Thursday 7 July 2011

Sultan Omar Ali Saifuddin II





Sultan Omar Ali Saifuddien II Jamalul Alam merupakan Sultan Brunei yang ke 23. Baginda merupakan putera kepada Sultan Muhammad Jamalul Alam I iaitu Sultan Brunei yang ke 20 dan Raja Isteri Pengiran Anak Nur Alam binti Sultan Muhammad Kanzul Alam.


Makam Sultan Omar Ali Saifuddin II


Baginda diputerakan pada tahun 1804 dan mempunyai 3 orang isteri. Pertama Pengiran Isteri binti Pengiran Muda Anak Bahar, Kedua Tuan Zaida binti Pengarah Digadong Tuan Laman Awang Sulaiman dan ketiga Dayang Sandalam. Hasil dari ketiga2 perkahwinan tersebut baginda telah dikurniakan seramai 3 orang putera dan 3 orang puteri iaitu :

  1. Pengiran Pemancha Sahibul Rae Wal Masyuarah Pengiran Anak Muhammad Salleh
  2. Pengiran Muda Muhammad Saiful Alam
  3. Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin
  4. Raja Isteri Pengiran Anak Puteri Zubaida
  5. Pengiran Babu Pengiran Anak Siti Mariam
  6. Pengiran Babu Pengiran Anak Saleha

Baginda menaiki takhta kerajaan mulai tahun 1828. Setelah baginda memerintah lebih kurang sepuluh tahun, kuasa Brunei telah mulai beransur lemah. Akibatnya beberapa pesisir yang dahulunya kekuasaan Brunei telah terputus dan tercicir. Sultan Suluk yang ketika itu memang telah lama menantikan kejatuhan Brunei mengambil kesempatan di atas kelemahan ini.

Pengaruh Barat mula bertapak di kawasan Nusantara dan kekuasaan Brunei beransur lemah. Seorang bangsa Inggeris iaitu James Brooke yang mempunyai cita2 tinggi di rantau ini mengambil kesempatan ke atas kejatuhan ekonomi perdagangan di Brunei. Ianya berjaya memanipulasi kesempatan ini daripada kekacauan yang berlaku di wilayah2 Brunei. Pengiran Muda Hashim yang tidak mampu mengawal keadaan telah melantik James Brooke selaku pentadbir di Sarawak selepas James Brooke berjaya menenteramkan keadaan di wilayah itu.

James Brooke telah datang mengadap Sultan Omar Ali Saifuddien II Jamalul Alam dan mendesak agar dijadikan Rajah Sarawak. Pada tahun 1842 dia dilantik menjadi Rajah Sarawak dengan demikian kekuasaan Kerajaan Brunei semakin merosot. 





Dalam masa pemerintahan baginda juga Pulau Labuan telah diserahkan keada Kerajaan British dengan alasan untuk menghalang keganasan lanun pada mulanya. Akan tetapi oleh kerana terdapat ancaman dan ugutan oleh wakil Kerajaan British akhirnya menuntut baginda memanggil dan bermesyuarat dengan pembesar2 negara untuk menyelesaikan masalah paksaan British menghendaki Pulau Labuan. Hasil dari perundingan tersebut akhirnya baginda membubuh cop mohor kerajaan dan menandatangani surat perjanjian menyerahkan Pulau Labuan kepada British pada hari Jumat 18 Disember 1846. Dengan termeterai perjanjian itu, maka Labuan terpaksa diserahkan. Pada 27 Mei 1847 pula, baginda membuat perjanjian persahabatan dan perdagangan dengan pihak British.

Baginda mangkat disebabkan cancer mulut di Istana Kampong Ayer, Bandar Brunei pada 18 November 1852 dan dimakamkan di Kubah Makam Diraja.

0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...