA selama 4 ke 6 bulan dan meneruskannya sehingga anaknya berumur 2 tahun. Makanan tambahan perlu dimulakan semasa anak berumur 4 ke 6 bulan.

Usaha pada peringkat kebangsaan ini tidak berakhir dengan polisi sahaja, malah garis panduan juga disediakan bagi hospital-hospital menjayakan Usaha Penyusuan Susu Ibu. Terdapat 10 langkah penting untuk menjadikan sesebuah hospital itu Hospital Rakan Bayi (Baby Friendly Hospital)
1. Mengadakan SATU POLISI bertulis mengenai penyusuan ibu.
2. Melatih semua kakitangan kesihatan dalam kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan polisi ini.
3. Memberitahu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam 1 jam selepas bersalin.
4. Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam masa 1 jam selepas bersalin.
5. Memberi tunjuk ajar kepada para ibu mengenai cara penyusuan yang paling baik.
6. Menentukan bayi baru lahir tidak diberi minuman atau makanan selain daripada susu ibu, melainkan atas sebab-sebab perubatan.
7. Mengamalkan "Rooming-In", di mana bayi dan ibu diletakkan bersama setiap masa (24 jam sehari)
8. Menggalakkan penyusuan ibu mengikut kehendak bayi.
9. Menentukan bayi tidak diberi puting tiruan atau puting kosong.
10. Membantu penubuhan kumpulan penyokong penyusuan ibu dan rujuk ibu-ibu kepada kumpulan ini apabila keluar dari hospital atau klinik.

Walau bagaimanapun, usaha semurni ini tidak akan berjaya seandainya, ibu itu sendiri tidak berkemahuan memberikan susunya kepada bayinya yang baru lahir. Segala langkah yang diusahakan oleh pihak hospital ataupun badan kerajaan yang dipertanggungjawabkan ini tidak akan berhasil sekiranya IBU itu sendiri tidak mengambil inisiatifnya sendiri untuk melaksankan TANGGUNGJAWAB tersebut.
Teruskan - Susu ibu baik untuk bayi
kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...