Wednesday, 20 July 2011

Astro




Astro merupakan penyedia perkhidmatan televisyen bersatelit dan radio berbayar pertama di Malaysia, tetapi telah berkembang ke negara Brunei dan Indonesia. Perkhidmatan ini dijalankan di bawah kelolaan All Asia Broadcast Centre (ABC) yang terletak di Bukit Jalil,Kuala Lumpur. Astro dimiliki hak sepenuhnya oleh MEASAT Broadcast Network Systems, di bawah syarikat Astro All Asia Networks plc.



Astro Beyond Decoder

Astro memulakan siarannya pada 1996 menggunakan satelit MEASAT-1 yang hanya menawarkan 22 saluran televisyen dan 8 saluran radio. Kini, Astro menawarkan lebih 80 saluran televisyen, 17 saluran radio, dan 4 saluran Pay-Per-View (PPV) di samping perkhidmatan interaktif. Astro juga menawarkan keenam-enam saluran terestrial tempatan  dan juga menyediakan pilihan saluran televisyen antarabangsa kepada penonton. Syarikat subsidiari Astro, MEASAT Broadcast Network Systems, mempunyai lesen eksklusif selama 20 tahun untuk penyiaran satelit terus-ke-rumah di Malaysia.
Astro turut memiliki saluran beritanya, Astro News, yang pada mulanya memaparkan saluran Al-Jazeera dalam Bahasa Arab dan terjemahan langsung ke Bahasa Melayu pada masa tertentu. Saluran tersebut juga memaparkan program khas yang disediakan oleh Astro, seperti temuduga dengan personaliti terkemuka.
  
Astro Control Room

Sehingga Februrary 2007, Astro News diuruskan di bawah kelolaan Bernama, yang lazimnya memperuntukkan masa 12 minit bagi program berita umum, berita sukan, dan berita hiburan. Astro telah mewujudkan Bloomberg TV Malaysia . Berita itu diterjemahkan dan dialih ke bahasa Mandarin (Astro AEC), bahasa Melayu (Astro RIA), dan bahasa Tamil (Astro Vaanavil). Pada Februari 2007, BERNAMA memperuntukkan ½ jam penerbitan penuh bagi pasukan berita Astro.
Pihak pengurusan Astro sebelum ini pernah mengumumkan akan menawarkan 50 saluran baru selepas pelancaran satelit MEASAT-3. Walau bagaimanapun, disebabkan berlaku masalah berkenaan satelit itu maka tarikh pelancaran sepatutnya pertengahan tahun 2005 ditunda ke 12 Disember 2006.


Pada Januari 2007, perkhidmatan ini mempunyai 2.015 juta pelanggan tetap Astro. Dalam kata lain, 36.5% penduduk Malaysia memiliki set televisyen perkhidmatan Astro di rumah masing-masing.
Tahun 2006, Indeks Media Nielsen menunjukkan Astro Wah Lai Toi (saluran 311) dan Astro Ria (saluran 104) mempunyai penonton tertinggi (satelit berbayar), yang ditonton 28% penontonnya ialah dewasa.
Pada tahun 2007, Astro menguasai lebih kurang 29% penonton Malaysia, di tempat kedua di belakang Media Prima yang meraih kira-kira 54% penonton. RTM milik kerajaan pula di tempat ketiga dengan 17% pasaran.

Operasi perkhidmatan Astro, MEASAT Broadcast Network Systems, dimiliki hak sepenuhnya oleh Astro All Asia Networks plc, sebuah syarikat konsortium rangkaian kerajaan dan syarikat swasta. Pemegang syer utama dimiliki oleh Kumpulan Usaha Tegas (42.7%) dan Khazanah Nasional Berhad (21.6%). Astro mula disenaraikan di dalam senarai Bursa Malaysia.

Kakitangan penting:

  • Ralph Marshall, Timbalan Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
  • Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif (saluran televisyen Astro)
  • Grant Ferguson, Ketua Pegawai Kewangan
  • Graham Stephens, Ketua Pegawai Teknologi
  • Su Termanah, Ketua Pegawai Informasi
  • Claire Mula, Pengurus Am, Multimedia Interactive Technologies
  • Robert Odendaal, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (dilantik pada 1 Februari 2007, meletak jawatan pada 31 Mac 2008)
  • David Butorac, Pegawai Operasi Utama Kumpulan (meletakkan jawatan dan menyertai Star TV pada November 2006)

0 comments:

Post a Comment

kod iklan nuffnang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...