Kerajaan Kemboja merupakan sebuah negara di Asia Tenggara dan bersempadankan Thailand di barat, Laos di timur, Vietnam di timur dan Teluk Siam di selatan.
Negara yang mempunyai jumlah penduduk 13 juta ini beribu negara di Phnom Penh. Kemboja merupakan negara pengganti Kerajaan Khmeryang mengalami zaman kegemilangannya pada adab- ke-11 hingga abad ke-14. Pada zaman keemasannya, Khmer berjaya menguasai seluruh Semenanjung Indochina.
Agama utama yang diamalkan di Kemboja ialah agama Buddha Thevarada. Agama lain termasuklah Islam (penduduk Cham) serta animismedi kalangan kaum peribumi.
Antara badan air yang terkenal di Kemboja ialah Sungai Mekong dan Tasik Tonlé Sap yang merupakan sumber makanan serta pendapatan yang penting bagi penduduknya.
Pada 2005, simpanan minyak petroleum dan gas asli telah ditemui di bawah laut Kemboja. Perlombongan minyak yang bakal bermula pada2009 dijangka akan menghidupkan semula ekonomi Kemboja yang banyak bergantung kepada sektor pelancongan.
0 comments:
Post a Comment