Wednesday, 27 July 2011

Garis Maginot : kubu konkrit tentera perancis

Garis Maginot adalah satu garisan kubu konkrit, penghalang kereta kebal, pos mesingan dan pertahanan lain yang dibina oleh pihak Perancis sepanjang sempadannya dengan Jerman dan Itali selepas Perang Dunia I. Secara umumnya istilah tersebut merujuk samaada kepada keseluruhan sistem atau pertahanan yang menghadap ke  Jerman sementara Garis Alpine bagi baris pertahanan Perancis-Itali. Pihak Perancis percaya bahawa kubu tersebut akan memberikan masa bagi kerahan tentera mereka sekiranya diserang dan mengimbangi kelemahan jumlah tentera. Kejayaan pertempuran pertahanan statik dalam Perang Dunia I merupakan pengaruh utama pemikiran pihak Perancis.



Pertahanan ini pada mulanya dicadangkan oleh Marshal Joffre. Dia ditentang oleh golongan permodenan ( modernists ) seperti Paul Reynaud dan Charles de Gaulle yang menyokong pelaburan dalam kereta kebal dan kapal terbang. Joffre mendapat sokongan dari Petain dan terdapat beberapa lapuran dan commissions dianjurkan oleh kerajaan. Tetapi ia adalah Andre Maginot yang menyakinkan kerajaan untuk melabur dalam skim ini. Maginot merupakan veteran Perang Dunia I yang menjadi Menteri Hal Ehwal Vateren Perancis dan Menteri Pertahanan.
Garis ini dibina secara berperingkat dari tahun 1930 oleh STG (Section Technique du Génie) diselia oleh CORF (Commission d'Organisation des Régions Fortifiées). Pembinaan utama hampir siap pada 1935 dengan kos sekitar 3 juta franc.

Spesifikasi pertahanan ini amat tinggi dengan kompleks kubu (bunker) yang bersambung dengan meluas untuk beribu-ribu tentera, terdapat 108 main forts (ouvrages) setiap 15 kilometre, ouvrages kecil dan casement diantaranya dengan lebih 100 kilometre terowong.
Kubu tersebut tidak menganjur menembusi Hutan Ardennes atau sepanjang sempadan dengan Belgium kerana negara tersebut telah menandatangani persekutuan ( alliance ) pada tahun 1920, di mana tentera Perancis boleh beroperasi di Belgium sekiranya tentera Jerman menceroboh. Apabila Belgium memansuhkan perjanjian tersebut pada tahun 1936 dan mengistiharkan berkecuali, Garis Maginot disambung dengan pantas sepanjang sempadan Perancis-Belgium, tetapi tidak setaraf dengan Garis yang lain.
Terdapat pembinaan tergesa-gesa pada tahun 1939-1940 dengan peningkatan umum sepanjang Garisan. Akhir Garisan terkuat sekitar kawasan pengilangan Metz,Lauter dan Alsace, sementara kawasan lain secara perbandingan hanya dilindungi dengan lemah.


Selepas perang Garis Maginot dikendalikan semula oleh Perancis dan melalui beberapa pengubahsuaian. Bagaimanapun apabila Perancis keluar dari NATO kebanyakan Garis Maginot ditinggalkan. Dengan kebangkitan penghalang nuklear ("nuclear deterrent") bebas Perancis pada tahun 1969 Garis Maginot diketepikan oleh kerajaan, dengan sebahagian daripadanya dilelong kepada awam dan bakinya dibiarkan reput.
Istilah "Garis Maginot" telah digunakan sebagai imbalan (metaphor) bagi sesuatu yang amat diyakini, walaupun sebenarnya tidak boleh diharap. Sebenarnya, ia berjaya melaksanakan matlamat sebenarnya, melindungi sebahagian Perancis, dan memaksa musuh menghindarinya. Sebagaimana yang dirancangkan, Garis Maginot merupakan sebahagian daripada rancangan pertahanan yang lebih besar, di mana musuh akan bertembung dengan pertahanan oleh Tentera Perancis, tetapi Perancis tidak melaksanakan peranan bahagian berikutnya, mendorong kepada kehilangan kelebihan Garis Maginot.

0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...