Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain sepertigaram, cuka dan belacan.
Sambal ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Adanya berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.
Sambal mempunyai kekonsistenan yang lebih pekat dan mengandungi lebih banyak rempah. Sambal dapat berbeza-beza antara kurang pedas sehingga sangat pedas. Adanya beberapa jenis kelainan, termasuk:
- Sambal Bajak
- Cili untuk sambal ini digoreng dengan minyak, dan ditambahkan bawang putih, terasi dan ramuan-ramuan yang lain.
- Sambal Balado
- Berasal dari Minangkabau, cili untuk sambal ini digoreng dengan minyak, bawang putih, bawang merah atau bawang bombai, tomato, garam dan jeruk nipis.
- Sambal Belacan
- Sambal ini mengandungi belacan atau udang yang dilumatkan. Sambal ini juga dapat digabungkan dengan bahan-bahan yang lain, seperti kangkung untuk menghasilkan sambal kangkung, dengan sotong untuk menghasilkan sambal sotong, dan dengan telur untuk menghasilkan sambal telur.
- Sambal Goreng
- Sambal ini berasa manis yang berbeza dari sambal lain. Ia mengandungi kacang, ikan bilis, kentang, tempe dan kepingan soya kering yang dimasak bersama kicap soya. Makanan ini terkenal di kalangan masyarakat Jawa.
- Sambal Jeruk
- Sambal ini mengandungi cili hijau dan jeruk nipis.
- Sambal Kacang
- Sambal ini mengandungi kacang dengan rasa pedas manis.
- Sambal Kemiri
- Sambal ini mengandungi buah keras.
- Sambal Manis
- Rasanya sambal ini yang mengandungi cili, bawang dan gula agak manis.
- Sambal Pencit
- Sambal ini dicampurkan dengan hirisan-hirisan buah mangga muda (bahasa Jawa: pencit).
- Sambal Setan
- Sambal ini sangat pedas kerana menggunakan Cili Madame Jeanette. \
- Sambal Tempoyak
- Sambal ini menggunakan tempoyak sebagai perasa utama selain bahan sambal.
- Sambal Tomato
- Sambal ini dicampur dengan tomato, baik yang dihiris kecil-kecil atau dilumatkan.
- Sambal Trassi atau Sambal Terasi
- Sambal ini mengandungi cili merah dan hijau, terasi, gula, garam, dan jeruk nipis.
- Sambal Udang
- Sambal ini mengandungi cili yang digoreng dengan minyak, bawang putih dan udang.
- Sambal Pedas Pedas
- Sambal ini ialah Sambal Ulek yang ditingkatkan pedasnya.
- Sambal Pehek
- Sambal ini menggunakan cili padi atau cili api yang ditumis bersama campuran lain sehingga masak. Lazimnya sambal ini mampu bertahan lama kerana kandungannya yang mudah dan minyak yang banyak.
0 comments:
Post a Comment