Wednesday 20 July 2011

Pokok Gandum



Gandum yang ditanam bermula di Asia Barat Daya di kawasan yang kini dikenali sebagai Fertile crescent. Bukti cari gali tertua bagi penanaman gandum datangnya dari Syria,Jordan,Turki dan Iraq. Dipercayai telah menjadi makanan pertama Nabi Adam di muka bumi. Walaupun tumbuhan ini tidak mampu hidup meliar, Gandum Emmer telah menghasilkan lebih banyak makanan bagi manusia berbanding gandum yang lain. Dalam ladang yang ditanam, pokok Gandum Emmer telah mengatasi tumbuhan lain yang mempunyai biji benih lebih kecil yang mampu bercambah sendiri, dan menjadi leluhur bagi jenis gandum moden.

Pokok Gandum atau wheat tergolong dalam famili rumput dan merupakan tanaman bijian yang kedua terbesar selepas jagung dan padi.

Bijian gandum merupakan makanan ruji yang digunakan bagi menghasilkan tepung.Sekamnya boleh dipisahkan dan dihancurkan menjadi bran. Gandum juga ditanam khusus untuk tanaman ragut bagi ternakan dan untuk menghasilkan jerami.
Untuk tujuan pasaran komoditi, bijirin gandum yang dituai dikelaskan mengikut ciri-ciri bijirin. Pembeli gandum menggunakan ciri-ciri ini untuk memutuskan jenis gandum yang dibeli kerana setiap kelas mempunyai kegunaan khusus. Penghasil gandum pula menggunakan sistem ini untuk menentukan kelas gandum yang lebih menguntungkan untuk ditanam.

Gandum banyak ditanam sebagai tanaman kontan disebabkan hasil yang baik dari segi keluaran setiap ekar. Tambahan pula, pokok gandum tumbuh dengan mudah dalam cuaca sederhana walaupun musim tumbuh pendek sahaja, dan menghasilkan tepung yang bermutu tinggi untuk kegunaan-kegunaan yang meluas. Kebanyakan roti dihasilkan menggunakan tepung gandum, dengan banyak roti dinamakan sempena bijiran lain yang terdapat dalamnya, termasuk roti rai dan oat.Banyak makanan popular yang lain juga diperbuat daripada tepung gandum, dan menyebabkan permintaan bijiran gandum yang besar, termasuk ekonomi yang mempunyai lebihan makanan.


Pengeluaran gandum sejagat berjumlah 624 juta tan pada tahun 2004, dengan pengeluar gandum terbesar merupakan:
  1. China: 91.3 juta tan
  2. India: 72 juta tan
  3. AS: 58.8 juta tan
  4. Russia: 42.2 juta tan
  5. Perancis: 39 juta tan
  6. Jerman: 25.3 juta tan
  7. Australia: 22.5 juta tan



Pada tahun 1997, penggunaan gandum per kapita di seluruh dunia ialah 101 Kg, didahului oleh Denmark dengan 623 kilogram.

0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...