Tuesday 26 July 2011

Yaman : Empayar Turki Uthmaniyyah

Yaman, secara rasmi dipanggil Republik Yaman  ialah sebuah negara timur tengah yang terletak di semenanjung arab di asia barat daya. Negara ini menyempadani Laut Arab dan Teluk Aden di selatan,Laut Merah di barat, Oman di timur laut, dan sempadannya yang lain bersebelahan dengan Arab Saudi. Wilayah Yaman termasuk Socotra, sebuah pulau terpencil yang terletak lebih kurang 350 Kilometer di selatan, berhampiran dengan Afrika Timur


Yaman ialah salah satu daripada pusat-pusat peradaban yang tertua di dunia. Dari abad ke-9 hingga abad ke-6 Masihi,  Yaman dikenali oleh orang Rom sebagai "Arabia Felix" ("Arab Gembira") kerana kekayaannya yang dihasilkan oleh perdagangan.Augustus Caesar mencuba mengilhakkan Yaman, tetapi ekspedisinya tergagal.Empayar Parsi lebih berjaya .Pada lewat abad ke-6 dan 7, selepas banyak orang Sabaean meneruskan penghijrahan dari Yaman, akibat pemusnahan Empangan Ma'rib (sadd Ma'rib), Yaman menjadi sebuah kawasan Bedouin. Pada masa itu, apabila Kemaharajaan Aksum tidak berhasrat meneruskan kemaharajaan yang kuno mereka, Yaman menjadi sebidang tanah tandus, akibat perdagangan rempah dengan orang-orang Rom dan raja-raja Sassanid Parsi yang lebih menguntungkan. Yaman berturut-turut dikuasai oleh empayar Ethiopia dan Sassanid Parsi. Pada abad ke-7,kalifah islam mula menguasai kawasan ini. Selepas kekalifahan itu dihancurkan, bekas Yaman Utara dikuasai oleh Imam daripada berbagai-bagai wangsa, biasanya dari mazhab Zaidi, yang mengasaskan struktur politik teokratik yang kekal sehingga zaman moden. ('Imam' dalam konteks ini ialah sebuah istilah agama yang digunakan oleh Syiah untuk merujuk kepada keturunan-keturunan sezuriat Ali, menantu Nabi Muhammad, yang dianggap ditakdirkan sebagai pewaris-pewaris tidak terkelas Nabi Muhammad.)


Kalifah-kalifah Sunah Waljamaah Mesir menduduki kebanyakan Yaman Utara pada sepanjang abad ke-11. Menjelang abad ke-16 dan sekali lagi pada abad ke-19, Yaman Utara menjadi sebahagian Empayar Turki Uthmaniyyah dan pada sesetengah tempoh, Imam-Imannya juga menguasai Yaman Selatan.



Yaman Utara mencapai kemerdekaan daripada Empayar Turki Uthmaniyyah pada tahun 1918 dan menjadi sebuah republik pada tahun 1962. Pada tahun 1939, pihak British menduduki pelabuhan Aden dan menjadikannya sebagai sebuah tanah jajahan pada bulan September. Mereka juga mencipta sebuah zon perikatan-perikatan yang tidak dikawal rapi di sekitar Aden untuk bertindak sebagai penampan perlindungan. Pada tahun 1967, pihak British berundur selepas tekanan yang semakin meningkat daripada pemberontakan tempatan dan serangan-serangan yang disokong oleh Mesir dari utara. Selepas pengunduran British, kawasan ini dikenali sebagai Yaman Selatan. Pada tahun 1970, kerajaan selatan mengamalkan sistem kerajaan komunis. Kedua-dua negara disatukan secara rasmi sebagai Republik Yaman pada 22 Mei 1990.

0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...