Tuesday, 9 August 2011

Mustafa Kemal Atatürk : Pemimpin Yang Dilaknat Allah




 Mustafa Kemal Atatürk atau nama penuh Gazi Mustafa Kemal Pasha adalah pengasas Republik Turki. Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi dan presiden Turki yang pertama.
Beliau membuktikan diri beliau sebagai komander tentera yang berjaya ketika berkhidmat dalam Pertempuran Gallipoli pada Perang Dunia I. Setelah kekalahan Empayar Uthmaniyyah di tangan Tentera Bersekutu, terdapat rancangan oleh Tentera Bersekutu untuk memecahkan negara Turki. Mustafa Kemal kemudiannya memimpin gerakan nasional Turki dalam apa yang kemudiannya menjadi Perang Kemerdekaan Turki.
Setelah kejayaan dalam Perang Kemerdekaan Turki dan dipilih sebagai Presiden Turki yang pertama, beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara. Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar bersesuaian dengan tuntutan semasa yang dikenali sebagai ideologi "Kemalisme". Ideologi ini bertujuan untuk menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional. Beliau memerintah dari tahun 1918 sehingga tahun 1934. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan dikebumikan di Ankara


Nama "Mustafa" bermaksud manusia pilihan manakala "Kemal" bermaksud sempurna. Nama asal beliau adalah Mustafa Kemal Pasha. Nama tersebut digunakan sehinggalah beliau bersara dari Tentera Uthmaniyyah. Semasa Perang Kemerdekaan Turki, beliau dipanggil 'Gazi' atau 'Gazi Mustafa Kemal'. Setelah undang-undang keluarga diperkenalkan di Turki pada 21 November 1934, beliau diberi nama 'Ataturk', bermaksud 'Bapa Rakyat Turki'.





Ataturk dilahirkan pada tahun 1881 di Selanik. Bapa beliau, Ali Riza Efendi mula bekerja sebagai pegawai kastam dan kemudiannya membuka perniagaan kayu balak. Ataturk berusia 7 tahun ketika bapa beliau meninggal dunia. Beliau kemudian dibesarkan oleh ibunya, Zübeyde Hanım.

.

Apabila berusia 12 tahun, beliau dihantar ke sekolah tentera Selanik dan Manatir. Ataturk menyertai Akademi Tentera Uthmaniyyah di Manastir pada tahun 1895 dan ditugaskan di Damsyik. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai leftenan dan mula membabitkan dirinya di dalam gerakan reformasi sulit yang dipanggil 'Vatan ve Hürriyet' (Tanah air dan Kebebasan). Gerakan sulit ini aktif menentang Khilafah Uthmaniyyah yang dipimpin oleh Abdul Hamid II.



Dosa Mustafa Kemal

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya,Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah:
 1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam,tanah tidak menerimanya(susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).
Kubur beliau yg dibina dari marmar seberat 44 tan
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.
Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Teruskan - Mustafa Kemal Atatürk : Pemimpin Yang Dilaknat Allah

Sup Miso : Penambah Selera Makan Orang Jepun


Sup miso  adalah masakan Jepun berupa sup dengan bahan-bahan dashi ditambah isi sup berupa sedikit makanan laut atau sayur-sayuran, dan diberi miso sebagai perasa. Sup miso dinikmati dengan mengangkat mangkuk sup dan meminum kuahnya, sedangkan isi sup dimakan menggunakan penyepit.
Biasanya sup miso dihidangkan bersama nasi putih sebagai menu sarapan pagi di kebanyakan rumah-rumah di Jepun. Sup miso biasanya dimakan di rumah, walapun ada juga sup miso yang dihidangkan di warung atau restoran tradisional Jepun (ryotei). Sup miso segera adalah sup miso dalam bungkusan untuk disediakan dengan air panas.
Sup miso merupakan masakan sangat sederhana yang sangat mudah disiapkan dalam waktu yang singkat, bahan-bahannya pula hanya berupa pati dari katsuobushi, sedikit isi sup, dan miso. Walaupun sup miso adalah masakan paling sederhana, rasa yang dihasilkan boleh berbeza-beza bergantung kepada jenis miso yang digunakan untuk sup, cara mengambil pati dari katsuobushi dan kehebatan orang yang membuatnya.
Dalam kebudayaan Jepun, menjadikan nasi dari pelbagai jenis padi-padian sebagai makanan utama, sup miso mempunyai peranan penting sebagai santapan yang paling utama. Pada umumnya, makanan utama harian orang Jepun sejak zaman dulu disebut  iaitu satu set berupa nasi dengan sup seperti sup miso dan satu jenis lauk.


Dalam budaya makan Jepun yang biasanya rendah protin, sup miso berfungsi sebagai penambah nafsu makan, sumber protein, dan sumber garam. Sup miso berbeza fungsinya dengan sup dalam budaya makan Eropah. Dalam budaya Jepun, sup miso bukan sebagai kuah untuk makan nasi, berbeza dengan makanan Eropah yang menempatkan roti adalah makanan utama sedangkan sup dibuat untuk dinikmati bersama roti yang sudah agak keras.
Miso adalah rempah masak yang aromanya mudah hilang jika lama dimasak dengan suhu tinggi, sehingga api harus segera dipadam pada apabila sup mulai mendidih. Sup miso mempunyai berbagai-bagai nama bergantung kepada isi, misalnya Kenchin-jiru (isi sayur-sayuran saja), Butajiru atau Tonjiru (isi sayur-sayuran dan daging babi), Sampe-jiru (isi ikan Salmon asin) dan sebagainya. Masakan Jepun yang disebut Nabe walaupun ditambah dengan miso tidak dianggap sebagai sup miso.
Konon sup miso sudah dikenal orang Jepun sejak zaman Muromachi. Pada mulanya sup miso adalah makanan kampung yang dinikmati oleh petani, tetapi kemudian menyebar ke pelbagai lapisan masyarakat di seluruh Jepun lalu menjadi menu yang tak boleh ditinggalkan.



Isi untuk sup sangat pelbagai bergantung pada daerah dan selera.
  • Makanan laut, seperti: rumput laut (wakame),kerang,ketam,udang dan ikan,
  • Semua jenis sayur-sayuran, seperti lobak,daun bawang,kentang tauhu,tauge dan lain-lain.
Teruskan - Sup Miso : Penambah Selera Makan Orang Jepun

Sungai Ganges : Sungai Suci Penganut Hindu






Sungai Ganges ialah salah sebuah sungai utama di Asia selatan yang mengalir ke arah timur melalui Dataran Ganges di india Utara hingga ke Bangladesh. Panjang sungai ini 2,525 km mengalir dari barat banjaran Himalaya  di negeri Uttarakhand di India, lalu mengalir ke arah sungai Sudarban di Teluk Benggala. Sumber lain menyatakan panjang sungai ini ialah 2620 km.
Sungai Ganges ini merupakan sungai suci kepada penganut agama Hindu yang memujanya sebagai dewi Ganga, di samping juga kaya dengan kepentingan sejarah: banyak sekali bekas ibu kota wilayah atau diraja yang terletak sepanjang tebingnya. Pada awal Zaman Veda hingga Zaman Rigveda ,Sungai Indus adalah sungai suci yang utama, bukan Sungai Ganges. Tetapi sejak Veda ke-3, Sungai Ganges lebih diutamakan. Dataran Ganges menjadi lokasi pelbagai tamadun dari Empayar Maurya hingga ke Empayar Mughal .
Lembangan Ganges menyalirkan air sebanyak 1,000,000 km persegi untuk menampung salah sebuah kawasan yang paling besar ketumpatan kependudukan manusianya di dunia. Kedalaman purata sungai ini adalah 52 kaki (16 m), dan kedalaman maksimumnya 100 kaki (30 m).
Sungai ini ke-20 panjang di dunia. Sekitar 400 juta penduduk tinggal di kiri kanan tebing sungai dengan kepadatan penduduk 390 / km 2.
Dalam buku Discovery of India (1946):
Sungai Ganges ialah sungai yang terpenting sekali di India, yang menawan sanubari India dan menarik berjuta-juta orang ke tebingnya semenjak bermulanya sejarah. Kisah Sungai Ganges, dari puncanya hingga ke laut, dari zaman dahulu hingga kini, ialah kisah tamadun dan kebudayaan India, kisah kebangkitan dan kejatuhan empayar, kisah kota-kota agung dan megah, kisah pengembaraan manusia…


Sungai Ganges antara sungai ke-5 paling tercemar di dunia terutama di Varanasi. Hampir 2 juta penganut akan mandi setiap hari di sungai ini. Airnya dikatakan dari kaki lotus Wisnu dan mengalir ke rambut Siva. Sungai ini menjadi tempat buangan najis manusia malah tempat membuang mayat manusia. Akibatnya pelbagai penyakit merebak seperti jangkitan penyakit kolera dan lain-lain wabak penyakit.
Pelan Tindakan Ganges telah dilaksanakan untuk membersihkan sungai ini tetapi kurangan sokongan dari pihak berkuasa agama. Pada April 1985 Shree Rajiv Gandhi telah merasmikan program ini .
Pada 1951, berlaku perselisihan pembahagian air antara India dan Bangladesh (kemudian Pakistan Timur ), selepas India hendak membina Empangan Farakka . Tujuan pembinaan untuk mengembalikan lestari Pelabuhan Kolkata . Selama musim kemarau ,aliran Gangga air sungai hanya 1,600 m . Pada 1996 perjanjian 30-tahun itu ditandatangan
Teruskan - Sungai Ganges : Sungai Suci Penganut Hindu

Monday, 8 August 2011

G.P.S : Teknologi ketenteraan



Sistem Kedudukan Sejagat ( Global Positioning System, GPS) merujuk kepada sistem yang menentukan kedudukan seseorang melalui rujukan silang dengan satelit yang mengelilingi bumi. Ia merupakan satu-satunya sistem pandu arah satelit yang berfungsi hari ini. Sekumpulan antara 24 dan 32 satelit memancarkan isyarat masa jitu menggunakan radio kepada penerima GPS, yang membolehkan kedudukannya (longitud,latitud dan altitud) dikenal pasti dalam apa jua cuaca,siang dan malam di mana-mana di Bumi.
Sejak mula beroperasi pada 1993, GPS telah menjadi kemudahan sejagat yang penting, amat diperlukan untuk pandu arah moden di darat, laut dan udara di serata dunia, selain menjadi alat penting dalam pembuatan peta dan pengukuran tanah. GPS juga memberikan rujukan masa jitu, seperti yang diperlukan dalam telekomunikasi dan sesetengah kajian saintifik, termasuklah kajian mengenai gempa bumi.


Pada mulanya GPS direka untuk tujuan ketenteraan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syrikat bagi mengendali sistem pensasaran peluru berpandu semasa Perang Dingin, tetapi kini ia telah digunakan bagi kegunaan awam. Nama rasminya ialah NAVSTAR GPS dan ia dikawal selia dari Kem Tentera Udara Schriever di Colorado. Kos penyelenggaraan sistem ini ialah US$400 juta setahun.
GPS mula diaktifkan untuk umum pada 17 Julai 1995. Mulai Ogos 2000, Sistem Penambahan Luas-Kawasan (WAAS) meningkat ketepatan isyarat GPS sehingga 2 untuk penerima GPS yang sesuai. Dengan menggunakan teknik tertentu seperti Pembezaan GPS (DGPS), kejituan GPS boleh mencapai 1 cm untuk jarak dekat.


  • Ketenteraan: GPS membolehkan peluru berpandu menepati sasaran, dan juga memperbaiki pemerintahan dan pengawalan tentera melalui kesedaran lokasi yang bertambah. Penerima GPS awam mempunyai had secepat mana maklumat mengenai kelajuan dan altitud sesuatu koordinat dikemaskini bagi mengelakkan pihak lain menggunakannya untuk tujuan penyasaran peluru berpandu.
  • Pandu arah: GPS digunakan di seluruh dunia sebagai pembantu pandu arah dalam kereta, pesawat dan kapal. Sistem ini juga boleh digunakan dalam mesin penuai, trak lombong dan lain-lain. Penerima GPS tangan boleh digunakan oleh pendaki gunung dan pengembara. Penerima GPS murah seringkali diberkaskan dengan PDA, komputer kereta ataupun sistem pengesan kenderaan.
  • Pengukuran: Peninjau dan pengukur tanah menggunakan alat GPS yang lebih mahal dan tepat untuk mencari sempadan, struktur dan penanda tinjauan, dan untuk pembinaan jalan.
  • GPS dalam kapal terbang: Kebanyakan sistem penerbangan membenarkan kegunaan alat GPS biasa dalam penerbangan, kecuali ketika mendarat dan berlepas, sama seperti alat elektronik lain. Larangan menggunakan GPS biasanya disebabkan oleh isu keselamatan, iaitu tidak mahu penumpang memetakan jalan penerbangan. Sebaliknya, sesetengah penerbangan pula menyepadukan GPS ke dalam sistem hiburan penerbangan.
  • Rujukan masa jitu: Banyak sistem penyegerakan menggunakan GPS sebagai sumber masa yang tepat. Contohnya ketika menggunakan penderia semasa dalam eksperimen seismologi, GPS boleh digunakan untuk merekod masa tepat sesuatu aktiviti berlaku.
Teruskan - G.P.S : Teknologi ketenteraan

Pulau Krismas : Kepulauan Taman Negara

Wilayah Pulau Krismas ialah sebuah wilayah Australia bukan pemerintahan diri yang terletak di Lautan Hindi, 2,360 kilometer di barat daya Perth,Australia barat dan 500 kilometer  di selatan Jakarta,Indonesia.
Terdapat kira-kira 1,600 orang penduduk yang menetap di beberapa petempatan di hujung utara pulau tersebut, Pulau Krismas mempunyai topografi asli yang unik sehingga menjadi perhatian para ahli sains dan geografi, ekoran kewujudan sebilangan spesies tumbuhan dan haiwan endemik yang telah berevolusi secara terpencil tanpa diganggu manusia.
Sedangkan terdapat aktiviti perlombongan di Pulau Krismas sejak bertahun-tahun lagi, 65% dari keseluruhan 135 kilometer persegi keluasan pulau ini kini merupakan Taman negara, selain daripada banyak kawasan hutan dara.


Dari Julai 2005, ada sekurang-kuranya 1600 penduduk Pulau Krismas. (Australian Bureau of Statistics melaporkan jumlah penduduk 1508 dari Banci 2001.) Terdirian etniknya adalah 70% cina, 20% eropah dan 10% Melayu. Agama-agama yang diamalkan di Pulau Krismas termasuk Buddha 36%,Islam 25%,Kristian 18%, lain 6%.Bahasa Inggeris adalah bahasa kebangsaan, tetapi bahasa cina dan bahasa melayu juga ditutur.


Pulau Krismas adalah sebuah wilayah bukan pemerintahan sendiri Australia,  Sistem hukumnya adalah di bawah pihak kuasa Gabenor Jeneral Australia dan undang-undang Australia. Seorang Pentadbir diutus oleh Gabenor-Jeneral Australia mewakili raja dan Australia.
Kerajaan Australia memberikan perkhidmatan kerajaan taraf-Komanwel melalui Pentadbiran Pulau Krismas dan DOTARS (CI).
Ia tiada bukan Kerajaan Negeri; daripada itu, jenis perkhidmatan kerajaan negeri diberikan oleh kontraktor, termasuk jabatan Kerajaan Australia Barat, dengan kos ditemukan oleh Kerajaan (Komanwel) Australia.
Sebuah Majlis Shire Pulau Krismas unicameral dengan 9 tempat duduk memberikan perkhidmatan kerajaan tempatan dan dipilih oleh undi masyhur untuk mengkhidmat jangka empat tahun. Pilihan raya dipegang setiap dua tahun, dengan setengah ahli-ahlinya Elections are held every two years, with half the members standing for election.
Penduduk Pulau Krismas yang berwarganegara Australia juga mengundi dalam pilihanraya Komanwel (persekutuan). Penduduk Pulau Krismas diwakili di Dewan Perwakilan melalui pengundi Northern Territory Lingiari dan di Dewan Senat oleh ahli Senat Northern Territory.
Pada awal 1986, Dewan Undangan Pulau Krismas memegang sebuah pesaingan reka bentuk untuk bendera pulau; reka bentuk pemenang telah diamalkan sebagai bendera tidak rasmi untuk beberapa dekad, dan pada 2002 ia menjadi bendera rasmi Pulau Krismas.


Lombong fosfat telah menjadi aktiviti ekonomi satu-satunya yang penting, tetapi pada Disember 1987 Kerajaan Australia menutupkan lombong. Pada 1991, lombong dibuka oleh sebuah consortium yang termasuk banyak bekas pekerja lombong sebagai pemegang saham. Dengan sokongan kerajaan, sebuah kasino $34 juta dibuka pada 1993. Kasino ditutup pada 1998 dan tidak lagi dibuka. Kerajaan Australia pada 2001 bersetuju untuk menyokong rekaan spaceport perdagangan di pulau ini, akan tetapi ini belum lagi dibinakan, dan kelihatan bahawa ia tidak akan diteruskan pada masa hadapan. Kerajaan Australia membinakan pusat tahanan immigresen sementara pada 2001 dan merancang untuk menggantikannya dengan kemudahan moden yang lebih besar, pada 2006.Pulau Krismas mempunyai DNS domain Internet taraf-tinggi.
Teruskan - Pulau Krismas : Kepulauan Taman Negara

Richard I : Si Hati Singa

Richard I  ialah Raja England dari tahun 1189 hingga tahun 1199. manakala sesetengah penulis yang kemudian merujuk kepada baginda sebagai Richard si Hati Singa, Cœur de Lion, satu gelaran yang masih digunakan untuk merujuk kepada baginda di Perancis.


Walaupun dilahirkan di Istana Beaumont,Oxford,England. Richard I dianggap sebagai seorang Perancis, seperti dengan kebanyakan Keluarga Diraja pada masa itu. Apabila ibu bapanya berpisah, beliau diletakkan di bawah jagaan Eleanor,  Sementara itu, abang tertuanya yang masih hidup, Henry si Raja yang Muda, dimahkotai sebagai pewaris ayahandanya. Richard dan adik lelakinya belajar bagaimana mempertahankan harta mereka sejak masa remaja lagi.
Selain daripada merupakan seorang yang berpelajaran dan yang boleh menggubah puisi dalam bahasa perancis dan bahasa Occitan, Richard I dikatakan merupakan seorang lelaki yang amat menarik; warna rambutnya antara merah dan perang muda, matanya berwarna muda, dengan kulit yang cerah. Beliau juga dikatakan mempunyai ketinggian yang lebih daripada sederhana tetapi oleh sebab tulangnya telah hilang sejak revolusi perancis, tingginya yang tepat tidak dapat diketahui. Berat badannya kelihatan berlebihan pada akhir hayatnya.
Richard seronok dengan kegiatan tentera. Sejak masa kecil lagi, beliau kelihatan mempunyai setakat keupayaan politik dan ketenteraan, dan terkenal untuk kesateriaan dan keberaniannya. Tidak lama kemudian, beliau sudah menguasai orang-orang bangsawan yang tidak mudah dikawal di wilayahnya. Seperti dengan abang adiknya, Richard mempunyai rasa hormat yang terhad terhadap ayahandanya, dan tidak mempunyai pandangan jauh serta rasa tanggungjawab.

Pada tahun 1170,Henry si raja yang muda, abang Richard, dimahkotai sebagai raja bersama England, dengan gelaran Henry III. Ahli-ahli sejarah menggelarkan baginda sebagai "si Raja yang Muda" supaya tidak mengelirukan dengan raja senama yang kemudian dan yang merupakan anak saudara lelakinya. Pada tahun 1173 Richard menyertai abang-adiknya, Henry  dalam pemberontakan untuk menggulingkan ayahanda mereka dan meninggalkan si Raja yang Muda sebagai raja tunggal England. Henry II menyerang Aquitaine buat dua kali. Richard yang berumur 17 tahun merupakan adik-beradik terakhir yang masih menentang ayahanda mereka; bagaimanapun pada akhirnya, Richard enggan bertemu muka dengan ayahandanya untuk pertempuran, dan kemudian meminta ampun dengan rendah hati. Pada tahun 1174, selepas keakhiran pemberontakan yang gagal itu, Richard mengangkat sumpah baru bahawa beliau akan menurut perintah ayahandanya.
Richard mempunyai banyak alasan utama untuk berasa tidak puas hati dengan ayahandanya. Pertama sekali adalah keengganan Henry untuk membenarkan Richard sebarang kuasa yang benar atau kewangan, walaupun dirayu berkali-kali. Walaupun ditenangkan dengan gelaran-gelaran seperti Count Poitou, Richard hendak lebih lagi dan Henry kelihatan enggan memberi lebih sumber kepada mana-mana satu puteranya yang boleh digunakan untuk menentang diri, dengan alasan yang amat munasabah untuk berbuat demikian. Kedua, Henry telah mencedok Puteri Alys, tunang Richard, sebagai perempuan simpanannya. Alys adalah anak perempuan dari perancis. Ini menyebabkan perkahwinan antara Richard dan Alys mustahil berdasarkan alasan-alasan teknik – sekurang-kurangnya dari segi gereja, tetapi Henry yang tidak ingin mengakibatkan satu kejadian diplomatik, berdalih dan tidak mengaku kesalahannya. Bagaimanapun, Richard tidak digalakkan menolak Alys kerana Alys merupakan adik perempuan Raja Philip II, satu sekutu yang rapat.
Selepas kegagalan untuk menggulingkan ayahandanya, Richard menumpukan perhatian kepada penumpasan pemberontakan-pemberontakan dalaman oleh ahli-ahli bangsawan Aquitaine yang tidak puas hati, khususnya di wilayah Gascony. Kekejaman pemerintahannya yang semakin bertambah mengakibatkan pemberontakan yang utama di Gascony pada tahun 1179. Pemberontak-pemberontak mengharapkan penggulingan Richard dan meminta Henry dan Geoffrey, adik-beradik Richard, supaya membantu mereka berjaya.
Titik perubahan dalam pemberontakan terhadap Richard berlaku di Lembah Charente pada musim luruh 1179. . Kastil itu dikelilingi oleh cerunam pada tiga tepinya, dan pada tepi keempat terletak sebuah bandar yang mempunyai dinding tiga lapisan. Pada mula-mulanya, Richard memusnahkan dan menjarah ladang-ladang dan tanah-tanah di sekeliling kubu, dan menyebabkan kubu itu tidak mempunyai sebarang tenaga bantuan atau kawasan-kawasan di luar kubu. Penduduk-penduk di dalam kubu itu amat takut akan Richard pada saat itu sehingga mereka meninggalkan kastil yang selamat untuk menyerang Richard di luar dinding kubu. Richard dapat menewaskan angkatan tentera pertahananan itu dan kemudian mengikut mereka ke dalam kubu. Dengan mudahnya, Richard mengambil alih kastil itu dalam tempoh dua hari. Kemenangan Richard adalah penting atas dua sebab. Pertama, banyak baron yang ingin memberontak terhadap Richard membatalkan rancangan masing-masing, dan mengisytiharkan taat setia kepadanya. Kedua, Richard mencapai reputasi sebagai seorang komander tentera yang mahir, dengan reputasi itu mengikut seumur hidupnya.
Pada tahun 1181-1182, Richard menghadapi lagi satu pemberontakan, kini mengenai pewarisan kaunti Angouleme. Penentang-penentangnya meminta bantuan daripada Philip II dari Perancis, dan pertempuran itu kemudian merebak ke seluruh Limousin dan Perigord. Richard dituduh melakukan banyak perbuatan kekejaman terhadap orang-orang taklukannya, termasuk rogol: "Beliau melarikan isteri-isteri, serta anak-anak dan saudara-saudara perempuan orang bebasnya, dan menjadikan mereka gundik sendiri; dan selepas beliau telah melenyapkan rasa berahinya terhadap mereka, beliau menyerahkan mereka itu kepada askar-askarnya untuk pelacuran."

Selepas Richard menewaskan baron-baronnya yang memberontak, beliau sekali lagi mencabar takhta ayahandanya. Dari tahun 1180 hingga 1183, ketegangan antara Henry dan Richard bertambah kerana Raja Henry menitahkan Richard memberikan penghormatan kepada Henry si Raja yang Muda, pewaris raja Inggeris, tetapi Richard enggan berbuat sedemikian. Akhirnya pada tahun 1183, Henry si Raja yang Muda bersama-sama dengan Geoffrey, Duke Brittany, menyerang Aquitaine dalam sebuah percubaan untuk menewaskan Richard. Baron-baron Richard mengambil peluang dalam pergaduhan ini untuk masuk campur dan menentang Duke mereka. Bagaimanapun, Richard dan tenteranya dapat menahan angkatan-angkatan tersebut dan dengan kejam, membunuh setiap tawanan perangnya. Pertempuran itu berhenti sekejap pada bulan Jun 1183 apabila Putera Henry meninggal dunia. Bagaimanapun tidak lama kemudian, Henry II memberikan John Lackland kebenaran untuk menyerang Aquitaine sebagai pengganti untuk mendiang Putera Henry. Dengan kematian Putera Henry, Richard kini merupakan putera tertua dan pewaris raja Inggeris, tetapi pertempuran antara Richard and Henry II masih diteruskan.




Pada tahun 1188, Henry II merancang untuk menyerahkan Aquitaine kepada anak sulungnya, John Lackland yang kemudian menjadi Raja John dari England. Pada tahun yang lalu, Richard telah bersekutu dengan Phillip II untuk mengukuhkan kedudukan sendiri. Philip II merupakan anak bekas suami Eleanor, Roger dari Hoveden menulis mengenai kejadian-kejadian ini:
"Selepas keamanan dicapai, Richard, earl Poitou, tinggal dengan raja Perancis, walaupun bertentangan dengan keinginan ayahandanya. Raja Perancis sangat menghormati Richard sehingga setiap hari, mereka makan daripada meja yang sama dan dengan hidangan berkongsi dan pada malam, tidak tidur di dalam bilik-bilik yang berasingan. Disebabkan hubungan yang amat rapat ini yang kelihatan telah muncul antara mereka, raja England berasa amat hairan dan tertanya-tanya tentang maksudnya. [Raja England] juga mengambil langkah-langkah mencegah untuk masa depan, dan kerap menghantar utusan ke Perancis untuk tujuan memanggil pulang Richard, anaknya; Richard yang berpura-pura berkecenderungan untuk keamanan dan bersedia untuk kembali ke ayahandanya, pergi ke Chinon, dan walaupun terdapat orang yang ditugaskan untuk menjaga [istana Henry II] itu, melarikan sebahagian besar harta karun ayahandanya, dan mengubui kastil-kastilnya di Poitou dengan kekayaannya itu, serta enggan berjumpa dengan ayahandanya."
.


 
Teruskan - Richard I : Si Hati Singa

Friday, 5 August 2011

Copenhagen : Ibu negeri Denmark


Copenhagen  ialah ibu negara dan bandaraya terbesar di Denmark, dengan jumlah penduduk urban sebanyak 1,167,569 (2009) dan jumlah penduduk metropolitan seramai 1,875,179 (2009). Copenhagen terletak di pulau-pulau Zealand dan Amager.
Semenjak namanya tercatat buat julung kalinya pada abad ke-21, Copenhagen menjadi ibu negara Denmark pada awal abad ke-15, seterusnya menjadi sebuah bandaraya terpenting serantau pada abad ke-17 di bawah pemerintahan Chridtisn IV. Dengan terbinanya Jambatan Oresund antara negara pada tahun 2000, Copenhagen menjadi bandaraya pusat di Kawasan Oresund yang semakin bersepadu. Dalam kawasan ini, Copenhagen dan bandaraya Malmo di  Sweden semakin berkembang menjadi sebuah kawasan metropolitan bersama. Dengan kira-kira 2.7 juta penduduk dalam jangkauan jejari 50 km, Copenhagen ialah salah sebuah kawasan terpadat penduduknya di Eropah Utara. Copenhagen ialah bandaraya Nordik yang paling kerap dikunjungi iaitu 1.3 juta pelancong antarabangsa pada tahun 2007.
Copenhagen ialah sebuah pusat kebudayaan,perniagaan,media dan sains utama sertantau, seperti yang ditunjukkan oleh beberapa hasil pantauan dan penarafan antarabangsa  Bidang sains kehidupan,teknologo maklumat dan perkapalan dan perkapalan merupakan sektor-sektor penting, tidak lupa juga peranan penting yang dimainkan oleh usaha penyelidikan dan pembangunan dalam ekonomi bandaraya ini. Kedudukan strategik dan prasarana unggul bandar inim terutamanya lapangan terbang terbesar di semenanjung Scandinavia yang terletak 14 minit menaiki tren dari pusat bandaraya, menjadikannya sebuah hab serantau dan tempat yang amat digemari untuk mendirikan ibu pejabat serantau dan juga persidangan antarabangsa.

Daripada asal-usulnya sebagai perkampungan perikanan, disusuli kemuncaknya sebagai ibu kota Danish Empire yang gilang-gemilang, sehingga kedudukan terkini sebagai salah sebuah pusat reka bentuk terunggul di dunia, kisah-kisah dan perwatakan sejarah Copenhagen boleh ditemui dalam istana-istana yang tersergah, rumah bandar yang berbumbung tembaga dan dataran berbatu buntar yang bersuasana meriah.




Sejak Zaman Viking, terdapat sebuah kampung perikanan yang bernama "Havn" (pelabuhan) di tapaknya. Hasil carian arkeologi terkini mendapati bahawa menjelang abad ke-11, Copenhagen sudah berkembang dari sebuah pekan yang dilengkapi estet besar, gereja, pasar, sekurang-kurangnya dua buah telaga dan banyak kawasan penempatan kecilan yang agak luas tertabur. Ramai sejarawan percaya bahawa pekan ini wujud selewat-lewatnya sejak akhir zaman Viking, dan mungkin sekali diasaskan oleh Sweyn I Forbeard. Dari pertengahan abad ke-12, bandar Copenhagen semakin ternilai semenjak ditadbir oleh Biskop Absalon yang memperkubunya pada tahun 1167, iaitu tahun yang dianggap sebagai tarikh penubuhan bandar Copenhagen. Kawasan pelabuhannya yang bagus sekali menggalakkan pembangunan Copenhagen sehingga menjadi pusat perdagangan yang penting.


Asal-usul bandaraya ini sebagai pelabuhan dan kawasan perdagangan dicerminkan dalam namanya. Nama asalnya ialah Køpmannæhafn, iaitu "pelabuhan saudagar", kemudian ejaannya berubah menjadi København. Nama Inggeris/Melayu bandaraya ini terbit dari nama Jerman Rendahnya iaitu, Kopenhagen. Unsur kimia hatnium juga dinamakan sempena Copenhagen, yang namanya dalam bahasa latin ialah Hafnia.

Copenhagen sering kali diiktiraf sebagai salah sebuah bandaraya yang menikmati mutu kehidupan yang tertinggi di dunia, di samping menjadi antara kota-kota yang paling mesra alam di dunia. Perairan dalam pelabuhan dalamannya begitu bersih sehingga sesuai untuk berenang, manakala 36% warga kota berbasikal ke tempat kerja.
Semenjak detik peralihan ke alaf ke-3, Copenhagen menyaksikan perkembangan urban dan kebudayaan yang pesat sekali, berpunca daripada pelaburan besar-besaran dalam kemudahan dan prasarana kebudayaan serta gelombang baru jurureka, tukang masak dan jurubina cemerlang, antara lainnya.
Teruskan - Copenhagen : Ibu negeri Denmark

Measat : Satelit pertama Malaysia


MEASAT (Malaysia East Asia Satellite) merupakan nama barisan satelit komunikasi Malaysia yang dimiliki dan dikendali oleh MEASAT Satellite Systems Sdn Bhd (dahulunya Binariang Satellite Systems Sdn. Bhd.). Sehingga awal 2007, jaringan satelit MEASAT terdiri daripada tiga satelit geopegun yang direka dan dibina oleh Boeing Satellite Deveploment centre . MEASAT-1 dan MEASAT-2 dilancarkan pada 1996 dan MEASAT-3 pada 2006.
Satelit MEASAT-1 dan 2 direka bagi membenarkan khidmat televisyen langsung kepada pengguna selama 12 tahun di Malaysia dan juga bagi khidmat perhubungan awam di kawasan dari Malaysia kepada Filipina dan dari Beijing hingga ke Indonesia. Dengan pelancaran MEASAT-3, perkhidmatan perhubungan ini dikembangkan lebih jauh sehingga menjangkau 70% dari penduduk dunia.

Pada Mei 1994, Binariang Sdn. Bhd. di Kuala Lumpur dan Boeing Satellite Systems menandatangani kontrak bagi pembinaan sistem Malaysia East Asia Satellite (MEASAT). Sistem ini memerlukan kapal angkasa model Boeing 376, perkakasan bagi stesen kawalan satelit di Pulau LAngkawi, dan latihan bagi pengendali kapal angkasa Malaysia. Binariang menggunakan pilihan ini bagi satelit kedua pada Januari 1995.
MEASAT 1 memiliki lima transponder berkuasa tinggi dalam jalur-Ku bagi khidmat langsung-ke-pengguna, kuasa dibekalkan oleh penguat tiub gelombang-menjalar (travelling-wave) 112-watt. Khidmat wilayah dikendalikan oleh 12 transponder dalam jalur-C, menggunakan 12-watt penguat keadaan pepejal (solid state). MEASAT-2 mempunyai 11 transponder aktif dalam jalur-Ku. Lapan darinya menggunakan penguat gelombang-menjalar 95-watt, dan tiga yang lain pada 62 watt. Terdapat juga enam transponder aktif dalam jalur-C, kuasa dibekalkan oleh penguat keadaan pepejal 12-watt.
Sebagai kapal angkasa Boeing 376, satelit MEASAT dilengkapi dengan tiga kelebihan berbanding model piwaian. Ia merupakan yang pertama dalam siri Boeing 376 yang dilengkapi dengan panel solar galium arsenida, yang membawa 40 peratus lebih muatan berbanding sel solar silikon sebelumnya. Ia juga Boeing 376 yang pertama yang menggunakan antena ringan, penerimaan tinggi Sistem Satelit Boeing. Satelit ini juga menggunakan sistem dwiperejang yang lebih cekap bagi mengekalkan kedudukan dan pergerakan awalan atitud.




Teruskan - Measat : Satelit pertama Malaysia

Buah Salak : buah hutan tropika


Pokok Salak atau nama saintifiknya salasa adulis adalah dari keluarga tumbuhan Palmae. Pokok salak tumbuh dengan subur di bawah lindungan tumbuhan iaitu dalam keadaan yang lembap dan teduh.

 Buah ini boleh didapati di sarawak dengan harga Rm 3 -4 kilo.Buah ini sangat enak dimakan,kulit nya seperti landak.

Buah salak mempunyai rasa yang manis atau masam-masam manis dan kelat sedikit biasanya dimakan dalam keadaan segar tetapi boleh juga dibuat jeruk.
Pokok salah terdiri daripada pokok jantan (tidak berbuah) dan betina. Pokok salah boleh membuahkan hasil selepas 4 tahun di tanam.
Teruskan - Buah Salak : buah hutan tropika

Thursday, 4 August 2011

Sealand : Kerajaan Laut Mikro






Sealand merupakan sebuah negara mikro yang terletak di atas HM Fort Roughs (pernah dikenali sebagai Maunell Sea Fort), sebuah pangkalan era Perang Dunia Kedua, di Laut Utara, 10 km (6 batu) dari pantai Suffolk,England. Pihak Sealand mendakwa kawasan ini sebagai kawasan perairan wilayah mereka dengan menggunakan radius 12 batu nautika (mengikut Konvensyen Undang Undang Laut PBB).

Sejak 1967, pangkalan ini pernah dihuni oleh keluarga dan kenalan Paddy Roy Bates, seorang bekas penyiar radio dan bekas Mejar tentera British, yang mendakwa bahawa Sealand merupakan sebuah negara bebas dan berdaulat. Pengkritik serta mahkamah di Amerikasyarikat dan jerman telah memutuskan bahawa Roughs Tower merupakan hak United Kingdom selama ini, tetapi pandangan ini dipertikaikan oleh keluarga Bates. Bilangan penduduk jarang melebihi sepuluh orang dan keluasannya ialah 550 m² (5920 kaki persegi). Tuntutan Sealand terhadap kedaulatan dan kesahannya tidak diiktiraf oleh mana-mana negara, tetapi kadangkala dikemukakan sebagai kajian kes dalam perbahasan tentang bagaimana pelbagai prinsip undang-undang antarabangsa boleh diaplikasikan dalam sebuah penuntutan wilayah.


Sejarah Of SealandSemasa Perang Dunia II, United Kingdom mengambil keputusan untuk menubuhkan beberapa pengkalan tentera, tujuan yang mempertahankan England menentang German serangan udara.Laut-kubu ditempatkan tentera yang cukup untuk manusia dan mengekalkan meriam untuk menembak jatuh pesawat dan peluru berpandu Jerman. Mereka terletak di sepanjang pantai timur England di pinggir perairan wilayah Bahasa Inggeris.Satu-asas, yang terdiri daripada konkrit dan pembinaan keluli, diraja yang terkenal kubu Roughs Tower yang terletak sedikit di utara kawasan muara Sungai Thames. Berbeza dengan pelan asal untuk mencari menara dalam wilayah berdaulat England, kubu ini terletak pada jarak kira-kira 7 batu nautika dari pantai, yang lebih daripada dua kali ganda pelbagai terpakai 3 batu perairan wilayah; untuk meletakkan Intinya, pulau ini terletak di perairan antarabangsa di Laut Utara.Selepas Perang Dunia Kedua berakhir, pasukan tentera telah ditarik balik daripada semua asas oleh Admiralty British. Tiada seorang pun daripada mereka pernah digunakan oleh United Kingdom lagi, meninggalkan kubu-kubu yang terbiar dan terbengkalai. Kecuali bagi kubu-perkara di atas, asas kemudiannya ditarik ke bawah. Ini menghasilkan keunikan luar biasa kubu. Fort Roughs Tower, terletak di laut lepas, telah terbiar dan terbengkalai, res derelicta dan terra nullius. Dari sudut pandangan undang-undang, dengan itu, ia merupakan tambahan-negara wilayah.Lahir dari SealandIni membuka jalan untuk pekerjaan. Pada 2 September 1967, bekas Bahasa Inggeris major Paddy Roy Bates secara rasmi menduduki pulau itu dan menetap di sana dengan keluarganya.Selepas perbincangan intensif dengan peguam yang mahir bahasa Inggeris, Roy Bates mengisytiharkan pulau negeri sendiri. Membuat tuntutan gentium jus, dia telah kurniakan kepada dirinya tajuk Prince dan tajuk Puteri kepada isterinya dan seterusnya yang dibuat di negeri Principality of Sealand.Roy Bates, selepas ini Roy of Sealand, yang dikenakan pihak berkuasa negeri di pulau itu dan dengan itu adalah berdaulat yang mutlak. Keluarga diraja dan orang lain yang telah mengisytiharkan kesetiaan kepada Sealand telah menduduki Sealand sejak.Cabaran awal untuk Kedaulatan SealandMenjelang akhir 1968, tentera laut British telah menjadi sedar keadaan yang baru di luar pantai England. Mereka yang berminat dalam menamatkan kedudukan yang disebabkan oleh kesilapan yang dilakukan oleh pihak berkuasa tentera paling kanan tanpa menyebabkan kegemparan terlalu banyak.Unit tentera laut memasuki perairan wilayah yang dituntut oleh Roy dari Sealand. Kerana beliau sedar kedaulatan, Roy of Sealand mengancam tentera laut dengan menjalankan aktiviti pertahanan. Das tembakan dilepaskan dari Sealand dalam amaran.Sejak Roy Sealand masih warganegara Inggeris, dia itu, dituduh jenayah yang meluas di Britain dan telah dipanggil ke mahkamah Inggeris. Keputusan tuntutan mahkamah ini di Chelmsford, Essex adalah satu kejayaan yang menakjubkan untuk tuntutan kedaulatan Sealand. Dalam penghakiman 25 November 1968, mahkamah mengisytiharkan bahawa ia tidak kompeten dalam Roy kes Sealand kerana ia tidak boleh mengenakan mana-mana bidang kuasa di luar wilayah negara British. Ini adalah pengiktirafan pertama de facto Principality of Sealand. Bahasa Inggeris undang-undang telah memutuskan bahawa Sealand bukanlah sebahagian daripada United Kingdom, juga tidak mana-mana negara lain yang dituntut, oleh itu akuan Prince Roy Negeri Sovereign baru adalah de facto ditegakkan.Membina Negara BaruTujuh tahun kemudian pada 25 September 1975, Roy of Sealand mengisytiharkan Perlembagaan Principality itu. Lama-kelamaan, khazanah negara yang lain telah dibangunkan, seperti bendera Principality of Sealand, lagu kebangsaan, setem, serta duit syiling emas dan perak yang dilancarkan sebagai Dolar Sealand. Akhir sekali, pasport Principality of Sealand telah dikeluarkan kepada mereka yang telah membantu Sealand dalam beberapa cara, walaupun mereka tidak pernah untuk dijual.Sealand Pergaduhan Off Invaders (dan Menang Perang)Pada bulan Ogos tahun 1978, beberapa orang-orang Belanda datang ke Sealand bekerja seorang ahli perniagaan Jerman.Mereka berada di sana untuk membincangkan urusan perniagaan dengan Sealand. Walaupun Roy di Britain, orang-orang ini menculik anak Michael Prince Roy, dan mengambil Sealand dengan kekerasan. Soon selepas, Roy menawan semula pulau itu dengan sekumpulan lelaki sendiri dan memegang penyerang sebagai tawanan perang.Pada masa yang bahawa dia mengadakan banduan, Kerajaan Belanda dan Jerman petisyen pembebasan mereka. Mula-mula mereka bertanya England untuk campur tangan dalam perkara itu, tetapi kerajaan British menyatakan keputusan mahkamah yang lebih awal mereka sebagai bukti bahawa mereka tidak membuat tuntutan wilayah Sealand. Kemudian, dalam sesuatu perbuatan pengiktirafan de facto kedaulatan Sealand, Jerman menghantar diplomat terus ke Sealand untuk berunding bagi melepaskan warganegara mereka.Roy pertama mengeluarkan warganegara Belanda, kerana perang itu berakhir, dan Konvensyen Geneva memerlukan pembebasan semua tahanan. Jerman telah diadakan lagi, kerana beliau telah menerima Pasport Sealand, dan oleh itu adalah melakukan suatu pengkhianatan. Prince Roy, yang bersyukur bahawa kejadian itu tidak menyebabkan kehilangan kehidupan, dan tidak mahu reputasi berdarah Sealand, dan setelah dibebaskan juga.Tambahan daripada Perairan WilayahPada 1 Oktober, 1987, Britain dilanjutkan perairan 3-12 batu nautika. Pada hari sebelumnya, Prince Roy mengisytiharkan lanjutan perairan Sealand menjadi seperti 12 batu nautika, supaya hak cara dari laut terbuka untuk Sealand tidak akan disekat oleh perairan British yang dituntut. Perjanjian Tiada telah ditandatangani di antara Britain dan Sealand untuk membahagikan kawasan bertindih, tetapi dasar am membahagikan kawasan di antara kedua-dua negara turun tengah boleh diandaikan. Undang-undang antarabangsa tidak tidak membenarkan itu tuntutan tanah baru semasa pelanjutan hak laut, supaya kedaulatan Sealand ini adalah selamat "grandfathered". Britain telah tidak lebih hak kepada wilayah Sealand, daripada Sealand mempunyai wilayah di pinggir pantai yang British yang jatuh dalam dituntut di 12 kilometer arka nautika.Sesetengah negara mungkin telah cuba untuk menggunakan ini sebagai alasan untuk cuba menuntut semua wilayah negara lemah dan tidak dikenali ramai tanpa mengira undang-undang antarabangsa, bagaimanapun, ini tidak kes itu. Britain telah ada percubaan untuk mengambil Sealand, dan kerajaan British masih menganggap ia sebagai Negara yang bebas. Prince Roy terus membayar tidak Insurans Kebangsaan British pada waktu dia tinggal di Sealand selepas ketetapan oleh Jabatan Kesihatan dan cawangan Keselamatan Sosial peguam cara British. Juga, merupakan satu lagi insiden senjata api pada tahun 1990 apabila kapal tersesat terlalu dekat Sealand dan tembakan amaran sekali lagi dipecat. Anak-anak kapal membuat aduan kepada pihak berkuasa British dan artikel akhbar berlari terperinci kejadian itu. Namun, di sebalik larangan yang teruk di Britain senjata api, pihak berkuasa British tidak pernah meneruskan hal tersebut. Ini merupakan satu petunjuk jelas bahawa Pejabat Home Britain masih menganggap Sealand untuk berada di luar zon kawalan.Palsu Sealand PasportPada tahun 1997, telah memalsukan pasport Sealand mula beralih di seluruh dunia. Sebahagian daripada ini telah digunakan untuk membuka akaun bank di bawah nama-nama palsu di pelbagai negara. Sejak beberapa orang yang pernah melihat pasport sah Sealand (kurang daripada 300 wujud hari ini), ia sukar untuk ini mudah dikesan sebagai pemalsuan.Sumber ini pemalsuan disusur kembali kepada orang yang sama Jerman yang terlibat dalam usaha awal mengambil Sealand dengan kekerasan. Dubbing sendiri Menteri Kewangan, beliau telah mewujudkan Yayasan Perniagaan Sealand palsu dan menawarkan bahawa dia telah menjual lebih 150 000 Pasport Sealand palsu kepada semua pendatang baru.Oleh itu, kini terdapat malangnya 500 kali lebih palsu Sealand Pasport dalam edaran daripada orang-orang yang sebenar.Kebanyakan pasport palsu nampaknya telah dijual kepada orang-orang yang meninggalkan Hong Kong pada masa yang menduduki semula Cina untuk USD 1 000 setiap.Views Semasa Principality of SealandKerajaan sekarang Principality of Sealand menganggap dirinya sebagai berdaulat, dan telah diiktiraf de facto sebagai apa-apa pada asas penyata tersebut oleh kerajaan pelbagai dunia. Ia menyatakan yang berikut:"Principality of Sealand mengiktiraf gentium jus dan telah diambil untuk mengawal apa-apa aktiviti dengan tujuan untuk mematuhi gentium jus dan undang-undang antarabangsa atau ia dikawal selia."Kewujudan Principality sebagai Negara yang bebas dan pengiktirafan de facto kedaulatan telah menunjukkan masa dan masa lagi dalam tempoh tiga dekad yang lalu oleh Negara-negara Eropah dan lain-lain dan khususnya oleh jiran terdekat, United Kingdom. Britain telah menyatakan dengan jelas dan telah menunjukkan di atas beberapa kali sama ada ia tidak mempunyai bidang kuasa dalam had Principality wilayah atau bahawa ia tidak mempunyai kepentingan dalam peristiwa yang telah berlaku dalam tempoh Principality.Selain itu, beberapa pakar undang-undang yang bebas telah ditimbang dengan teliti semua hujah-hujah dan terhadap kedaulatan Sealand dan sebulat suara telah bersetuju bahawa gentium jus terpakai sebagai satu prinsip asas yang menyokong kebebasan Principality itu. Kedudukan ini terus disokong oleh de facto peristiwa yang menunjukkan realiti yang. Dalam banyak keadaan, negeri-negeri lain sama ada meninggalkan Sealand sahaja untuk berurusan di peringkat antarabangsa dengan perkara-perkara yang kritikal kepada kepentingan Negara, atau telah diiktiraf Sealand sebagai pihak berkuasa undang-undang dan pentadbiran ke atas semua aktiviti dalam had wilayah.Malah pada hari ini, kerajaan United Kingdom mengiktiraf, antara lain, kediaman atau kerja di Sealand sebagai aktiviti di luar negara.Internet Datang ke SealandSementara Sealand telah menjadi kebanggaan dan kegembiraan Prince Roy dan keluarganya selama lebih 30 tahun, kesihatan beliau baru-baru ini miskin telah menyebabkan beliau asas untuk mengkaji semula perkiraan yang telah di tempat selama beberapa dekad dan untuk melihat ke masa depan Principality beliau. Oleh yang demikian, anaknya, Prince Michael telah dilantik Prince Regent sebagai untuk sementara pro Sovereign oleh Dekri Diraja pada tahun 1999.Sejak masa itu, Keluarga Diraja telah melanda perjanjian dengan HavenCo Limited dan syarikat itu kini pajakan semata-mata pejabat dan pusat-pusat operasi di Sealand, di mana ia menawarkan, dan mampu untuk menawarkan, keselamatan dan kebebasan yang sukar ditandingi kepada pengguna yang ingin mengambil kesempatan perkhidmatan colocation Internet.Kehadiran internet industri 1 aktif dan berkembang pesat teknologi tinggi di Sealand telah berubah watak Principality itu, sekali lagi, Sealand cincin dengan bunyi suara, menawarkan perkhidmatan feri sokongan tetap, dan tuan rumah kepada penduduk yang semakin berkembang dan dinamik.
Teruskan - Sealand : Kerajaan Laut Mikro
kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...