Saturday 20 February 2010

Kompas




Kompas ialah alat bantuan ahli pelayaran untuk mendapatkan arah sebenar di muka bumi. Kompas adalah alat paling tepat untuk memunjukkan arah di muka bumi. Sejarawan mendapati kompas mula dicipta oleh China pada abad ke-11 dan hanya digunakan oleh ahli pelayaran Eropah pada 1300 masehi.
Kompas mengandungi anak panah yang dibuat daripada
jarum besi bermagnet yang berdasarkan medan magnet di bumi. Empat arah utama kompas ialah Utara, Selatan, Timur dan Barat.
Secara teknik, kompas dibuat daripada sebatang jarum untuk menunjukkan arah utara magnet berdasarkan sebuah
planet magnetosfera. Jarum yang bebas akan dengan sendiri menunjukkan arah Utara dan peta mestilah dikoordinasikan dengan kompas tersebut.
Selain kompas pelaut, kompas lain ialah
kompas gegasing dan kompas falak untuk menentukan utara benar.


Sebelum adanya kompas, arah di muka bumi ditentukan oleh badan-badan suci / agama. Pelaut dan ahli pelayaran menggunakan sistem bunyi yang didengar dari dasar laut terutama desiran ombak. Malangnya bukan mudah mengecam desiran ombak laut dalam kerana kedalaman yang amat berbeza atau terlalu dalam. Masalah di laut ini ditambah oleh kabus yang berterusan dan keadaan cuaca yang tidak menentu sepanjang masa. Contohnya ahli pelayaran Arab bergantung kepada langit yang cerah di Teluk Farsi dan di Lautan Hindi. Mereka menggunakan sistem bintang atau buruj (astronomi) untuk menentukan arah.
Kelasi kapal di laut cetek seperti di
Laut Baltik banyak bergantung kepada sistem bunyi dasar laut. Orang Yunani purba pula telah mencipta astrolab yang kemudian diperbaiki oleh ahli sains Islam untuk memudahkan pelayaran.Alat asas sebuah kompas ialah sebatang jarum, mangkuk, air dan sehelai kain / sutera yang boleh terapung di atas air. Jarum itu hendaklah digeser-geserkan terlebh dahulu pada mana-mana besi seperti pada pedang supaya besi jarum itu mempunyai medan magnet. Alat ini telah digunakan di seluruh dunia sebagai sebuah kompas hinggalah terciptanya 'kotak kompas' sekitar 1300 masehi.Jarum kompas ciptaan orang Eropah sentiasa menunjuk ke arah utara. Jarum kompas ciptaan China sentiasa menunjuk ke arah selatan. Sebenarnya konsep asas utara dan selatan adalah sama. Jarum kompas adalah sebatang jarum besi bermagnet yang mempunyai dua hujung, satu ke arah selatan dan satu lagi ke arah utara.

0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...