Monday 22 February 2010

World Trade Center




World Trade Center (Pusat Dagangan Dunia) merupakan sebuah kompleks yang terdiri daripada tujuh buah bangunan termasuk menara berkembar pencakar langit setinggi 110 tingkat di bandar raya New York, Amerika Syarikat. Pusat milik Lembaga Pelabuhan New York dan New Jersey ini telah musnah akibat seranganpengganas pada 11 September 2001. Kompleks ini meliputi sebuah kawasan pejabat seluas 13.4 juta kaki persegi, iaitu hampir empat peratus ruang pejabat di seluruh lower Manhattan. Ia juga terletak berhampiran dengan New York Stock Exchange.

Pada Februari 1993, suatu bom telah diletupkan oleh pengganas tetapi ia hanya merosakkan sebahagian kecil bangunan diaras bawah. Namun serangan nekad pengganas pada 2001 telah menghancurkan bangunan tersebut. Selama beberapa dekad, bangunan ini telah menjadi mercutanda AS terutamanya bandar raya New York. Malah, sewaktu pembukaannya ia telah mengambilalih tempat Bangunan Empire State sebagai bangunan tertinggi di dunia. Selain itu, kompleks ini telah mencetuskan minat terhadap pembinaan Pusat Dagangan Dunia diseluruh dunia.

SEJARAH

Pembinaannya bermula pada 5 Ogos, 1966 dan keluli digunakan pada Ogos 1968. Arkitek bangunan ini ialah Minoru Yamasaki, seorang rakyat Amerika berketurunan Jepun yang terkenal dengan bangunan modennya yang artistik.

Pada tahun Disember 1970, beberapa penyewa telah berpindah ke Menara Satu atau World Trade Center One (WTC1). Apabila WTC1 siap dibina pada tahun 1972, ia telah dinobatkan sebagai bangunan tertinggi didunia dengan ketinggian 1,368 kaki (417 m). Tetapi setahun kemudiannya ia telah ditewaskan oleh Sears Towers di Chicago. Manakala World Trade Center Two (WTC2) telah dimasukki pada Januari 1972. WTC2 pula telah menjadi bangunan kedua tertinggi didunia dengan ketinggian 1,360 kaki. Menara berkembar ini dibuka secara rasminya pada 4 April, 1973.

Walaupun WTC merupakan Pusat Dagangan Dunia yang pertama didunia, ia pada mulanya gagal menarik minat syarikat-syarikat yang terbabit dengan perdagangan antarabangsa. Pada awal 1970-an sebahagian besar kompleks ini dihuni oleh agensi-agensi kerajaan. Hanya pada 1980an barulah beberapa syarikat swasta terutamanya firma kewangan yang terikat denganWall Street mula membuka pejabat mereka disana.

Sebagai salah satu mercutanda Amerika Syarikat, WTC sering menjadi sasaran pengganas. Pada 26 Februari, 1993 jam 12:17 tengah hari, sebuah trak Ryder yang sarat dengan bahan peledak telah diletupkan digaraj aras bawah Menara Utara. Serangan ini telah mengorbankan enam orang dan mencederakan lebih seribu orang.

0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...