Monday, 18 July 2011

Rwanda





Republik Rwanda terletak di bahagian tengah Afrika. Ia bersempadan dengan Uganga,Burundi,Republik Demokratik Congo dan Tanzania. Kediaman kepada hampir 10 juta penduduk, Rwanda menampung penduduk yang paling padat di Benua Afrika, kebanykan mereka bergiat di dalam bidang pertanian. Negara ini mempunya tanah yang subur dan daratan yang berbukit bukau. Disebabkan ini, negara in digelar "Bumi dengan Ribuan Bukit-bukau".
Negara ini telah menerima banyak perhatian dunia disebabkan pembunuhan beramai-ramai 1994 di mana antara 800,000 hingga 1,000,000 orang telah dibunuh. Tiga perempat populasi negara ini hidup di bawah paras kemiskinan antarabangsa iaitu US$1.25 sehari.

Tidak diketahui bagaimana kawasan Rwanda Hari ini mula-mula didiami tetapi dijangkakan bahawa manusia berpindah ke kawasan itu mengikuti Zaman Ais Terakhir, pada Zaman Neolitik, 10,000 tahun dahulu. Galian arkeologi telah membongkar bukti bahawa terdapat sekumplan kecil pemburu pada Zaman Batu, diikuti dengan populasi yang lebih besar pada Zaman Logam yang menghasilkan lesung dan alat besi. Penduduk awal ini merupakan nenek moyang kepada Kaunm Twa, sekumpulan Orang Asli Pygmy iaitu pemburu yang masih hidup di Rwanda hari ini. Akhirnya penduduk kawasan ini bergabung dengan petani berbangsa Bantu yang datang dari barat yang dikenali sebagai Kaum Hutu. Tarikh yang tepat untuk peristiwa ini tidak dapat dipastikan, tetapi terdapat pendapat menganggarkan pada 700 S.M sehingga permulaan era Kristian, sekitar 1 Masihi. Kaum Hutu yang malas bertani kemudiannya telah di kurangkan bilangannya oleh Kaum Twa dan mula mengambil alih tempat mereka berburu dan memaksa mereka (Kaum Hutu) untuk berundur ke dalam hutan. Kemudian, kumpulan ketiga, iaitu Kaum Tutsi yang bekerja sebagai penternak lembu telah berhijrah ke sana. Kaum Tutsi secara umumnya lebih tinggi badannya daripada Kaum Hutu dan Kaum Twa dan berbeza dari segi penampilan fizikal. Tidak diketahui bila dan dari mana Kaum Tutsi ini datang tetapi, terdapat bukti bahawa mereka adalah berasal dari Cushitic, iaitu dari "Tanduk Afrika" (Horn Of Africa).
Banyak kontroversi yang menyelubungi asal-usul pembentukan Rwanda, sebelum kedatangan Orang Eropah, bagaimanapun, Kerajaan Rwanda telah mempertikaikan peranan sejarah Eropah dalam sejarah Rwanda.

Negara yang kecil ini sedikit kecil daripada negeri Massachusetts,Amerika Syarikat atau separuh saiz Scotland terletak berdekatan Afrika Tengah iaitu beberapa darjah selatan dari Garisan Khatulistiwa. ia telah dipisahkan dari Republik Demokratik Congo dengan Tasik Kivu dan Lembah Sungai Rivuvu dari bahagian barat, ia disempedani di utara oleh Uganda, dari timur oleh Tanzania dan dari selatan oleh Burundi. Ibu negaranya, Kigali terletak di tengah-tengah negara ini.

0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...