Thursday 4 February 2010

Wang


Wang atau duit merujuk sesuatu objek atau barang yang diterima masyarakat umum dan sah di sisi undang-undang sebagaimedium pertukaran dalam urusan jual beli dan urusniaga lain. Wang juga berfungsi sebagai penyimpan nilai, unit akaun, dan piawai langsaian hutang.

Dalam kegunaan harian, wang dirujuk sebagai mata wang atau wang kertas dan syiling yang berada dalam edaran sesebuah negara yang mempunyai status tender sah seperti ringgit; dan juga dalam pelbagai bentuk akaun deposit kewangan seperti akaun simpanan, akaun semasa dan sijil deposit. Dalam sistem ekonomi moden, mata wang adalah komponen terkecil dalam bekalan wang.

Wang tidak mempunyai nilai benar tetapi digunakan sebagai pengukur nilai yang menjadi alternatif mudah kepada sistem barter. Tanpa wang, sistem ekonomi menjadi tidak cekap kerana sistem barter memerlukan keperluan serentak antara mereka yang mahu menukar barang, dan persetujuan bahawa pertukaran barangan ini mestilah sama nilai sebelum pertukaran barter berlaku. Dengan wang, seseorang hanya perlu membayar wang kepada penjual untuk mendapatkan barang berkenaan. Penjual pula boleh menggunakan wang tersebut untuk mendapatkan barang yang diperlukannya.

Penggunaan wang dalam masyarakat menggalakkan perdagangan yang meningkatkan pembahagian kerja, yang menaikkan produktiviti dan kekayaan secara menyeluruh

Sejarah wang


Wang komoditi
seperti emas dan perak merupakan antara bentuk terawal wang. Di bawah sistem wang komoditi, objek seperti duit syiling emas mempunyai nilai intrinsik iaitu nilainya yang tetap kekal walaupun inflasi, berbanding nilai wang kertas yang bergantung kepada nilai yang dicop semata-mata. Wang komoditi biasanya digunakan untuk memudahkan urus niaga dalam ekonomi barter, jadi ia lebih berfungsi sebagai perantara pertukaran, dan kemudian mula berfungsi sebagai simpanan nilai.Perkembangan wang bermula daripada emas, perak, tembaga, loyang, besi, batu, atau kulit kerang kepada wang kertas, atau catatan elektronik yang dikendali oleh sistem perbankan kompleks antarabangsa.

Wang fiat adalah wang zaman moden yang direka oleh pihak berkuasa pusat (kerajaan) dan tidak mempunyai atau tidak mementingkan nilai intrinsik. Pengiktirafan meluas terhadap wang fiat berlaku kerana kerajaan pusat bertindak sebagai penjamin nilai wang yang sah sebagai tender di sisi undang-undang sebagai bayaran untuk cukai dan lain-lain. Perkembangan wang fiat berlaku apabila kerajaan mengeluarkan nota janji yang telah kemudiannya bertukar menjadi mata wang fiat (contoh, Dolar Amerika) dan mata wang fiat telah bertukar menjadi bentuk mata wang komoditi (contoh, franc Switzerland)

0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...