Sunday, 3 July 2011

Al-Buraq



Buraq atau juga disebut eja Al-Buraq (dari segi bahasa bererti "kilat cahaya". Ia adalah sejenis makhluk menyerupai haiwan, besar sedikit dari himar (keldai) dan kecil sedikit dari baghal (haiwan kacukan keldai dan kuda).Diriwayatkan juga buraq ini merupakan makhluk yang menyerupai haiwan lagenda iaitu seekor kuda putih yang bersayap burung berbulu pelepah yang besar.Namun ada juga yang mengatakan buraq menyerupai burung putih yang besar. Walaubagaimanapun ia dijadikan oleh Allah bukan dari jenis yang berdarah, berdaging dan bertulang belulang seperti haiwan, sebaliknya ia diciptakan daripada cahaya.

Buraq mempunyai kelajuan yang luar biasa iaitu selangkah kakinya memacu, bergerak sejauh mata memandang. Sesuai dengan hakikat 'zat' lembaga buraq yang dijadikan oleh Allah SWT dari cahaya.N
abi Muhammad S.A.W Hikmah dijadikan buraq yang berfungsi sebagai kenderaan dan pesawat angkasa menyerupai seekor binatang walaupun unsur kejadiannya daripada cahaya, adalah bagi memudahkan 
memahami tujuan Jibril datang membawa makhluk menyerupai haiwan untuk dikenderai oleh Nabi s.a.w. dalam peristiwa Isra dan mi'raj. Kerana kenderaan yang lazim digunakan oleh manusia pada ketika itu ialah haiwan sama ada unta atau kuda dan seumpamanya.
Ahli sains juga mendapati bahawa pergerakan yang paling pantas di alam maya ini ialah cahaya. Dalam kelajuan seperti cahaya, membolehkan Nabi s.a.w. tiba di Masjid al-Aqsa Baitul Muqaddis dalam waktu yang singkat.

0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...