Thursday 25 February 2010

Zakar


Zakar merujuk kepada alat kelamin lelaki dan merupakan organ yang utama dalam sistem pembiakan lelaki. Zakar juga dikenali dengan pelbagai gelaran lain seperti pelir, butuh, burung, dan anuDi dalam zakar terdapat tiga turus tisu erektil; ketika zakar dalam keadaan lembik maka zakar akan menyerupai seolah-olah satu span yang berbentuk silinder – kecuali jika dalam keadaan normal akan menjadi membesar bila darah mengalir. Salah satu silinder terletak pada pangkal zakar mengelilingi uretra, iaitu silinder yang bernama korpus spongiosum. Dua silinder yang terletak di sisi bahagian sebelah atas zakar; setiap silinder ini bernama korpus kavernosum.

Korpora kavernosum (himpunan daripada korpus kavernosum) berperanan dalam membentuk kekerasan zakar ketika tegang, sementara itu korpus spongiosum membuatnya lebih lembut. Salah satu dari dua arteri utama zakar terdapat di sepanjang pertengahan setiap korpus kavernosum di mana darah mengalir dari zakar ke jantung melalui urat-urat darah halus yang terletak berhampiran dengankulit.

Kelenjar Cowper menyimpan cecair pelumas yang biasanya digelar "cecair pra-pemancutan" (dalam bahasa Inggeris basahan: "pre-cum"). Bahagian batang dari zakar yang tertanam jauh di dalam tubuh menyebabkan batang zakar tidak bonyok seperti testis. Di sekeliling batang zakar terdapat jaringan penyambung dan seluruh batang zakar dilindungi oleh lapisan kulit yang tipis.


Ketegangan zakar tidak semestinya berkait dengan kegiatan seks, terutama pada lelaki muda. Ereksi yang bersifat spontan merupakan perkara biasa dialami oleh remaja lelaki, tetapi tiada apa yang dapat dilakukan untuk mengatasi hal ini. Ereksi juga sering kali terjadi ketika tidur. Ini menjelaskan tentang keadaan seseorang yang bangun dalam keadaan zakar yang tegang.

Disebabkan zakar merupakan satu organ yang disokong oleh darah, ia mempunyai mekanisme penyelamat, iaitu ia akan kehilangan ereksi selepas tempoh tertentu. Ini kerana darah yang tersekat di dalam zakar akan kehilangan oksigen dengan pantas dan sekiranya darah tidak beroksigen kekal dalam zakar untuk tempoh masa yang panjang, sel-sel dalam zakar akan mulai mati. Ini merupakan salah satu punca mereka yang menyalahgunakan ubat perangsang (mereka yang sihat tetapi makan ubat perangsang) berhadapan dengan risiko untuk mati pucuk. Ini disebabkan zakar mereka tegang terlalu lama menyebabkan darah yang terperangkap dalam zakar kehabisan oksigen, menyebabkan sel-sel zakar lemas.

Sekiranya ia berlarutan melebihi 4 jam, rawatan doktor diperlukan bagi menjalani pembedahan kecil bagi mengeluarkan darah dari dalam zakar bagi mengelakkan sel zakar mati secara kekal. Selain itu mereka juga terdedah kepada peyronie (zakar bengkok dengan ketara akibat penggunaan pam zakar dengan cara yang salah.)

0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...