Wednesday 3 August 2011

Bismarck : Kapal perang Jerman



Kapal Perang Bismarck adalah terbesar dibina dan digunakan oleh  Tentera Laut Jerman semasa Perang dunia II Nama kapal ini berasal dari nama Canselor Jerman abad ke-19 yang bertanggungjawab menyatakan empayar Jerman,Otto von Bismarck.
Bismarck menjadi masyhur dalam pertempuran selat Denmark pada tahun 1941 setelah mengalahkan pasukan Tentera Laut Diraja British yang dihantar untuk memusnahkannya, dan sebaliknya menenggelamkan HMS Hood, kapal perang yang menjadi kebanggaan Tentera Laut Diraja British.

Empayar Jerman, yang tewas dalam Perang Dunia I  dipaksa menerima pakai perjanjian versailles. Antara lain, perjanjian itu juga membataskan pembangunan angkatan bersenjata Jerman. Kapal terbang tentera dan kapal tentera laut dikenakan had pembuatan dan bilangan yang boleh digunakan.Tentera Laut Jerman dibenarkan menggunakan Kapal perang jenis Pre-Dreadnought sahaja dan hanya terdiri daripada kapal perang yang menggunakan teknologi dan seni pembuatan yang ada sebelum Perang Dunia I.
Hanya kapal-kapal yang sudah melebihi umur 20 tahun sahaja boleh digantikan dengan pembinaan kapal-kapal baru, tetapi dihadkan saiznya supaya tidak melebihi 10,000 ton dan meriam utamanya dihadkan supaya tidak melebihi 11 inci. kapal kruiser pula tidak boleh melebihi 6,000 ton dan meriam utamanya dihadkan supaya tidak melebihi 6 inci.
Reka bentuk kapal Bismarck dimulakan pada awal tahun 1930-an dan berdasarkan kepada reka bentuk kapal perang jelajah dari kelas Deutschland dan dari kelas Gneisenau. Apabila Perancis membina kapal perang Dunkerque yang mempunyai spesifikasi jauh lebih baik daripada Bismarck, Hitler mengarahkan supaya Bismarck dinaik taraf kepada 42,600 ton, walaupun diisytiharkan sebagai 35,000 ton sahaja supaya dilihat masih dalam litupan had berat yang ditetapkan dalamPerjanjian Versailles. Dengan muatan penuh, Bismarck dan Tirpitz, kapal sekelas dengannya, mempunyai sesaran. berat melebihi 50,000 ton.
Bismarck adalah kapal prototaip kelas kapal perang jelajah di bawah Plan Z Tentera Laut Jerman. Pembinaan (keel laying) Bismarck dimulakan di limbungan kapal Blohm + voss di Hamburg pada 1 Julai 1936. Bismarc dilancarkan pada 14 Febuary 1939 dan ditauliahkan pada 24 ogos 1940 di bawah perintah Kapten Ernst Lindemann.
Kapal Bismarck dibina untuk memerangi kapal-kapal komersil. Bismarck mempunyai alur yang lebar untuk memberikan kestabilan semasa laut bergelora di Atlantik Utara. Bismarck juga mempunyai ruang simpanan bahan api yang besar seperti mana kapal perang jelajah yang dibina untuk beroperasi di Lautan Pasifik.
Bismarck dilengkapkan dengan 8 laras meriam 15 inci dipasangkan dalam 4 turet dan mempunyai pertahanan besi waja dikimpal dan mempunyai kelajuan 29 knot. Semasa pelayaran ujian, Bismarck mencapai kelajuan 30.1 knot di Laut Baltic. Bismarck boleh bersaing dengan mana-mana kapal perang jelajah hak milik Tentera Laut Diraja British ataupun Tentera laut perancis. Jarak senjata utamanya akan membolehkan Bismarck memusnahkan perkapalan komersil yang dijumpai. Jikalau Bismarck berjaya menyusup masuk ke Lautan Atlantik, kesan kerosakan yang dibawa akan memudaratkan Britain dan Perancis. Konvoi pasukan Berikat dalam keadaan bahaya selagi mana Bismarck berleluasa di Atlantik.


Dengan peredaran masa, kapal Bismarck mencapai status satu mitos. Dalam tahun 1960, kapal Bismarck menjadi bahan utama dalam filem “Sink The Bismarck” dan lagu nyanyian Johnny Horton menjadi popular.
Bangkai kapal Bismarck dijumpai pada 8 Jun 1989 oleh Dr. Robert Ballard, ahli arkeologi, yang menemui bangkai kapal Titanic. Bangkai kapal Bismarck berada dalam keadaan menegak dalam laut sedalam 4,700 m kira-kira 650 kilometer di barat pelabuhan Brest.Robert Ballard merahsiakan kedudukan sebenar kapal Bismarck untuk mengelakkan kapal tersebut menjadi sasaran pencari harta karun.
Analisis bangkai kapal menunjukkan kerosakan teruk pada superstruktur kapal Bismarck akibat bedilan meriam tetapi hanya menunjukkan kerosakan kecil pada badan kapal akibat ledakan torpedo. Ini menguatkan tanggapan bahawa kapal Bismarck dilubangtenggelamkan oleh anak-anak kapalnya untuk mengelakkan kapal tersebut ditawan oleh pihak British. Ini tidak dapat dibuktikan oleh penyiasat marin, tetapi disahkan oleh anak-anak kapal Bismarck yang terselamat.
Satu ekspedisi Amerika melawat tapak bangkai Bismarck dan dengan menggunakan ROV yang lebih kecil dan mempunyai kawalan olah gerak yang lebih baik, membuat penggambaran buat pertama kali dari bahagian dalam kapal Bismarck. Ini ditayangkan sebagai satu dokumentari 1 jam di saluran National Geographic. Tinjauan oleh kumpulan Amerika ini tidak menjumpai apa-apa penembusan di bahagian kubu kota (citadel) kapal Bismarck dan hanya mempunyai 4 lubang yang terhasil disebabkan oleh peluru meriam yang kena tepat pada kapal Bismarck, tetapi lubang ini berada d atas garisan air. Kemungkinan besar 4 peluru yang kena tepat ini menyebabkan Bismarck tenggelam.



Kesan kemik di kapal Bismarck menunjukkan peluru 14 inci yang ditembak kapal HMS King George V sebenarnya melantun di atas perisai Wotan yang dipasangkan pada Bismarck. Rumusan oleh kumpulan Amerika ini bercanggah dengan rumusan yang dibuat oleh kumpulan penyiasat British. Kumpulan Amerika merumuskan bahawa Bismarck boleh terus mengapungkan diri dan mungkin akan ditawan oleh pihak British sekiranya ia tidak dilubang tenggelamkan oleh anak-anak kapalnya.

Daripada 2,876 das peluru yang digunakan untuk menembak kapal Bismarck, hanya dua butir sahaja peluru 16 inci yang menembusi perisai Bismarck. Dua butir peluru 14 inci menembusi perisai di sebelah kiri kapal. Daripada 2,876 butir peluru yang digunakan, lebih 700 butir adalah peluru 14 inci dan 16 inci, dan daripada jumlah ini hanya 4 butir sahaja yang menembusi perisai Bismarck.

0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...