Friday, 8 July 2011

Epal



Pokok epal mungkin merupakan tumbuhan terawal yang menjadi tanaman pertanian; buah-buahannya diperbaiki melalui proses pemilihan selama ribuan tahun. Iskandar agung dihargai kerana menemui tumbuhan epal kerdil di Asia Minor pada 300 SM; epal yang dibawanya kembali ke Macedonia mungkin dijadikan leluhur kepada pokok penanti kerdil. Epal musim sejuk yang dipetik pada akhir musim luruh lalu disimpan dalam suhu yang sedikit melebihi takat beku, telah menjadi makanan penting di  Asia dan Eropah selama ribuan tahun, dan juga di  Argentina dan Amerika syarikat sejak kedatangan orang eropah. Epal dibawa masuk ke Amerika utara bersama kolonis pada abad ke-17, dan dusun orchard pertama di benua Amerika Utara dipercayai berdekatan Boston pada tahun 1625. Pada abad ke-20, projek pengairan di negeri Washington dilancarkan untuk memacu pembangunan industri buah-buahan bernilai ribu jutaan dolar yang diterajui oleh spesies epal.
Sehingga abad ke-20, petani menyimpan epal dalam bilik kalis ibun pada musim sejuk untuk kegunaan diri atau perdagangan. Kemajuan pengangkutan epal segar dengan keretapi atau jalan raya menidakkan keperluan menyimpan.

Pada tahun 2010, sebuah konsortium pimpinan Itali mengumumkan bahawa mereka telah mentafsirkan seluruh genom epal (baka Golden Delicious).Ia mengandungi kira-kira 57,000 gen, jumlah tertinggi pada genom tumbuhan yang dikaji setakat ini dan lebih banyak gen daripada genom manusia (kira-kira 30,000).



Walaupun tidak dipastikan buah khuldi dalam Kitab Genesis itu apa, namun ramai penganut Kristian percaya bahawa buah itu merupakan sebiji epal yang digunakan untuk Siti Hawa untuk memujuk Adam agar berkongsi dengannya. Ini mungkin berpunca daripada para pelukis zaman Renaissence  yang menokokkan unsur mitos Yunani dalam adegan injili (walaupun adakalanya epal digantikan oleh buah delima mengikut tafsiran pihak tertentu). Dalam hal ini, buah khuldi Firdaus menjadi epal kerana dipengaruhi kisah epal emas dari kebun Hesperides. Justeru itu, dalam kisah Genesis ini, epal menjadi lambang pengetahuan, hidup abadi, godaan, kejatuhan manusia kerana dosa, dan dosa itu sendiri. Dalam bahasa latin, perkataan untuk "epal" dan "kejahatan" adalah serupa dalam bentuk tunggal (malus—epal,malum—jahat), dan seiras dalam bentuk jamak (mala), dan mungkin ini juga yang mempengaruhi gagasan epal sebagai buah khuldi dalam kitab Injil.






Sekurang-kuranya 55 juta tan epal ditanam di seluruh dunia pada tahun 2005, dengan nilai kira-kira $10 bilion. Pengeluar epal terbesar di dunia, China menghasilkan kira-kira dua perlima daripada jumlah tersebut.Amerika syarikat pula jauh di belakang sebagai pengeluar kedua terbesar, dengan hanya lebih 7.5% keluaran dunia.






Di Amerika syarikat, lebih 60% daripada semua epal yang dijual secara komersil ditanam di negeri Washinton Epal yang diimport dari New zealand  dan kawasan lebih sederhaan semakin memberi saingan hebat kepada pengeluar AS.
10 Pengeluar Epal Terbesar — 11 Jun 2008
NegaraPengeluaran (tan)Nota kaki
Flag of the People's Republic of China Republik Rakyat China27 507 000F
Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat4 237 730
Bendera Iran Iran2 660 000F
800px-Flag of Turkey.svg-1-.png Turki2 266 437
Flag of Russia.svg Rusia2 211 000F
Bendera Itali Itali2 072 500
Bendera India India2 001 400
Bendera Perancis Perancis1 800 000F
800px-Flag of Chile.svg-1-.png Chile1 390 000F
Bendera Argentina Argentina1 300 000F
 Dunia64 255 520A
No symbol = official figure, F = FAO estimate, A = Aggregate (may include official, semi-official, or estimates);
Source: FAO



0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...