Friday 8 July 2011

Dato' A. Samad Said



Abdul Samad bin Muhammad Said atau lebih dikenali sebagai A. Samad Said di lahirkan pada 9 April 1935 ialah saterawan negara Malaysia 1986. Beliau juga pernah dianugerahkan dengan Anugerah penulis asia tenggara 1979.
Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam,Durian Tunggal,Melaka, A. Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja,Singapura(1940-1946) dan Institusi Victoria, Singapura (1956). Seorang yang berminat dalam penulisan sejak di bangku sekolah, beliau telah menulis banyak karya yang terkenal.
Antara antologi puisinya ialah Suara Dari Dinding Dewan (2003), Dirgahayu Dr. Mahathir dan Rindu Ibu (2004).
Antologi Esei terbaru adalah Ilham Di Tepi Tasik (2006).
Datuk A.Samad Said pernah juga menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir.


Dato' A Samad Said bersama-sama pejuang bahasa lain telah melancarkan Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang menentangPembelajaran dan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris (PPSMI). Beberapa siri tunjuk perasaan telah diadakan seperti pada 31 Januari 2009 dan 7 Mac 2009. Beliau bersama lebih 8,000 penyokong bahasa Melayu berjaya menghantar memorandum Anti PPSMI ke Istana Negara untuk diserahkan pula kepada Yang Di-Pertuan Agong. Polis dan FRU telah digunakan untuk menghalau orang ramai. Beliau turut terkena gas pemedih mata.
Pada 15 Mac 2009, beliau mencabar menteri dan pemimpin Barisan Nasional berceramah dalam bahasa Inggeris ketika kempen dalam pilihan raya kecil di Bukit Selambau,Bukit Gantang dan Batang Ai.Perhimpunana Agong UMNO 2009 yang diadakan pada 24-28 Mac 2009 diharap akan membincangkan untung nasib bahasa Melayu di tanahairnya. Dalam perhimpunan UMNO itu, semua peringkat pemimpin yang mengagung-agungkan bahasa Inggeris hendaklah menggunakan bahasa Inggeris sahaja, jangan bahasa Melayu. Bahasa Melayu bukan milik mereka, bukan milik UMNO.
A Samad Said melancarkan program "Kembara Kasih Bahasa" ke seluruh negara.


Beliau juga antara pemimpin Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil atau Bersih. Pada 5 Julai 2011, Beliau bersama pengerusi Bersih Dato Ambiga Sreenevasan dan anggota jawatankuasa Zaid Kamaruddin menghadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong di Istana Negara ekoran  kenyataan Agong agar Bersih dan kerajaan kembali ke meja rundingan

0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...