skip to main |
skip to sidebar
Saloth Sar (9 Mei 1925 – 15 April 1998), lebih dikenali sebagai Pol Pot, ialah pemerintah Khmer Rouge serta Perdana Menteri Kemboja(secara rasmi dipanggil Kampuchea Demokratik semasa pemerintahannya) dari 1976 hingga 1979, setelah menjadi ketua de facto sejak pertengahan 1975. Semasa beliau memegang kuasa, Pol Pot memulakan dasar yang agresif untuk menempatkan semula penduduk-penduduk Kemboja ke kawasan luar bandar dalam sebuah percubaan untuk menuju ke arah komunisme. Cara untuk mencapai matlamat ini termasuk penghapusan para cendekiawan dan "musuh-musuh borjuis". Pada hari ini, keterlaluan kerajaannya telah disalahkan secara meluas untuk mengakibatkan kematian sehingga tiga juta orang Kemboja. Pada tahun 1979, Pol Pot menyebabkan Kemboja terlibat dalam peperangan dengan Vietnam yang akhirnya, mengakibatkan kejatuhan kerajaannya.
0 comments:
Post a Comment