Monday 25 July 2011

MalaysiaKini : Media berhaluan kiri


Malaysiakini.com merupakan media internet 4 bahasa iaitu Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris,Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil dalam talian dari Malaysia. Dilancarkan pada 20 November 1999, antara bahagian-bahagian yang terdapat di dalam Malaysiakini ialah Utama, Berita, Kolum, Pendapat, Minda Editor, Laporan Khas dan lain-lain. Ia menarik lebih 37 juta tatapan setahun.
Berita utama di dalam Malaysiakini lebih terarah kepada isu-isu terkini serta perkara yang berkaitan dengan politik di Malaysia. Motonya ialah 'News and views that matter'. Laman web itu mendakwa dilawat 50,000 orang sehari dan lebih tiga juta kali dicapai dalam sebulan.
Versi Bahasa Inggeris Malaysiakini.com perlu dilanggan untuk dibaca sementara versi Bahasa Melayu adalah percuma.



Akhbar internet Malaysiakini bermula apabila timbul keperluan untuk melaporkan pemecatan dan penangkapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998. Premesh Chandran, bekas wartawan akhbar The Sun yang ketika itu bertugas dengan Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC) mengasaskan Malaysiakini bersama Steven Gan yang pernah bekerja dengan akhbar The Nation, di Bangkok, Thailand. Isu di sebalik pemecatan Anwar Ibrahim perlu dilaporkan kepada rakyat dan timbullah akhbar bawah tanah ini - pada awalnya.
Premesh menulis kertas kerja itu bertajuk 'The Daily Diet - It's free, fast and true". Dana RM30,000 berjaya dikumpulkan dan membeli warung kafe di SS2, Petaling Jaya sebagai pusat operasi lamanweb . Nama Malaysiakini.com didaftar pada April 1999.
Kemudian Pakatan Akhbar Asia Tenggara (Seapa) memberi geran AS$100,000. Pada 1 Oktober 1999 pejabat Malaysiakini dibuka di tingkat empat sebuah rumah kedai berhampiran Jaya Supermarket, Seksyen 14,Petaling Jaya.
Malaysiakini mendapat cabaran berat apabila Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pilihan raya setahun lebih awal iaitu pada 1999.Hari penamaan calon ditetapkan pada 20 November 1999.
Antara kakitangan terawal ialah Sarah Shazreena Sharin, Ng Boon Hooi, Hidayatul Ein Azmi dan Ajinder Kaur .

Malaysiakini dikritik oleh kerajaan Barisan Nasional dan penyokongnya. Ia didakwa menyampaikan berita pro-pembangkang atau pro-Pakatan Rakyat kerana ia menyampaikan yang kritikal terhadap kerajaan semasa. Namun selepas pilihanraya umum 2008 berita dan surat pro-BN dan kritikal terhadap kerajaan Pakatan Rakyat turut disiarkan.





Pada 24 Mac 2010, Steven Gan dari Malaysiakini menerima anugerah Jenama Putra (gangsa) daripada Persatuan Agensi Pengiklanan Bertauliah Malaysia .Anugerah disampaikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir. Penerima lain ialah TV3 (gangsa),The Star dan 8TV (perak),Astro dan Google (emas).Anugerah itu berdasarkan soal selidik terhadap 6000 respon online dalam 18 kategori. Presiden 4As, Vincent Lee menyatakan pemilihan itu dianjurkan dengan kerjasama Anugerah Jenama Paling Bernilai Malaysia (MMVB).


0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...