Wednesday 20 July 2011

Kayu Sugi Dan Khasiatnya



Berus sugi (miswak) diambil daripada akar pokok “Araak” (Salvadora Persica). Ianya terkenal sejak sekian lama sebagai satu-satunya alat penjagaan gigi dan mulut yang organik, mudah dan terbukti berkesan.




Pengunaannya telah direkodkan seawal 7000SM di dalam kaedah perubatan Babylon dan ayurvedic India, dan tamadun-tamadun agung seperti Greek, Rom, Mesir Lama, Yahudi dan Islam. Berus sugi juga dikenali sebagai ‘amalan para nabi-nabi’. Nabi Muhammad s.a.w amat menggalakkan umat Islam bersugi sebagai satu amalan kebersihan diri dan kesempurnaan ibadat.Hari ini, berus sugi masih digunakan oleh berjuta-juta manusia seluruh dunia.
Apakah itu bersugi ? Bersugi bermaksud membersihkan gigi dengan menggunakan benda² yang kesat lagi suci seperti kayu sugi ( contoh : kayu pohon arak dari tanah Hijaz ) dan sebagainya. Kepentingan bersugi dalam Islam ? Daripada Ibn Umar r.a. berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda : "Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya(bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta"( Hadis Riwayat Al-Bukhari ).
Hukum bersugi? Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda : " Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali hendak menunaikan salat" (hadis riwayat Al-Bukhari).
Melalui hadis di atas, para ulama telah menghukumkan bersugi sebagai sunat mua'kad. Ini kerana walaupun wujudnya perkataan 'amartahum' ( bermaksud 'menyuruh' ) yang mempunyai perintah wajib, namun perkataan tersebut telah didahului oleh perkataan 'laula' ( bermaksud jika tidak ) yang menunjukkan Rasulullah s.a.w. memberikan kelonggaran kepada umatnya, maka menjadikan hukum bersugi ini sebagai sunat muakkad.


berikut merupakan beberapa fakta tentang struktur kimia yang telah dinyatakan oleh seorang pakar farmasi (penyediaan ubat) yang dikenali sebagai Sallahuddin Hanafi setelah beberapa eksperimen dijalankan ke atas ubat gigi yang dihasilkan daripada kayu siwak:.


1) Ia mengandungi beberapa sumber garam mineral, sodium klorida (sodium chloride), kalsium, sodium, fosfat (phosphate), zat besi, silica, dan lain-lain lagi. Ternyata sebahagian daripanya mempunyai faedah yang tersendiri pada gigi serta gusi manusia. Di antaranya, bahan klorin yang terdapat di dalam sodium klorida membantu mengekalkan keputihan kepada gigi kita.

2) Ia juga mengandungi minyak yang berbau harum (essences oil), merupakan sejenis minyak yang mempunyai haruman yang menyegarkan yang hampir sama dengan haruman ubat gigi yang berada di pasaran pada hari ini. Kajian mengatakan bahawa minyak ini warnanya perang kemerah-marahan. Boleh dikatakan salah satu daripada faedah bersiwak adalah mengelakkan bau yang tidak menyenangkan hasil tinggalan sisa-sisa makanan di antara celah gigi kita.






Malah kini telah wujud berbagai penemuan ilmiah dari sudut sains berkaitan dengan kayu siwak serta hikmahnya kepada kesihatan mulut dan gigi. Daripada beberapa kajian yang telah dikaji dan direkodkan kajiannya oleh Profesor Doktor Abdullah Abdul Ar-Razak Mas’ud As-Sa’id di dalam bukunya yang bertajuk “Siwak, Perhatian Berat Dalam Pengamalannya Untuk Kesihatan Gigi” antaranya adalah:

1) Kayu siwak terdiri daripada beberapa ciri yang boleh kita dapati daripada “gall tree” yang dipercayai sebahagian daripada bahagian tumbuhan atau pokok yang secara saintifiknya mempunyai bahan anti-kulat juga sebagai bahan lawas untuk penghadaman. Malah kini terkenal di dalam penggunaan anti pengaliran darah (pembekuan darah). Namun Doktor Abdullah Abdul Razak menegaskan bahawa kayu siwak adalah bersih serta ciri-ciri yang terkandung di dalamnya boleh membersihkan gusi serta gigi manusia serta merawat luka kecil yang terdapat pada gigi kita serta menghalang pengaliran darah daripadanya.

2) Bahan yang terdapat di dalam siwak mempunyai perkaitan dengan sejenis minyak yang dinamakan “Sinigrin” (minyak biji sawi @ mustard). “Sinigrin” ini juga digunakan di dalam pembuatan sejenis agar-agar yang digabungkan dengan gula yang boleh kita dapati daripada buah anggur. Namun dengan penggunaan sejenis enzim “Myrosinaze enzymes” dapat memisahkan agar-agar itu kepada dua komponen semula, iaitu minyak “Sinigrin” dan gula anggur. Hasil minyak ini baunya cukup kuat malah rasanya pahit dan hangat, seperti apa yang dirasai oleh sesiapa yang baru pertama kali menggunakan kayu siwak. Kajian turut membuktikan bahawa bahan ini boleh membantu dalam membunuh beberapa jenis kuman.

0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...